Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

ANWAR MENANG PRK PD, HARAPAN RAKYAT ATAU MERUNSINGKAN MAHATHIR?

Adakah kemenangan Anwar satu anugerah atau satu bala baru buat rakyat Malaysia?

Sejak 20 tahun dahulu, antara Mahathir dan Anwar, ceritera mereka hanya untuk mereka berdua.

Anda mungkin tahu Mahathir yang menzalimi Anwar sejak zaman Reformasi itu tercetus pada 1998.

Ramai pemerhati wujudnya kerajaan baru adalah kerana Mahathir tidak mempercayai BN mampu melawan Tentera Anwar.

Siapa leader pada PRU13 iaitu Pakatan Rakyat? Anwar jaguh yang beriya-iya yakin bakal menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Mahathir tahu, PRU14, kalaulah tidak melakukan sesuatu, dia dan anak-anak dia dalam bahaya.

Jadi mangsa kambing hitam sudah pasti Najib dan Rosmah. Mereka berdua ini sengaja dijadikan mangsa untuk perancangan seterusnya.

Mahathir gunakan konsep, tidak mampu lawan musuh, bersamalah dengan mereka. Mudah.

Berjaya 40% strategi orang tua itu dalam menerajui dan mengawal kepala-kepala dalam barisan pemimpin yang bersama Anwar dahulu.

PPBM wujud hanya untuk alih perhatian supaya dapat masuk ke kem mu…

MAHATHIR SUDAH TIDAK PEDULI HAL RAKYAT, YANG PENTING KRONI!

Menurut apa yang dilihat situasi politik di Malaysia, Mahathir mengawal segalanya dan DAP menjadi perosak aset-aset Melayu Kerajaan.

BSKL jatuh merudum, Ringgit semakin jatuh, pelaburan tidak menunjukkan ia semakin meningkat, ramai pekerja hilang pekerjaan, anak melayu geleng kepala.

Undi diberi bukan untuk melihat ini semua. Bank dunia juga mengatakan ekonomi Malaysia bakal menguncup.

Kalau hutang 1 Trillion jadi alasan, ini bukan jawapan rakyat nak.

Rakyat bawahan dah merasa perit, ramai sudah tidak segan silu mengutuk Kerajaan Tomato yang dibanggakan macainya.

Pada hari ini, Mahathir mengatakan, tiada lagi tol percuma selepas ini.

Masalahnya tidak bertempik pula penyokong mereka, ramai diam membisu, mungkin ada yang menangis dalam diam, sudahlah dikencing, ramai pula dalam tekanan.

Untuk ini admin hanya ingin mengatakan, padan muka kepada kita rakyat Malaysia.



LIM KIT SIANG KENA TAJi SAMPAI LUNYAI DENGAN NAJIB

"Najib did not kill Teoh Beng Hock", kata Lim Kit Siang hari ini melalui tweetnya.

Nampaknya, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) tidak dapat membersihkan nama saya bahawa saya bukan pembunuh Teoh Beng Hock tetapi pemimpin Agong DAP ini mampu berbuat demikian. 

Bukan main lama. Hanya 10 tahun sahaja, jentera dan propaganda DAP meletakkan nama dan gambar saya bersama dengan mendiang Teoh Beng Hock dan menuduh saya sebagai pembunuh Teoh.

Mengapa Kit Siang dari dulu tidak berkata demikian?

Walaupun Kit Siang isytihar saya bukan pembunuh tetapi dia kata saya bertanggungjawab terhadap kematian Teoh juga kerana pada masa itu, kerajaan ialah kerajaan saya.

Kini kerajaan yang sama adalah kerajaan parti anda dan tanggungjawab beralih kepada kamu. Pergilah siasat lagi jika mahu.

Pagi ini, Kit Siang mengeluarkan kenyataan yang panjang lebar lagi untuk memberi jawapan kepada saya.

Pusing punya pusing tetapi tidak berani lagi mahu …

BOLEH BUAT MAKSIAT DI WAKTU MALAM TANPA GANGGUAN DAN DISERBU?

Apa nak jadi dengan Malaysia Baru, pemahaman Menteri Agama ni sah lebih kepada leberalisasi yang sangat bahaya.
Sudahlah ekonomi Malaysia makin kebelakang, ramai orang Melayu hilang pekerjaan, Perdana Menterinya hanya bermodalkan Najib dan Rosmah, ayat curi, rompak.dan hutang negara hari-hari menjajanya ibarat mereka lupa mereka sekarang adalah pemegang kuasa di Pusat.
Kita baca apa Menteri sesat ni kata
KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan. "Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan. "Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahag…

KERAJAAN BARU YANG MERUGIKAN EKONOMI NEGARA

Dalam peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan, dikepalai oleh manusia yang sebelum ini mereka bersama-sama menaji secukupnya sebagai manusia diktator, hipokrit, zalim, gila kuasa.

Namun segalanya terjadi untuk bersama-sama menawan Putrajaya demi satu matlamat.

Serigala dan singa serta dubuk yang kelaparan terpaksa bekerjasama. Perjanjian dilakukan secara singkat, dikepalai oleh manusia yang berdendam tahap maksimas terhadap PM terdahulu iaitu Najib.


