Rabu, 23 Mac 2016

UMNO SELANGOR ABAIKAN PEMUDA UMNO SELANGOR?

Realiti kadang sengaja ditutup rapat asalkan yang dapat nama sang ketua serta kepala perang di Umno Selangor.

Tuduhan mengatakan pemuda Umno Selangor tidak membuat kerja  serta membantu untuk merampas Selangor dari pakatan pembangkang amatlah dkesali.

Malah dikalangan mereka memendam perasaan yang selama ini hanyalah bercakap dikalangan ahli dan akar umbi sahaja.

Nak cakap salah, tak cakap tetap salah, apa jadi bila bahtera perang kucar kacir begini?

Tidak wujudkah general yang memahami serta mendalami masalah ini?

Sembang diatas sana nak menang kembali Selangor. Tetapi disetiap unit nampaknya macam gagal.

Salah satu contoh gelombang teguran #SalamTingkat9 yang lepas.

Mamang untuk menegur, apa jadi dengan media cyber Umno Selangor? Tetapi selaku ahli umno, cukuplah gelombang #SalamTingkat9 itu menjentik halus si kepala-kepala syok sendiri di atas tu. Sudah-sudahlah membiarkan parasit membina kekayaan serta kenikmatan negeri kalah.

Moga PM Najib mendalami halus permasalahan di Selangor ini. Sedih, sebab ramai pelakon handal bila berjumpa dengan PM Najib, pijak semut pun tak mati.

Moga ada sinar di hujung terowong.

Pemuda Umno Selangor Bangkit dari simpan dalam hati.

SHAH ALAM - Pemuda Umno Selangor menegaskan sayap-sayap Umno di Selangor bukan tidak menjalankan tugas mereka membantu Umno dan BN bagi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan.

Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal mendakwa beliau dan ahli-ahlinya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program-program dapat dijalankan dalam usaha memikat pengundi terutamanya dari kalangan orang muda.

“Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak bergerak? Ini masalah Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu...sampai ada yang berhutang. Kita tidak ada peruntukan seperti ketua bahagian tapi kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat program.

“Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana? Ketua Pemuda keluar duit sendiri, beri kepada pemuda-pemuda yang semangat nak pergi. Ada orang tanya tak, Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana?

“Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu cawangan dan bahagian tapi dalam masa sama, yang atas (Umno pusat) pun kenalah bantu yang di bawah. Tidaklah boleh harapkan Pemuda sahaja. Kita (Pemuda) tiada peruntukan. Jadi, mereka kena bantu kitalah,” katanya kepada Sinar Online.

#SalamTingkat9
#NoSwimmingPool
#UmnoSelangorBerubah

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...