Rabu, 30 Mac 2016

REVOLUSI MESIR AKIBAT JARI JEMARI PROPAGANDA CIPTAAN INSAN INI?

Perang propaganda untuk mengiyakan sesuatu matlamat sudah dibuktikan di tanah Arab ketika ledakan media sosial yang tidak terkawal. Maka penangan "Arab Spring" sudah dibuktikan apa itu kesengsaraan.

Berkali-kali isu ini dibincangkan, malah sudah berbuih mulut mengatakan taktik radikal serta politik persepsi akan merosakkan sesuatu sistem. Ini kerana demokrasi cara salah akan menaikkan satu kuasa yang akan merosakkan segalanya, segalanya akan rosak dan agak sukar dipulihkan dalam jangka masa yang segera.

Maka yang dirosakkan itu dihadapi dengan sadis oleh orang-orang marhein, si marhein terpaksa menerima akibat keadaan yang paling perit akibat tindakan jari-jari propaganda kemusnahan ini. Demi satu ayat "revolusi".

Ambil iktibar kawan-kawan, ini bukan omong kosong untuk dibicarakan.

Siapakah insan ini? Mengapa dia terlalu menyesal dengan apa terjadi kepada negaranya, malah tindakan dia juga adalah punca segalanya, senjata media sosial.

Saya berpeluang untuk mendengar satu pembentangan pendek oleh Wael Ghonim, seorang admin kepada page 'We Are All Khaled Saeed' yang mencetuskan Revolusi Mesir pada tahun 2011.

Pada mulanya Wael meraikan kejayaan revolusi ini menjatuhkan Diktator Hosni Mubarak, tetapi kesan selepas revolusi ini menyebabkan beliau terasa menyesal dengan apa yang beliau mulakan.

Beliau mengambil keputusan untuk mendiamkan diri di media sosial selama 2 tahun memikirkan apa yang telah beliau lakukan.

Media Sosial selepas Revolusi Mesir hanya dipenuhi oleh fitnah, posting kebencian, khabar angin, trolls dan segala perkara yang menyebabkan masyarakat di Mesir terus berpecah.

Pada pendapat beliau terdapat 5 Cabaran Kritikal yang dihadapi oleh Media Sosial yang mengakibatkan perkara tersebut berlaku.

1. Kita tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan khabar angin.

Khabar angin yang mengesahkan pandangan peribadi seseorang (bias), dipercayai dan disebarkan kepada mereka yang mempunyai pandangan yang sama.

2. Kita hanya berinteraksi dengan mereka yang mempunyai pandangan/pendapat yang sama dengan kita.

Media sosial menyediakan kita kebolehan untuk 'mute', 'unfollow' dan 'block' untuk mereka yang tidak bersependapat dengan kita.

3. Perbincangan online hanya akan membawa kepada pergaduhan dan membangkitkan kemarahan.

Kita lebih berhati-hati berkomunikasi di hadapan indivdu tersebut berbanding di hadapan skrin komputer.

4. Ia menjadi sangat sukar untuk mengubah pendapat seseorang.

Kepantasan media sosial menyebarkan khabar angin mengakibatkan pembaca senang untuk membuat kesimpulan, lebih-lebih lagi tentang perkara yang hanya mengesahkan pendapat mereka.

5. Rekabentuk media sosial pada hari ini memberi kelebihan untuk 'broadcast' (sebaran) berbanding dengan perbincangan.

Posting pendek dihargai berbanding posting panjang.

Nota: Arab Spring ini menjadi satu ikutan kepada demonstrasi Bersih. Gerakan menghasut untuk menjatuhkan kerajaan turut digerakkan oleh media sosial di negara kita.

Sekiranya mekanisma untuk mengendalikan khabar angin ini masih gagal ditemui, maka negara kita ini akan menghadapi masalah yang besar.

Ramai yang menggunakan media sosial ini untuk mencari maklumat yang membenarkan, mengiakan atau mengesahkan pendapat mereka sendiri. Maklumat dan informasi yang bercanggah dengan pendapat sendiri dibuang dan ditinggalkan. Malah ada yang bertindak untuk menuduh maklumat tersebut fitnah, palsu dan penipuan semata-mata bercanggah dengan pendapat mereka.

Ini dinamakan Conformity Bias.

Fb Raziz Rashid

#RespectMyPM

Kisah gaduh-gaduh ikut skrip sempena PRK Tanjung Piai oleh D4P dan Bersatu terbongkar

Pada awal-awal perbalahan antara Bersatu dan D4P kerana mulut Ronnie Liu, bila diamati jalan cerita kedua parti ini, rupa-rupanya ada berseb...