Maka skripnya berlangsung dengan teratur, walaupun pada awalnya nampak suram.

Semua melutut, terpaksa menjadi baik, pura-pura level tertinggi memang ketara.

Si polan yang hatinya begitu kelam dan fasa seterusnya berlangsung.

Modal sama, curi, rompak, Najib Rosmah, bangkrap, muflis.

Sampailah PRU14, sehingga muncul video propaganda sedih level kuasa 3. Ramai tersentap, ramai terpegun, anak muda mula kata #RinduZamanTun.

Maka segala bibit-bibit khayalan pun bermula, ramai terperangakap dengan cetusan emosi dan serangan peribadi.

Akhirnya Paka…

ANTARA ANWAR DAN MAHATHIR, ANDA PERCAYA MEREKA TIDAK BERBALAH SECARA DIAM?

PRK Port Dickson adalah salah satu paradiqma pengenalan dalam diam perbalahan antara bayang-bayang dan hantu, orang biasa seperti kita mungkin hanya melihat ia adalah salah satu episod politik yang nampaknya perlu Anwar di Parlimen supaya mengimbangkan kuasa dalaman PH.


Mahathir cukup sedar, setelah bersama dan bersatu atas nama kesatuan untuk tawan Putrajaya, tidak diketahui bibit-bibit perbalahan secara senyap sedang berlaku.


Anwar juga sedar, sekiranya dia asyik menunggu dan membiarkan onak duri permainan kuasa olahan Mahathir bakal merugikan dirinya, nak mengharapkan Wan Azizah, Nurul Izzah apalah yang mampu dibuat untuk mengimbangi monopoli kuasa sang penguasa bernama Mahathir.

DAP mungkin sedang memikirkan, adakah mereka sedang mencari untung bila membiarkan parti 13 kerusi merantai jawatan-jawatan atas di GLC dan syarikat milik kerajaan yang lain.

Usaha untuk menunjukkan DAP juga perlu menunjukkan kuasa dominan nampaknya agak sukar bila Anwar dan Mahthir itu bakal berpaksi untu…

ADAKAH ANWAR YAKIN DIA AKAN JADI PM KE-8? ANTARA GELOJOH DAN SALAH PERCATURAN SANG PENGUASA

Semalam penulis ada gambarkan sedikit teori yang bermain diminda.

Selepas 9 Mei, kemenangan PH dengan bantuan Mahathir telah membawa fasa baharu kuasa politik.

Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri yang nampak tergesa-gesa, lantikan Menteri pula dilihat sebagai agak menjelekkan.

Setelah Anwar dibebaskan, watak rebellion 1998 ini memungkinkan sudah dijinakkan dengan mudah oleh Mahathir.

Perjanjian siapa Perdana Menteri ke-8 berlegar-legar setelah musuh ketat Mahathir itu dibebaskan.

Segalanya nanti akan terjawab bila keputusan PRK Port Dickson Oktober nanti, adakah Anwar akan ditanam secara halus oleh Mahathir atau Anwar terselamat dengan nada amarah?

Dalam politik kita usah percaya bila politus berbicara dengan berjabat tangan demi kuasa, sedangkan satu dunia tahu mereka tidak boleh dekat.

Dengan tiba-tiba mampu berpeluk cium demi satu kuasa, bukan mudah Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dengan segera, tetapi diharap Anwar tidak gelojoh dan terlalu yakin.

Calon underdog yang oran…

TEORI-TEORI ANWAR VS MAHATHIR DEMI KUASA DOMINAN, SIAPA BAKAL TERSEPIT?

Umum kita sudah nampak, kerajaan baru yang menjadi juara memanupulasi minda pengundi baru dan golongan pembenci Najib ketika PRU14 membuatkan satu Malaya terkejut.

Hilangnya kuasa UMNO/BN setelah hampir 61 tahun memerintah Malaysia.

https://www.roketkini.com/2018/04/12/kenapa-umno-takut-muafakat-anwar-mahathir/

Bagaimana Mahathir memikirkan untuk memegang kuasa kembali sedangkan sekiranya dia dalam UMNO sekalipun, agak mustahil untuk dia mengepalai segala arahan atau idea darinya ketika Najib memegang kuasa.

Jawapannya mudah, wujudkan satu entiti kambing hitam, mulakan ia dengan titik pembunuhan karekter. Siapa kambing hitam itu?

Sudah pasti Najib Razak. Mahathir tahu, untuk memangsakan Najib, adalah mudah dengan persepsi berterusan dan ulang-ulang sehingga yang cerdik pandai pun terpedaya.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-politik/jangan-percaya-umno-hilang-kuasa-selepas-pru14-139282%3famp=1

Mahathir tahu, sekiranya dia didalam UMNO sekalipun, keputusan PRU14, Bari…

MEREKA KATA MANIFESTO PH TIDAK PENTING? APA YANG MEREKA JANJI PADA BULAN MAC 2018 YANG LALU

Mereka bercakap berpusing-pusing, malah ramai terpengaruh kononnya Najib menjual negara, hidup dengan menipu dan menjatuhkan orang.

MOGA ALLAH MEMBALAS SEHINA-HINANYA MANUSIA MUNAFIQ

Pakatan Harapan (PH) malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir.

“Matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi,” kata buku itu.

Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan su…

PERANGKAP YANG MEMUALKAN UNTUK MEREKA-MEREKA YANG KECUT

♦MAHATHIR SEDANG MEMERAS UGUT PEMIMPIN UMNO YANG ADA SKANDAL
(By: Ariff Ahmad)

❎ Sebenarnya, orang-orang seperti Nazi Aziz ini lebih pro-DAP daripada pro-UMNO.

❎ Adakah Nazri juga tidak tahu tentang penglibatan anaknya didalam kes pembunuhan?

❎ Sekarang ini semakin ramai pemimpin UMNO yang mula menyerang Najib Tun Razak secara terbuka. Terdapat ramai lagi yang hanya berdiam diri dan gagal bertindak untuk mempertahanan Najib.

❎ Tetapi perkara ini memang biasa di dalam kumpulan haiwan

❎ Apabila anda berkuasa, mereka menghisap batang anda dan apabila anda telah kehilangan kuasa, mereka akan menggigitnya.

❎ Ada yang mengatakan Najib harus digantung keahliannya kerana kes yang sedang berlangsung.
❎ Kenapa mereka tidak juga meminta Lim Guan Eng digantung kerana kes yang sedang dibicarakan?

❎ Bukan sahaja Guan Eng tidak digantung, malah beliau juga dilantik sebagai Menteri Kewangan, iaitu jawatan kedua paling berkuasa didalam kerajaan

❎ Pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin menyingkirkan Najib f…

PKR PRO REFORMASI SUDAH 'FIGHT BACK' TIDAK TAHAN DILEMBUKAN LAGI SEKALI OLEH....

TUN DR MAHATHIR DAN TUN DAIM JAHAT, PERGUNA PEMIMPIN PKR: PENGERUSI PKR WILAYAH PERSEKUTUAN

"Saya nak berterus-terang, PRU 14, dalam kumpulan parti Pakatan Harapan, PKR menang lebih daripada parti-parti lain, saya berterus-terang, because saya rasa sedih, walaupun kita menang besar, tengok agihan-agihan kerusi telah dihijack oleh parti-parti 'Johnny come lately', parti-parti kecil. Dan jugak, tuan-tuan dan puan-puan, bagaimana ahli-ahli politik kita yang menang telah diketepikan. Jadi kita kena kaji betul-betul, jangan take from face value."

"(PKR) Wilayah Persekutuan, kita secara terbuka, saya masuk tv, saya memang tolak Tun Dr Mahathir, openly, because sorrylah--saya mula dari Kuala Lumpur, sejak UMNO berjuang, orang UMNO panggil saya masuk UMNO, saya kata 'tak', tak pernah masuk parti lain except masuk PKR--saya tahu bagaimana watak buruk jahatnya Tun Dr Mahathir dibantu oleh Daim. Can viral this, that I said so."


"Jangan percaya, tengok bag…

PERANG SAUDARA DALAM PH MUNGKIN SEDANG BERLAKU DALAM DIAM?

Dakwaan Syed Sadiq bahawa hubungan Anwar-Mahathir adalah erat namun kita tak percaya sama sekali.

Sebaliknya kenyataan MP Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid lebih dipercayai kerana ada asas.

Adakah kenyataan Abdullah Sani adalah suara daripada Anwar?

Sepatutnya Rafizi yang sering mengeluar kenyataan provokasi tetapi pada kali ini kenapa MP Kapar?

Abdullah Sani berkata Rafizi lebih baik dari Azmin.

Rupa-rupanya baru kita tahu bahawa Abdullah Sani itu adalah penyokong tegar Rafizi Dan Anwar.

Ke Mana hala tuju Azmin jika tewas?

Hubungan PKR dan PPBM dipercayai semakin kritikal.

Kita menilai Anwar dan Mahathir mempunyai krisis keyakinan tetapi tersembunyi ibarat ombak dalam cawan, bukan di lautan.

Semasa berjabat tangan kelihatan senyum manis tetapi sebenarnya sumbing.

Adakah ini satu ciri-ciri konfrantasi dalam politik PH?

Kita ingin tanya, "adakah perang dingin Mahathir-Anwar telah berlaku?"

Soalan di atas ada asas.

Kita merujuk kepada kenyataan MP Kapar dan dakwaan beliau bahawa…

PERMAINAN WAYANG OPERA UNTUK MENUTUP HAL REALITI

Bibit alih tumpuan sudah bermula.

Setelah Menteri-Menteri buat perangai, maka perkara yang boleh membuat rakyat khayal perlu dilakukan.

Gunakan media sebaik mungkin, ceritakan hanya tajuk Besar, Najib, kapal mewah, disabitkan, dituduh, dijangkakan kesemunya tertumpu hot button modal mereka sejak menjadi kerajaan baru.

Tahukah Anda

Itulah strategi berulang-ulang yang digunakan pihak Nazi pada perang dunia ke-2 dahulu, iaitu cari kambing hitam, berikan imej buruk yg paling teruk kepada musuhnya, manupulasi fikiran rakyat dengan cerita khayalan.

Kita fikir yang macamana?

Cuma kita perlu berfikiran seperti Jason Bourne untuk memecahkan kod-kod propaganda kerajaan baru ini.

Jangan tersasar minda

Siapa rajin membaca tahulah, bukan menelaah drama tv3 jam 7 petang, kita hanya tahu husna, fika, shah. Katanya sudah tamat drama kontroversi ini.


KITA HIDUP DI ERA KEBODOHAN MENJADI PANDUAN

Alih tumpuan, mengajar penipuan berkala, melahirkan penyokong buta kayu dan sememangnya bodoh serta tidak sedar-sedar tentang kerosakan bakal menimpa kita semua.

Semuanya kerana ingin Najib jatuh, setelah misi mereka selesai, berjaya pula menawan Putrajaya, Mahathir sebelum ini mengatakan Malaysia akan rosak kalau biarkan Najib berkuasa.

Tetapi bila dia berkuasa, satu persatu perkara yang merunsingkan berlaku dan ia menjadi buah mulut rakyat yang mungkin jelek melihat keadaan politik Malaysia pada ketika ini.

100 hari bakal menuju titik tamatnya, janji yang hebat sebelum PRU masih belum mampu dilaksana, mulalah ayat-ayat seloka sememangnya akan menyalahkan kerajaan lama puncanya.

Kita lihat pula menteri-menterinya, terang-terang ada yang terpalit skandal tetapi mampu ketawa menjadi menteri.

Malah membiarkan jawatan penting kepada bukan Islam sudah menampakkan, apa nak jadi, lantaklah, asalkan segala apa yang dihajati itu sudah dalam tangan.

Makin ramai orang Melayu hilang pekerjaan, k…

MELAYU BILA SUDAH HILANG KENIKMATAN UNTUK BERSATU PADU

Gua berpendapat, untuk orang melayu bersatu, adalah dengan merosakkan dahulu apa yang ada, biar masing-masing tanya sama sendiri, sampai ke kampung2 pening kepala memikirkan nasib, anak muda punya banyak takde kerja, ramai terjebak ah long, sampai satu tahap terpaksa membuat pekerjaan haram untuk sara keluarga, bibit emosi yang mendalam, ada yang sok dok tepi kfc tengok keluarga kaya makan sedap-sedap, ekonomi makin sakit.

Maka bersedialah untuk Melayu itu bangkit, tetapi itu semua mustahil, sebab Melayu sekarang dah punya segala-galanya cuma kalau lupa diri, tak bersyukur, hah.. kita tanggung lah akibatnya.

Jangan kata perkara-perkara itu, mustahil untuk berlaku di sini.

Syria, pada zaman kesenangan mereka, roti yang jatuh ke tanah dibiarkan dipijak-pijak makanan dan banyak makanan membazir, sebab ketika itu rakyatnya segalanya senang.

Di Iraq zaman kegemilangan iaitu zaman bermewah-mewah dahulu, majoriti keluarga mereka apabila menghidangkan makanan mesti lebih dari 1 jenis makanan,…

MALAYSIA BARU YANG MENGKHAYALKAN ANAK MUDA

'Lick Ass' untuk tuan berkuasa.

Mengapa mengatakan segala puji hanya untuk politaikus yang bermain propaganda menipu selalunya menang?

Anda mungkin keliru, anda mungkin sudah faham sedikit demi sedikit apa itu permainan silap mata.

Rakyat yang tidak cerdik mudah terpegun dengan permainan ini.

Game ini dinamakan mind control.

Pemimpin yang sudah menang dan menjadi kerajaan hanyalah plastik untuk kenyang sampai keturunan mana sekalipun. Ini kerana hanya codenamenya : Tipu dan Berlakon.

Percayalah itu semua senjata ampuh untuk menjuarai memegang kuasa. Itu sebabnya Mahathir dan koncu-koncunya mampu memegang kuasa cara licik.

Faham? Tidak Faham? Buat-buatlah faham.

Tipu helah itu mampu memenangkan perperangan - Pemikir Perang Dunia ke-2

cover album band luar negara yang luar kotak maksudnya untuk kita fikirkan

DUNIA INI MILIK MANUSIA HATINYA HITAM

Pendirian Melayu penyokong PH, asal Najib jatuh, kuasa kita pegang, biar tidak majoriti, asalkan hati puas, biar habis tinggal titik bila hak-hak orang Melayu perhalusi untuk dipergunakan oleh siminoriti.

Mereka masih dalam khayal, khayal kerana yakin, selagi Perdana Menterinya bernama Mahathir, diagungkan sampai ke tahap jilat yang rakus.

Tidak nampak apa itu kerosakan, hanya nampak ahh UMNO kita haramkan, orang Melayu pasti terpaksa bersama PPBM.


Cara berkesan dengan cukup halus iaitu tutup periuk musuh (kewangan), kita sedia tahu, sejak zaman PM ke 4 dibiasakan diperlakukan sebegitu terhadap musuh politiknya, mampu melawan dengan emosi sahaja.

Asak dan berikan tekanan, nescaya musuh akan memperlahankan gerakannya, lama-lama akan mati dengan sendirinya.

Cara dan ilmu level terteinggi sebagaimana Israel memperlakukan dengan sangat berjaya terhadap orang Palestin. Bangkit tanpa jiwa. Hanya mampu memalit emosi dalam media. Mohon simpati satu dunia, bangkitnya tidak mampu diulit fakta r…

CAKAP PUN TIADA GUNANYA, JADI BIARKAN

Mereka berkuasa 80% dalam PH, Perdana Menteri Melayunya hanyalah boneka yang ada perancangan tidak diketahui samada sengaja, samada untuk memberikan isyarat bahawasanya bila Melayu hilang kuasa, apa mampu orang melayu buat?

Hanya menyemarakkan emosi dalam alam maya, memendam perasaan bila hak-hak yang sepatutnya untuk orang Melayu sudah dipaksa untuk samarata.
Apakah signal sebenar perkara ini berlaku? Emosi hanya mampu menyumpah dan memaki hamun. Namun hakikat hanya 20% orang Melayu secara keseluruhannya menunjukkan emosinya secara terang-terangan, yang lain hanya kata biarlah, kita sudah ke Malaysia baru.
Apa punca ini berlaku? Mengapa tiada titik nafsu orang Melayu itu beremosi? Paling koman pun hanya berentak di media sosial.
Paling ligan pun mampu membuat demonstrasi yang hadir tidak sampai 1000 orang, nak cukupkan 100 orang pun agak sukar.
Cuma kalian memperlihatkan ini dari sudut berbeza. Mengapa agaknya?
Terbaru mengetuai MARA adalah orang bukan Melayu menerajuinya sedangkan M…

TIADA GUNA MEMPERTAHANKAN SEKIRANYA TIADA KESEDARAN

Ketika kita sudah tiada apa-apa lagi nanti, apa yang sepatutnya tinggal ke anak cucu sudah lunyai ditelan sang perakus kerana perpecahan kita.

Entahlah, bila penulis fikirkan, membaca balik apa terjadi terhadap empayar Turki Uthmaniah pada ketika kejatuhannya, apabila sekular meracik-racik umat Islam di negara itu ketika itu hanya rakyat mereka sahaja tahu. Itu pada zaman kejatuhan kuasa Islam.

Namun sekarang kekuatan Islamnya semakin kuat, kerana kuasanya kuat dan berpengaruh, cubaan rampasan pada 15 Julai 2016 oleh pihak tentera yang gagal sama sekali untuk menjatuhkan Endorgan.
Apa yang kita lihat dalam situasi kejadian tidak diduga itu? Rakyat Turki bangkit menggagalkan peranan Tentera yang berpaling tadah.

Apa itu kuasa rakyat? Ia mudah untuk difaham apabila dijentik masalah negara. Mereka bangkit mempertahankannya.

Sehingga kini Endorgan dianggap pejuang kebangkitan Islam di bumi Eropah.

Di Malaysia, hakikat sebenar yang orang kita tidak sedar, di pihak kerajaan hanya terpalit 2…

ORANG BODOH BUKAN DILAHIRKAN BODOH, TETAPI SENGAJA INGIN MENJADI BODOH

Oh Melayuku, semakin dinasihat semakin layu, semakin diberitahu tidak sedar-sedar, sudahlah ditipu, bukan sedikit bau yang hancing itu menusuk didada, apakan daya bauan itu dibiarkan supaya generasi akan datang juga dapat merasai bauan hancing itu.

Malaysia baru untuk kiasu-kiasu, bukan perkauman, tetapi itu realiti dan hakikat yang perlu kita sebagai orang Melayu yang memandang masa hadapan.

Kalaulah anda suka menjadi bangsa penjilat licin seperti pengundi 25% Melayu yang mengundi untuk perubahan kononnya, akhir perjalanannya merugikan kita semua.

UEC pak Menteri beriya untuk menghalalkannya sedangkan ia jurang yang akan merugikan anak kita.

Menteri Kewangan yang tugasnya bercakap ikut mulut dan bukan akalnya.

Menteri harga barang yang masih tergetar untuk menerim kenyataan mana mungkin harga barang itu akan turun.

Menteri kerja raya pula hanya mencadang supaya kereta yang lebih 10 tahun bolehlah dilupuskam.

Paling hebat jawatan-jawatan penting untuk negara nampaknya muka-muka kiasu …

TIDAK PERLU MELUTUT, HANYA LAWAN

Belum cukup 100 hari kerajaan baru memerintah, nampaknya nitizen sudah meluahkan kemarahan berganda terhadap kerajaan baru ini.

Sebelum berkuasa, katanya mereka mampu menurunkan harga barang, alangkah malangnya bila tersalah pilih, bukan harga barang yang mereka usahakan, turunkan maruah dan kuasa orang Melayu, menurunkan ringgit, membatalkan elaun-elaun rakyat, membelakangkan majoriti orang Melayu, UEC juga yang diperjuangkan, hal Zakir Naik yang mereka panaskan, hal Raja-Raja Melayu mereka usikkan, membuli musuh politik mereka dengan dendam kesumat.


Harga projek rakyat naik mendadak, contohnya ECRL, alasannya kerana Najib, sama juga dengan alasan menteri harga barang, katanya harga barang naik juga disebabkan Najib.

Itu belum lagi menteri asas tani kata mengapa harga ikan kembung boleh begitu mahal sedangkan di lautan populasi ikan kembung mencapai lebih 3 billion jumlahnya. Apa silapnya, sudahlah elaun nelayan dihapuskan, alasan tiada peruntukan, buat projek kroni boleh pula.

Apaka…

YOU ARE FULL OF SHIT

Apa semua tidak betul bagi kamu, kamu sahaja yang betul dan benar, kamu kerap mengatakan idea dan cara kamu sentiasa betul dan hebat.

Kamu kata dengan cara kamu sahaja nampak maju dan menuju ke hadapan.

Sepatutnya kamu dalam batallion yang sama kamu arahkan senjata kamu ke musuh bukan kepada general kamu. Adakah dengan cara kamu itu ibarat pejuang hebat yang mampu mengerunkan musuh.

Apa pula idea kamu untuk membawa lebih ramai kembali ke landasan yang betul dalam perjuangan?

Tidak nampak sedikit pun menampakkan cara kamu itu bakal membawa batallion tentera ke arah yang benar untuk menyerang.

Musuh berkata-lebih bagus kita bergembira dahulu, kita sudah tidak sibuk sebab mereka sudah ada orang macam kita dalam menyerang mereka dari dalam.

Well Done Sir, You are Full Of Shit



LUAR KOTAK DAN DALAM KOTAK, ANDA FIKIR ARAH MANA?

Dalam perperangan, kalaulah musuh beranggapan perang gerila itu adalah salah satu perang kuno yg tiada masa hadapan.

Sudah pasti semasa perang vietnam sudah membuktikan betapa ramai tentera Amerika mati katak akibat penangan strategi perang gerila yang dilakulan oleh tentera Vietkong.

Namun mengapa di semenanjung tanah melayu ini, tentera komunis gagal dalam membuat kejutan dan menawan tanah berdaulat ini.

Nak tahu? Fahamkan maksud DAULAT itu sendiri.

Apa maksud fahami musuh dahulu sebelum kamu sudah dapat difahamkan oleh musuh itu sendiri.

Hah apa yang penulis ingin lampirkan perihal ini. Mengapa sejak PH berkuasa nampak ketara rakusnya bangsa bernama KIASU dalam menunjukkan kuasa dominannya.

Dari pelajaran, hakim, peguam, menteri kewangan dan menteri-menteri yang mengawal dalam senyap Majoriti rakyat Malaysia, siapa lagi orang Melayu dan Islam itu sendiri.

Apa yang orang Melayu nampak? Emosi, ketidakstabilan keadilan yang sepatutnya tidak dilebih-lebihkan kepada bangsa Minoriti.

Kal…

BIARKAN MEREKA BERONOK-RONOK DENGAN KUASA

Belum 5 tahun, baru 2 bulan sudah ketara betapa parti sipolan itu paling champion dalam mencatur kuasanya dalam kerajaan baru.

Kuasa melayu hanyalah cebisan berdehem yang bunyinya sungguh perlahan, bila tuan besarnya terbatuk, menggelabah habis Melayu-melayu 'lick ass' sambil tidak berbunyi.

Amat lucu bila kita tidak mampu menyorok realiti, kuasa mutlak itu ibarat ayam dihambat anjing, anjing yang lapar sudah habis menjamu selera. Ayam dilepaskan lagi, kali ini sang dubuk pula mengambil habuan.

Kita ibarat ayam daging yang tugasnya untuk dikokak sang perakus yang lapar.

Siapa kita nak melawan, lebih baik makan dan bertelur, tinggu siapa pula yang akan menjadi hidangan pemakan daging.

Sebenarnya, lemahnya kita akibat pecah belah ysng tidak mampu disorok oleh sesiapa. Itulah hakikatnya.

Dunia ini bukanlah percaturan untuk orang baik, dunia ini hanyalah khusus untuk orang yang meraikan kemenangan.

Apalah nasib.

PARADIGMA SENJATA MAKAN TUAN

Setelah Kerajaan Baru menawan Putrajaya, perkara paling penting untuk membuat musuh politik terkapai-kapai adalah dengan memalukannya.

Tindakan tuduh dahulu, bukti kemudian nampaknya sudah melihatkan satu pengkhususan gelojoh oleh pihak kerajaan.

Misi utama adalah memberi imej buruk kepada Najib, Rosmah dan semua berkaitan dengannya.

Duit, barang kemas dan barang milik peribadi Najib dan keluarganya dirampas, diperlakukan ibarat mantan PM itu bersalah dan jahat.

Tahukah anda berapa ton dosa satu Malaysia dapat dalam bergembira bila aib seorang Bekas PM diperlakukan sedemikian rupa?

Kata seorang agamawan, doa orang teraniaya biasanya makbul bila sang kejahatan anggap segala perbuatannya itu adalah cukup menyelerakan nafsu dendam.

Moga kebenaran itu mampu menjahanamkan kejahilan.


https://m.malaysiakini.com/news/433561

Switzerland sedang menyiasat enam individu kerana disyaki merasuah pegawai kerajaan asing serta beberapa kesalahan lain sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaa…

LGBT NAK HAK, SEKOLAH TAHFIZ NAK DITUTUP MANAKALA TERNAKAN BABI MODEN PERLU BAKAL ADA DI MELAKA

Wahai umat Islam yang bernaung di Tanah Melayu, Tanah Berdaulat, nenek moyang kaya raya, tergadai habis harta benda dan maruah serta kuasa.

Mengapa melayu itu mudah diperkotak katikkan? Semuanya kerana tamak, ego, dendam dan iri hati sesama bangsa.

Sejak zaman berzaman, Tanah Bertuah ini banyak diceritakan betapa banyaknya konflik dan permasalahan yang banyak merugikan bangsa Melayu.

Oh, bercerita perihal bangsa itu rasis, sedangkan Melayu-melayu sedar, apalah ada dengan nama berbinkan si polan dan si polan, bila kuasa sudah ditaikkan oleh bangsanya sendiri.

Bangsa kita ini tidak belajar dengan apa terjadi dengan Melayu Singapura, banyak kuasa Melayu itu pupus di Nusantara ini adalah kerana kita berpecah belah.

Allah sudah memberi signal besar setelah Pakatan Harapan pimpinan Mahathir, banyak hal Islam dan orang Melayu diusik dan dicabul sehingga tiada siapa mampu nak melakukan untuk menyelamatkannya.

Ingat kita sudah tiada kuasa, anak muda pengemar gajet, pemain game online yang hari…

DEMOKRASI ITU MEMBISUKAN KEBENARAN?

Apalah nasib, sudahlah kalah, diperlakukan parti UMNO ini ibarat kain lap kaki oleh musuhnya yang berdendam sekian lama.

Mereka sudah berkuasa, maka mereka gunakan kuasa yang ada untuk melakukan out of law tanpa kawalan.

SEMUANYA KERANA DENDAMKAN NAJIB

Itulah hakikat yang berlaku sekarang ini, sejak UMNO tidak menjadi kerajaan, bangsatnya bila kalah cukup pedih, musuh dikepalai Perdana Menteri tertua di dunia, melakukan perkara sama dia pernah lakukan terhadap musuh politiknya.

Pusingan hidupnya, hanya menjatuhkan orang yang tidak sebulu dengannya, Najib adalah manusia yang paling dia berdendam sejak 2014.

Setelah berkuasa kembali, cara zalim itu sudah terbiasa dengannya, ramai mengatakan, Najib kena kali ini lebih teruk dan sadis.

Mungkin Anwar Ibrahim pernah alami betapa zalimnya dia diperlakukan ketika zaman Reformasi, tetapi cara dan kelakuan pembalasan dendam kesumat Kerajaan Mahathir terhadap Najib nampaknya lebih teruk walau nampak macam mengikut undang-undang.

Bila keadilan su…

BAGAIMANA MEMBUATKAN MUSUH TIDAK BANGUN-BANGUN LAGI

Khusus pemahaman kita, Strategi politik mana paling berkesan ketika era moden dan akhir zaman ini? Bagi penulis, politik untuk kuasa, apa yang perlu digunakan, sekiranya demokrasi itu perlu dibuktikan dengan cara PROPAGANDA menyerang musuh dengan tanpa belas. Matlamat Menghalalkan Cara.



Ini berlaku kepada mantan PM ke 6, Najib Razak, yang kini didakwa atas pertuduhan pengubalan wang haram.

Mengapa serangan tanpa belas ini ditujukan kepada Najib sehingga belas kasihan serta kemanusia sudah hilang dari radar UMAT ISLAM di bumi Malaysia ini? Untuk kata beliau begitu zalim masa pemerintahannya, tidaklah sebegitu, beliau antara PERDANA MENTERI yang prihatin kepada golongan bawahan, nampak kerjanya membantu orang-orang susah dan kurang berkemampuan.


Daru sudat ekonomi, walau hakikat GST yang diperkenalkan itu baik, namun serangan propaganda keterlaluan oleh pihak musuh kepadanya agak jelek dan melampaui batas.

Seorang sahabat mengatakan, kita sudah sampai ke tahap apa sahaja fitnah itu adal…

JANGAN BUAT PARTI UMNO MACAM PARTI KARTEL-KARTEL BUNCIT KEKENYANGAN!!

Sabtu bertarikh 23 Jun 2018, bermulalah pemilihan Sayap UMNO di semua bahagian seluruh Malaysia bagi memilih kepimpinan baru bagi tahun 2018-2021.


Persaingan paling sengit pada ketika ini sudah pasti tertumpu kepada Sayap Pemuda UMNO.

Calon untuk Ketua Pemuda sudah nampak bayang-bayang perubahan ketara diAkar umbi.

Namun menjadi persoalan paling kritikal yang menjadi tanda tanya. Mengapa pula nak menanguh keputusan SIAPA YANG BAKAL MENERAJUI PEMUDA UMNO? Katanya akan ditangguhkan sehingga 5 petang pada Ahad bersamaan 24 Julai 2018?

Ada tangan ghaib nak kawal atau memberi keputusan?

Ramai juga bertanya mengapa? Sebab apa? Kalau pemilihan 2013 dahulu, paling lewat pun pada jam 4-5 pagi hari berikutnya, mengapa pemilihan kali ini nak ditangguhkan sampai ke 5 petang?

