Rabu, 27 Januari 2016

BILA SYAITAN SUDAH KEPANASAN BERKENAAN ISU RM2.6 BILLION SELESAI

Kalaulah rasa sampai pihak pemerintahan Arab Saudi pun dikira membohong, eloklah pembangkang saman, atau bawa isu ini ke PBB.

Bila suruh siasat dah pun siasat, jadi nak apa lagi sebenarnya? Bila dah pulangkan wang dah dikatakan bodoh pula PM kita kerana pulangkan wang berbillion tu.

Orang Malaysia ni kena penyakit sawan babi agaknya. Babi pun takkan mengaku tu sawan dari dia.
Makin sakit mental keadaan orang yang cukup sakit jiwa bila isu RM2.6 billion sudahpun selesai.

ARAB SAUDI : SUMBANGAN USD 681 JUTA DILULUSKAN PEMERINTAH TERTINGGI SAUDI

Wang sejumlah USD 681 juta (£ 479 juta) yang didepositkan di dalam akaun bank Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak oleh Arab Saudi adalah untuk membantu beliau memenangi pilihan raya pada tahun 2013, menurut sumber dari Arab Saudi.

Peguam Negara Malaysia telah membebaskan Najib dari dakwaan rasuah pada Selasa, selepas memutuskan bahawa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Najib telah menafikan bahawa wang itu datang dari dana pelaburan milik negara iaitu 1MDB sepertimana dituduh WSJ. Sumber Arab berkenaan berkata sumbangan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan Riyadh terhadap pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Pada ketika itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan salah satu parti pembangkang di Malaysia dan pengasasnya telah diilhamkan oleh Ikhwanul Muslimin, maka ia sedikit sebanyak memperlihatkan Ikhwanul Muslimin sebenarnya mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Pakatan pimpinan Najib bersiap sedia untuk memenangi pilihan raya tersebut, namun terdapat kekangan dari segi kewangan yang dilihat terburuk sepanjang 50 tahun penguasaan partinya. Sumbangan dana rahsia kepada Najib didakwa dibayar melalui pemindahan atas talian di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, iaitu menjelang pilihan raya yang berlangsung pada 5 Mei.

Menurut sumber dari Arab Saudi yang boleh dipercayai, identitinya dirahsiakan atas permintaan, memberitahu BBC bahawa pembayaran itu mendapat kebenaran dari pihak tertinggi - pemerintah Arab Saudi ketika itu, Almarhum Raja Abdullah - dengan dana yang terdiri daripada dana peribadi Almarhum serta dana negara Arab Saudi.

Adakah sumbangan peribadi dari keluarga Diraja Arab Saudi ini sesuatu yang luar biasa? Tidak sama sekali, menurut sumber dari Arab Saudi itu, negara seperti  Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan juga pernah mendapat sumbangan berjuta-juta Dolar dari keluarga Diraja tersebut.

"Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia," katanya. "Ianya serupa dengan beberapa transaksi yang pernah dibuat oleh Arab Saudi kepada beberapa negara yang lain."
Arab Saudi bertindak pantas dalam usaha membantu penggulingan kepimpinan Morsi di Mesir, berbilion dolar disalurkan dalam bentuk bantuan serta sumbangan kepada kerajaan pimpinan tentera tersebut.

Jordan telah mendapat bantuan lebih daripada $ 1 bilion dari Arab Saudi melalui dana pembangunannya, manakala Riyadh telah mendepositkan lebih daripada $ 1 bilion ke Central Bank of Sudan dan telah menandatangani perjanjian untuk membiayai empangan di Sungai Nil. Maghribi pula telah disediakan dengan minyak, pembiayaan, pelaburan dan peluang pekerjaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, masih menjadi buah persoalan mengenai kerahsiaan dan proses pemindahan dana tersebut, malah tindakan Perdana Menteri Malaysia memulangkan semula 91% dari jumlah sumbangan, 4 bulan selepas menerimanya dan hanya membelanjaka sebanyak $ 61 juta.

Diterjemah Oleh : JASA

Sumber : http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424

Mudah nak faham politik Pas sebenarnya

Dikala mereka diambang perpecahan, tahukah anda, strategi licik Pas bukanlah untuk melanyak Dap yang terang-terang memijak kepala Pas ketika bersama Pakatan dahulu. Tetapi strategi Pas hanyalah akan memecahkan undi Umno dikawasan melayu.

Kenapa ayat Istiqomah hingga kemenangan digunakan? Mudah sangat nak selami taktik ini.
Ketika PRU, kawasan melayu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Umno-Pas-Pan.

Siapa yang untung? Sudah pasti Pas, sebabnya mudah, serang Umno dengan gunakan modal-modal apa saja walau fitnah, wujudkan persepsi sangat jahat, Umno dilantun kiri dan kanan, Pas, Pan, Pkr dan Dap.

Disebalik perbalahan Pas dan Pan, sebenarnya wave politik alih perhatian cukup berkesan, wave simpati keterlaluan sudah dijangka. Pas mendapat simpati orang melayu.
Mudah nak buat kira-kira, 3 penjuru, Pas pasti akan menang tipis, memungkinkan 60-70%% kawasan Melayu mereka tawan.

Di kawasan cina pula, Dap adalah king, 99% mereka sudah pasti dalam tangan, pasti.
Jadi strategi alih perhatian supaya Umno terjerat bakal terjadi. Malah memungkinkan kekalahan buruk untuk Umno.

Walaupun ada kata Dap teruk, yup memang teruk dan tak boleh pakai, tetapi Pas lagi licik dalam memasang bom masa kepada Umno.

Pemimpin Pas menyerang PM Najib tanpa belas, pengikut hamun Umno tanpa noktah, Umno pula tak membalun Pas kerana kesihan mereka berpecah.

Bayangkan, PM Najib menghulur salam perpaduan, kita tengok betapa angkuh tahap gaban mereka punya ego. Nak selamatkan kuasa Islam, sudahnya Umno dah nak karam baru cari Pas kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kalaulah strategi ini berjaya, Dap dan Pas bakal bergabung semula, Pan berkubur, mungkin ramai masuk Pas kembali. Politik punya game licik bukan? Sudahnya BN bakal berkubur.
Apa pula strategi Umno selepas ini? Tunggu dan lihat?

#KitaDalamBahaya

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...