Khamis, 29 November 2018

WAYTHA MOORTHY HERO CHOLA YANG BOLEH KETEPIKAN PERINTAH MAHKAMAH


Ekoran daripada insiden rusuhan kumpulan samseng upahan ke atas kuil Mariamman, USJ25, Subang Jaya, menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan di premis kuil berkenaan, ia tidak akan dirobohkan, meskipun mahkamah telah mengeluarkan notis perobohan kuil tersebut sejak 11 Mac 2014.
Nampaknya insiden rusuhan kumpulan samseng itu telah menguntungkan pihak kuil meskipun, pemilik tanah, One City Development telah membayar RM1.5 juta serta menyediakan tapak tanah menggantikan lokasi sedia ada.
Keputusan mahkamah berkenaan kes kuil tersebut yang diputuskan lebih empat tahun lalu, amat mudah untuk diketepikan, sebagaimana mudahnya kes Lim Guan Eng, Rafizi Ramli, dan lain-lain yang melibatkan orang-orang kuat PH diketepikan. Namun tidak sesekali bagi kes musuh-musuh politik Tun Mahathir.
Sekiranya sedemikianlah kedudukan martabat perundang-undangan negara, maka nampaklah bahawa dogma ‘survival of the fittest’ atau ‘rule of the might’ menjadi satu label yang signifikan kepada sistem perundang-undangan negara ini.
Lantas ia mengulang kembali zaman diktator Mahathir suatu ketika dahulu.
Ia amat mudah bagi Waytha Moorthy, kerana apa yang perlu dibuat hanyalah “mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan” sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana semalam (27 Nov 2018).
Apa yang perlu dicanangkan ialah “wujudnya ketegangan kaum” sebagaimana yang diulang dan diulang, sedangkan kumpulan samseng yang merusuh telah dikenal pasti sebagai kumpulan yang diupah oleh pihak pemaju, meskipun pihak pemaju menyangkalkannya.
Baca Selanjutnya
https://cungkil.wordpress.com/2018/11/28/waytha-moorthy-hero-hindu-yang-boleh-ketepikan-arahan-mahkamah-pindahkan-kuil/

Rabu, 28 November 2018

'FALSE FLAG' YANG GAGAL! BAGAIMANA SIJIL SILAT BOLEH DILEMPAR DI KAWASAN KUIL SETELAH MEMBUAT KECOH?

Banyak tanda tanya yang kalau dilihat akal dan minda kita pasti akan berteka-teki, siapalah yang bodoh merancang untuk memerangkap siapa agaknya?

Bahan bukti yang disengajakan dibiarkan bersepah di kawasan kuil, selepas serangan 50 orang bertopeng, dikhuatiri orang Melayu yang diupah untuk membuat kacau.

Malah bahan bukti yang kalau kita fikirkan secara logik, bodoh level kiasa tiga untuk operasi ini?

Kad-kad pengenalan, kad ahli pertubuhan seni bela diri, baju parti politik, sijil silat juga dijumpai.


Lawak level apa agaknya yang mungkin ingin membuatkan orang India hilang sabar? Selepas orang India membuat onar dengan rusuhan di Kuil Seafield, curahan minyak disengajakan untuk memerangkap orang Melayu supaya terlibat sama dalam operasi licik ini.


Siapa agaknya punya angkara. Kata pihak Polis, ada pihak yang mengupah orang Melayu supaya membuat kacau itu sebanyak RM150-RM300 diberikan seorang, nilai RM150,000 kata Menteri KDN.

Persoalannya untuk apa perkara ini disengajakan menjadi api perkauman?

Adakah kerana 8 Disember 2018 ini akan diadakan himpunan mega umat Islam di Kuala Lumpur untuk bersolidariti membantah ICERD?

Maka operasi menghalakan masalah kepada himpunan nanti dengan tipu helah memang nampak berjaya dirancang? False Flag yang gagal atau sebaliknya. Hanya jauhari mengenal manikam.

Kita fikirkan logik akal. Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Selasa, 27 November 2018

PERANCANGAN RAPI YANG AGAK MENGUSARKAN SITUASI! SIAPA PUNYA ANGKARA?

