Langkau ke kandungan utama

SENI-SENI TERDESAK SEORANG PERDANA MENTERI YANG MENGUGUT UMNO SUPAYA MENYERTAI PARTINYA

Bila melihat perilaku Perdana Menteri ke-7 ini, Forum Bicara Minda bersama Perdana Menteri di Karangkraff pada Isnin 22 Oktober 2018, sangat menjelekkan bila PM ke-7 hanya bercakap dari sudut lohong tekaknya sahaja.

Tidak ada apa yang baru, hanya perkara ulang-ulang yang biasa dia gunakan sebelum ini.

Anda bayangkan seorang PM dipilih kerana dia adalah negarawan, tetapi olahan kata-katanya tidak melambangkan siapa dirinya.

Memalukan merana dia dengan nada selamba, bantuan nelayan, petani ditamatkan kerana ia adalah duit curi.

Bantuan orang miskin itu duit curi? Masalahnya dari dahulu dia berkata begitu, curi, rompak, menyamun.

Apa tiada pedomankah bila umurnya sudah menjangkanu 94 tahun, tetapi bercakap tiada tapis, perkataan hutang, curi, rompak dan penyangak sudah menjadi mantera mulutnya.

Rakyat terpaksa susah kerana nak melayan kamu mengenyangkan kroni, anak dan cucu-cucu dan penjilat-penjilat kamu wahai PM ke-7.

Partinya hanya 13 kerusi. Dia tahu Anwar sudah menjadi ahli Parlimen.

PM ke-7 ini ajak orang UMNO bersama PPBM, katanya UMNO sudah hilang wadah memperjuangkan orang Melayu.

UMNO sudah tiada katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/489175/umno-sudah-tiada-tun-m


Persoalan yang bermain difikiran penulis, adskah dia gusar kerana UMNO tidak dibubarkan dan memaksa pemimpin UMNO bersama dengannya.

Parti 13 Kerusi ugut parti UMNO yang ada lebih 52 kerusi lebih dari partinya.

Anwar Ibrahim memerhatikan sahaja dari jauh, katanya dalam hati mungkin, (bila-bila masa sahaja aku boleh jadi Perdana Menteri ke-8 kalau cukup nombornya dalam kertas).

Kita tunggu drama sebenar selepas Pemilihan PKR. Pro Anwar vs Pro Mahathir.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini