Langkau ke kandungan utama

MUNGKIN ORANG MELAYU SUDAH TIDAK PERLU DIBANTU LAGI

Melihat situasi dan keadaan Malaysia baru yang baru berkuasa hampir 6 bulan. Secara dasarnya apa yang dilaungkan untuk menyelamatkan Malaysia dari kerajaan dahulu yang dituduh Kleptokrasi. Bermacam tuduhan yang agak keras terhadap Najib dan barisan kepimpinannya.

Namun segala tuduhan itu hanyalah untuk mempengaruhi rakyat uneducated yang kita tahu memang sangat ramai.

Bagaimana mereka berjaya memperdayakan akal-akal pengundi yang tidak memikirkan apa akan jadi selepas ini. Bagaimana nasib bangsa Melayu yang nampaknya sudah ditempeleng akibat kesilapan memilih kerajaan.

Walaupun hampir 6 bulan, tiada apa yang dibanggakan, hanya ada menteri-menteri iq yang rendah bermaharajalela.

Mahathir faham, sebagai Perdana Menteri yang parti bawaannya bernama PPBM, apalah sangat hanya 14 kerusi untuk menjadi pencetus perubahan terhadap kerusi-kerusi parti DAP dan PKR.

Menteri agamanya yang asyik LGBT sahaja disensasikan, menteri pendidikannya yang asyik memberi idea syok sendiri. Menteri kewangannya pula terlalu angkuh. Nasib orang Melayu nampaknya perlu berdikari lebih selepas ini.

Penyokong PH yang tuli, tidak kisah pun duit kita semakin jatuh, Pelabur banyak angkat kaki, ramai pekerja diberhentikan, secara purata 1600 orang diberhentikan setiap bulan bermula jun yang lepas.

Anda bayangkan harga sawit yang menjunam, harga getah yang semakin kritikal. Masalahnya pengundi FELDA yang membawa perubahan semua ini. Separuh kerusi FELDA mempercayai Pakatan Harapan.

Nasib nelayan nampaknya makin tertekan. Harga barang pun semakin tidak terkawal.

Kalau dahulu banyak bantuan diberikan, sekarang jangan harapkan sinar bantuan itu muncul dihujung terowong.

Kalau ini pilihan orang kita, tidak perlu ditongkat lagi. Bagi penulis elok juga, masa inilah kita akan lihat sebenar siapa orang Melayu. Bangkit atau tidak, hanya mereka menentukan, mungkin anak cucu yang boleh beri jawapannya pada masa akan datang.




Ulasan

  1. Rasanya bagi kerajaan sekarang, orang Melayu kaya sahaja yang perlu dibantu. Takrif kaya bagi merek adalah yang jutawan dan bilionair, yang beri manfaat kepada orang kaya sahaja. Sejahat-jahat Najib dan BN, dapat juga merasa duit hasil cukai balik ke rakyat. Ini, dahlah beralasan lebih, mintak derma dengan rakyat pula. Duitnya nanti buat apa? Wallahu a'lam.

    Nampaknya PH pun tak sestabil mana. Mereka melawan arus politik dunia yang sekarang terarah ke sebelah kanan (konservatif). Gerakan kiri (liberal) seperti PH akan kurang popular. Sabar dan tunggu masa sahaja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini