Langkau ke kandungan utama

PERANG SAUDARA DALAM PH MUNGKIN SEDANG BERLAKU DALAM DIAM?

Dakwaan Syed Sadiq bahawa hubungan Anwar-Mahathir adalah erat namun kita tak percaya sama sekali.

Sebaliknya kenyataan MP Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid lebih dipercayai kerana ada asas.

Adakah kenyataan Abdullah Sani adalah suara daripada Anwar?

Sepatutnya Rafizi yang sering mengeluar kenyataan provokasi tetapi pada kali ini kenapa MP Kapar?

Abdullah Sani berkata Rafizi lebih baik dari Azmin.

Rupa-rupanya baru kita tahu bahawa Abdullah Sani itu adalah penyokong tegar Rafizi Dan Anwar.

Ke Mana hala tuju Azmin jika tewas?

Hubungan PKR dan PPBM dipercayai semakin kritikal.

Kita menilai Anwar dan Mahathir mempunyai krisis keyakinan tetapi tersembunyi ibarat ombak dalam cawan, bukan di lautan.

Semasa berjabat tangan kelihatan senyum manis tetapi sebenarnya sumbing.

Adakah ini satu ciri-ciri konfrantasi dalam politik PH?

Kita ingin tanya, "adakah perang dingin Mahathir-Anwar telah berlaku?"

Soalan di atas ada asas.

Kita merujuk kepada kenyataan MP Kapar dan dakwaan beliau bahawa ada rancangan untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri menggantikan   Mahathir adalah tepat.

Abdullah  bertanding untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR yakin  bahawa  Azmin  berpakat dengan Daim untuk membunuh karakter Anwar.

Azmin-Daim didakwa sedang berusaha untuk menghalang Anwar daripada menjadi pm ke-8.

Pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen PH adakah bakal dimungkiri?

Benarkah benar Daim pernah berkata bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan Mahathir sebelum PRU akan datang.

The Malaysian Insight pada 11 Ogos 2018 memetik Anwar sebagai berkata, "dakwaan Abdullah itu hanyalah pandangan peribadinya dan semua calon perlu menumpukan soal dasar, bukannya serangan peribadi ketika berkempen".

Namun Abdullah  enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Mahathir dalang utama rancangan yang dilaksanakan Daim, seperti yang didakwanya.

Kita memang sedia maklom bahawa hasrat Anwar untuk jadi pm ke-8 ibarat telor di hujung tanduk.

Anwar perlu percaya dengan kenyataan di atas kerana Mahathir "lidah biawak".

Sumber Portal


Ulasan

  1. kah kah kah..sumber portal kepala hotak ko.

    portal mana la yang ko kopipes ni?

    kah kah kah.. apa yang malu sangat nak letak sumber portal.

    wah.. senang betul nak buat dedak

    kah kah kah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini