Langkau ke kandungan utama

GENG TEKSI UMUM UNTUK LUMPUHKAN KL KERANA KERAJAAN PH KUAT MENIPU!

Nampaknya sudah bergema ketidak puasan hati yang sangat maksimum persatuan Teksi terhadap Kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Moga mereka buat himpunan raksasa dan ajar kerajaan penipu ini.

Kami yang marhein ni pun dah cukup berbulu dengan kerajaan asyik cakap berbelit-belit.

Sudahlah bantuan rakyat dibekukan. Sekolah Cina boleh pula beri berpuluh juta.

Ramai hilang pekerjaan, duit tabung harapan tidak pasti pergi ke mana?

Hari-hari menjaja hutang negara, pelabur lari, mana dia nak buat 1 juta peluang pekerjaan.

Inikali perlu ajar kerajaan penipu ini.

Ayuh bangkit!!


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tuan-tuan, saudara dan saudari,

Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap.

Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi.

Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi.

Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber.

Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan?

Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi.

Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi.

Sedarlah ini bukan saja tabur pasir dalam periuk nasi tapi seolah-olah mahu merampas periuk nasi kita.

Kita ada persatuan, kita juga ada koperasi, bukan saja di KL tetapi di seluruh negara.

Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan Kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita?

Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!

Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tarikh dan masa akan diberitahu. Mohon tuan-tuan dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu-pemandu teksi di KL.

Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak Kerajaan berunding dengan kita.

Terima kasih.

Jamil Mat Desa
Pengerusi
Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

Ulasan

  1. yeah... dah ada point nak bangkit.. tapi yang bangkit bukan umno ..

    tapi geng teksi yang telah lama di tindas kerajaan bn

    umnor ..cuma pandai hasut je skang ...

    kah kah kah

    BalasPadam
  2. Assalam Tn, sy menyokong usahawan2 pemandu teksi krna kerjasama yg diberikn kpd sy & kluarga selama ini.

    Jd dicdgkn supaya buat 1 petisyen ttgn yg menyokong pengurusan teksi di Malaysia ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teksi yang asyik meminta pertolong agar di beri tongkat dan tak mahu bersaing di dunia yang akan meninggalkan sesiapa yang masih di alam lama. Pasaran akan akan wujubkan pasaran bebas yang tidak dpt di halangi oleh sesiapa. Apakah persatuan ini masih dlm mimpi? presiden nya telah gagal utk membawa pembaharuan dan penyediaan kepada ahli2 nya tentang keadaan dunia yang tidak lama seperti dahulu. Anak2 dirumah pun tak boleh dididik macam anak2 dulu.

      Usahkan salahkan Grab atau Tun sekiranya pemandu teksi bukan jadi pilihan rakyat. Mereka sendiri perlu muhasabah diri dan berubah. Nak tipu pengguna, pemilih, teksi yang busuk dgn bau rokok, tidak cepat, byk lagi alasan. Malas nak crita..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini