Jumaat, 25 Mac 2016

POLITIK DI SELANGOR SANGAT UNIK, KEPIMPINAN UMNO SELANGOR PERLU UPGRATE IDEA UNTUK KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT!!

Realitinya, di Selangor bukan dikalangan mereka menolak BN, Umno, bukan juga Pakatan itu terlalu kuat.

Cuma mereka mengambil peluang diatas kepincangan yang berlaku diatas kepimpinan Umno Selangor yang secara realitinya belum ada sinar ampuh untuk menawan kembali Selangor.

Azmin makin selesa, kepercayaan rakyat masih boleh kembali kepada Umno Selangor sekiranya penyakit kau kau, aku aku diluputkan secepat mungkin.

BERSATULAH, BERCERAI KITA ROBOH... HANCURLAH SEGALANYA NANTI.

PEMUDA UMNO SELANGOR TIDAK BUAT KERJA?

1. Saya memahami perasaan sahabat saya , Sdra Zainuri Ketua Pemuda Selangor dalam respond kenyataan beliau di bawah .

2. Beliau mempunyai hak dan kedudukan untuk memberikan respond tersebut di atas kapasiti beliau sebagai Cheif Pemuda Negeri Selangor.

3. Rata2 juga secara kolektif , saya faham persaan KP2 Bahagian Selangor. Saya sudah berhubung secara peribadi dengan hampir semua dari mereka.

4. Politik Selangor memang unik - secara kesimpulannya , dari keputusan PRU12 & 13 - boleh kita rumuskan bahawa pengundi2 di Selangor ( Read : Urban/Bandar )  lebih sensitif dan peka terhadap isu2 Nasional ( ie : Peperangan Udara ) . Sama juga dengan WP.

5. Strategi peperangan darat ( localised ; setempat ) mungkin tidak berkesan di lebih daripada 85% kawasan di Selangor ( ie : ceramah di surau , kenduri kenara , santai minum teh tarik , sukan kelompok kecil ) 

6. Pendapat saya , sudah tiba masanya Pucuk Pimpinan Nasional dan UMNO Selangor mengatur  perancangan yang sistematik dan bersepadu , dari sekarang , sekiranya mereka ingin merampas Selangor kembali .

7. Untuk rekod - Perdana Menteri YAB DS Najib Razak merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor  ( UMNO ) pada penggal lepas dan kini - ianya disandang oleh YB DS Noh Omar - Ahli Parlimen Tanjung Karang.

8. Saya berpendapat , kurang bersesuaian jika tanggungjawab ( kekalahan )  ini diletakkan 'squarely' atau sepenuhnya ke atas kepala Pemuda UMNO Selangor - yang sememangnya pergerakan mereka terhad dan terbatas .

9. Ini bukan masa untuk mencari kesalahan sesiapa. Ini masa untuk Pemimpin2 di Selangor bersatu supaya kita lebih kuat.

10. Sekiranya pucuk pimpinan nasional sayang kepada Negeri Selangor  - bantuan , bimbingan dan kerjasama yang sepenuhnya perlu diberi.

11. Kerajaan Selangor hari ini juga tidak lari dari cacat cela dan masalah pengurusan , pentadbiran dan kepimpinan.

12. Strategi kena luar-biasa. Kalau macam biasa , lupakan sahaja , kerana demografi pengundi Selangor juga berbeza , kaum , agama , etc . Sifir mudah sahaja 22-5 : 56-12 !

13. Saya pasti Pemuda Selangor memahami perkara ini dan saya pasti Pemuda Selangor  sentiasa bersiap sedia pada bila2 masa untuk turun padang . Darah muda sentiasa membara.

14. Tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan - InsyaAllah.

15. Beri kami Peluang . InsyaAllah Pemuda Selangor bersama rakan2 Komponen Pemuda BN Selangor  akan buat yang terbaik dengan bimbingan ayahanda2.

16. Cekalkan Hati  . Kuatkan Semangat dan Teruskan Perjuangan !

17. Hang on Sdra Zainuri & my Selangor  brothers .

18.  Game is not over Yet Folks ! Never Give UP !!!

Ikhlas

Hazali Abu Hassan
EXCO Pemuda UMNO Malaysia
Ahli Pemuda Selangor

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...