Jangan buat UMNO tidak demokratik, sudahlah tersembam pada 9 Mei lepas, walaupun UMNO paling banyak kerusi iaitu 54 kerusi. Dominan parti Melayu. Namun tidak mampu menjadi kerajaan, sudahnya ahli-ahli yang ingin pasti melihat…

KERAJAAN BARU PALING SUCI BERBANGGA 55 RIBU RAKYAT HADIR DI RUMAH TERBUKA PERDANA SEMALAM

Kerajaan baru, yang menangnya kerana propaganda paling tidak etika pada PRU14 yang lepas, mengumumkan untuk berjimat cermat, Menteri kewangannya yang ada pertuduhan mahkamah berkenaan skandal beli banglo murah, sentiasa bermain persepsi kononnya hutang negara sudah melebihi 1 Trillion.

Hari-hari buat sidang media, hampir puluhan ribu kakitangan yang berstatus kontrak diberhentikan, katanya pemberhentian itu disebabkan melibatkan perihal pemimpin terdahulu, guru agama juga diberhentikan, bukan itu juga jkkk, haji 1MDB juga sudah diberi hint untuk tidak diteruskan.

Bukan sedikit diberhentikan, ramai orang Islam, seagama dengan Perdana Menteri yang disayangi umat katanya.

Kerajaan baru tidak berdendam katanya lagi, berjela-jela hujah mengatakan nak selamatkan kewangan negara.

Siaran Piala dunia 2018 Russia, boleh pula sponser, katanya akan beri keuntungan buat RTM.

Rakyat memerhati (Kecuali pencacai taksub) mereka juga tertanya, apa cerita mansuh tol, minyak murah, PTPN tidak perlu bayar…

GOLONGAN 25% MEMANG AKALNYA SUDAH ROSAK, BEGITULAH UMAT AKHIR ZAMAN

Pelik juga, bila pemikiran orang melayu, akalnya memang sudah rosak, masih berbangga dengan keadaan bilamana memegang kuasa, 90% bukan Islam dan mereka hanya 25% mempercayai bahawasanya Islam bakal terjamin dan dijaga dengan elok bila sudah berkuasa dengan nama Pakatan Harapan.

Baca realitinya selepas 9 Mei 18 lepas

KUALA LUMPUR: Kira-kira 95% pengundi Cina memilih Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, berbanding 85% yang menyokong gabungan Pakatan Rakyat yang kini telah terbubar pada PRU13, lapor Straits Times (ST).

Bagaimanapun, hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH, laporan itu menambah dengan menunjukkan angka daripada Merdeka Center. Manakala kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) dan 30-33% menyokong PAS.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/14/laporan-95-cina-tapi-hanya-30-melayu-sokong-ph/

Hakikat pemahaman kita, minda kita kena berubah, Malaysia perlu maju untuk Malaysia lebih disanjungi.

Sanjung ap…

HARI RAYA BAKAL TIBA - GAS MEMASAK NAIK 77 SEN

KUALA LUMPUR 13 Jun - Isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia dinaikkan 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu).

Menurut Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 dibuat selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan tiga tahun mulai Januari 2017.

IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori di…

UNDURKAN TENTERA, LARIKAN DIRI, ITU ADALAH ARAHAN - DUNKIRK MEI 1940

Undurkan tentera, tinggalkan senjata, ada sebab kita perlu belajar strategi khusus ilmu perperangan.

Dunkirk, pelajari mengapa perlu strategi pengunduran ini?

Arahan supaya askar British undur dari tanah Perancis kerana Nazi sudah mengepung habis kawasan jajahan Eropah ketika itu.

Hampir 30k tentera British terpaksa dan memaksa rela untuk menundurkan diri demi arahan dan menyelamatkan diri.

Kenapa tak melawan je sedangkan boleh je tentera 30k tu buat sesuatu untuk melambatkan tentera Nazi dari menjarah Perancis?

Ada sebab. Ada strateginya, walau nampak pengecut, bacul, terdesak, hina, ditertawakan, malah Nazi yakin, selepas Perancis, London akan ditawan pula selepas itu.

Namun siapa sangka tidak sampai 5 tahun 1945 umumnya Nazi dan Hitler kalah dalam perperangan Dunia ke 2.







HITLER - 'i TOLD YOU SO' (AYAT MEMERLI MUSUH POLITIKNYA)

Hitler, satu nama paling diingati sebagai pemimpin kejam dan tiada nilai kemanusiaan terhadap musuhnya, terutama bangsa Yahudi.

Kita sedia maklum, kepimpinannya yang berjaya membuat satu taktik dan strategi baru dunia politik dan ketenteraan.

Bagaimana akalnya mengawal minda rakyat Jerman sehingga hanyut rakyatnya dengan drama politing serta kepimpinannya.

Banyak buku menceritakan bagaimana seorang yang 'looser' menjadi KING kepada negara Jerman melalui parti politik Fasis pimpinannya iaitu NAZI.

Bukanlah penulis ingin melambung betapa hebatnya Hitler, tetapi belajarlah cara kepimpinan yang "supergila", menjarah akal dengan teknik propaganda paling hebat pada zaman itu.

Kepala propaganda Hitler bernama Joseph Goebbels yang dianggap Raja propaganda untuk Nazi ketika itu.

Baca
https://www.thepatriots.asia/joseph-goebbels-raja-propaganda-nazi/

Satu titik tolak dalam kebangkitan semangat rakyat Jerman pada ketika itu moralnya jatuh akibat kekalahan WW1.

Bagaimana Hitler …