Nampaknya keadaan makin panas dan kritikal di lokasi tapak kuil Seafield Sri Maha Mariamman.


Rusuhan ganas terjadi dan dikatakan ada lagi kereta terbakar menjadikan jumlah 24 buah kereta dibakar perusuh.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/27/kereta-dibakar-pejabat-pemaju-dipecah-penunjuk-perasaan-kuil-di-seafield/

Malah perusuh menganggu laluan LDP (Lebuhraya Damansara Puchong) sehingga jalan terhalang dan lalu lintas terhenti.

Ramai yang tidak bersalah terbabit, katanya dua penunggang motorsikal yang kebetulan melalui kawasan himpunan itu dipukul tanpa belas.

Paling sedih bomba yang menjalankan tugas untuk memadamkan kebakaran juga dijadikan mangsa oleh perusuh.




https://www.kinitv.com/video/67903O74



Apa semua ini? Adakah keadaan kritikal ini sudah dirancang rapi? Tidak diketahui sepenuhnya.

Siapa perancangnya?

TANGAN-TANGAN GHAIB MENJERAT RAKYAT DALAM KETEGANGAN KAUM MELALUI ISU KUIL DI SEAFIELD

Kaum India adalah kaum yang sangat pantang agamanya dicuit, apatah lagi rumah ibadatnya cuba dirobohkan walau atas alasan apa sekalipun. Untuk membakar kemarahan masyarakat India tidak sukar bagi si tangan ghaib - gunakan sahaja kuil.

Orang Melayu juga pantang dicabar dan tegar berpantang maut sebelum ajal andai mereka dituduh keterlaluan.

Orang Cina akan bingkas jika ekonomi jadi taruhan.

Tangan-tangan ghaib mula menjalankan tugas demi menjayakan agenda yang lebih besar. Ratifikasi ICERD hanya sub agenda yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan agenda yang lebih besar.

Gangster melayu telah diperangkap untuk melibatkan diri dalam pengambilan tanah tapak kuil. Inilah yang berlaku sekiranya yang bergelar melayu itu tidak benar-benar mengikut lunas Islam. Jika mereka ikut lunas Islam yang sebenar, mereka tidak akan sesekali menerima sebarang upah atau tugasan yang berkaitan dengan rumah ibadat orang lain.

Menjadi satu tanda tanya,  apa perlunya penyerang-penyerang ini memakai topeng segala untuk menyorokkan identiti diri tetapi sebelum serangan telah melaungkan takbir? Tidakkah itu akan mendedahkan terus identiti mereka dan akan dikaitkan dengan MUSLIM serang kuil? Dan apa pula perlunya mereka "mencicirkan" kad pengenalan dan juga SIJIL SILAT GAYONG dalam serangan subuh hari tersebut seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa mereka ialah melayu?

Penyerang pula dikatakan berbaju hijau - warna yang sinonim dengan parti berlandaskan Islam, PAS. Dan dijumpai pula baju korporat berwarna merah, berlogo bunga raya bersama-sama sampul berlabel pendaftaran keahlian Bersatu dan parti ini adalah parti yang sinonim dengan pribumi (melayu dan bumiputera).

Heboh diperkatakan oleh netizen pula, dalam kalangan ahli lembaga pengarah syarikat pemaju itu ada seorang saudara rapat kepada Ahli Parlimen DAP.

Dan sekarang ini di segenap ceruk media sosial, cuba digambarkan kekecohan yang berlaku adalah disebabkan serangan melayu ke atas kuil hindu sedangkan perkara induk di sebaliknya adalah sangat berbeza.

Satu perkara yang rakan-rakan berbangsa India di negara ini harus sedar ialah wujudnya orang-orang politik yang sedang mempergunakan kaum India untuk mereka naik ke atas. Dahulu rakan-rakan berbangsa India dipergunakan untuk bantu kemenangan BN dan pejuang mereka si waytha telah mendapat imbalan kerusi Timbalan Menteri walaupun sebelum itu sampai ke Hague dia membawa isu bangsanya ditindas oleh BN.

PRU14 rakan-rakan India kita ini dipergunakan sekali lagi, kali ini untuk membantu menaikkan PH pula tetapi nasib mereka tetap juga sama. Kalau penulis jadi orang india, penulis sedikit pun tidak akan percaya kepada waytha lagi.

Selama ini kaum India patuh dan ikut cakap waytha dan menganggap dia seorang wira hingga memberi undi kepada BN dulu dan sekarang PH pula.

Dahulu dia dapat jadi Timbalan Menteri dan sekarang dia dah jadi menteri penuh, isu kuil tak jugak dapat dia selesaikan. Yang makin tebal poketnya hanya dia. Terbayang kereta jaguarnya yang menjalar itu. Bangsanya yang konon dia perjuangkan tu tetap juga semakin terhimpit.

Kepada kaum India di Malaysia ini, ayuh kita bersatu di bawah urus tadbir Islam. Lihat di Kelantan bagaimana harmoninya masyarakat India di sana hidup di bawah pentadbiran Islam di bawah teraju kerajaan PAS. Tiada isu roboh meroboh kuil di sana bahkan kaum India di Kelantan bebas mengamalkan adat dan amalan keagamaan mereka walaupun mereka hanya kelompok minoriti di sana. Islam adalah satu agama yang melarang sebarang bentuk penindasan terhadap agama dan bangsa lain.

"Untukmu agamamu dan untukku agamaku".

Tahniah kepada PAS Kota Raja dan juga Ikatan atas ziarah yang dibuat ke Kuil Sri Mahamariamman di Seafield bagi membawa mesej Islam cintakan keamanan dan menyerang rumah ibadat agama lain bukanlah satu praktis dalam Islam.

Semoga kita semua tidak mudah terpengaruh dengan kerja-kerja jahat dari "tangan-tangan ghaib" itu.

Tinta Marhaen
27 Nov 2018
#MAMPUCentre
#IslamMemimpinPerubahan
#tolakRasisme
#tolakICERD

Rabu, 21 November 2018

CUBAAN KAITKAN UMNO/BN DENGAN ICERD TERNYATA GAGAL

Pakar “putar alam”PH berhempas pulas reka nerrative baru ICERD;

Setelah melihat kebangkitan “gelombang rakyat”/GELORA bermula,PH mula panik dan boss mereka mengarahkan U TURN secara berperingkat

Kenyataan yg berasingan mula di keluarkan,khasnya oleh PPBM dan PAN,sementara PKR memberi signal yg “mixed”dan PERANCANG SEBENAR yaitu DAP membisu dan kononnya menyerah kpd PM!

Menteri tanpa parti WAYTHAMOORTY di biarkan lunyai dikerjakan MP pembangkang tanpa seorang pun bangun membela beliau!!

Para pakar “putar alam”segera di arah mengeluarkan nerrative/jalan cerita baru sebagai “fire fighting”exercise menjelang himpunan dan GELORA lebih besar mendatang

Maka keluarlah cerita “penglipur lara”putar alam KONONNYA UMNO/BN yg terlebih dahulu memulakan sejak 2011 cadangan menerima ICERD ini,dan PH hanya melengkapkan nya!!!

Nah! Putar Alam berhempas pulas merekacipta dan cuba nak amplify skrip mereka...mereka begitu yakin selepas mereka berjaya dgn nerrative “mencuri dan merompak”terhadap umno/BN

KALI INI MEREKA TIDAK AKAN BERJAYA.RAKYAT TIDAK BOLEH DI TIPU BERKALI KALI DAN SEPANJANG MASA

Realitinya isu ICERD yg selama ini di tolak oleh kjaan terdahulu CUBA DI SELUDUP MASUK SEBAGAI MANIFESTO PH

Pemimpin Melayu dlm PH yg sedang “mabuk darah”dgn permusuhan dan dendam peribadi,tidak menyedari AGENDA BESAR DAP SERTA KUNCU SE IDEOLOGY dgn mereka.

Setelah berjaya menjatuhkan BN,mereka membiarkan pemimpin Melayu dlm PH leka dan mabuk dgn dendam kesumat sesama sendiri.Sebahagian Menteri Baru Melayu/melayu baru pula sedang tenggelam dalam suasana CULTURAL SHOCK mendapat pangkat,tapi menteri DAP dan HINDRAF serta para strategis mereka tidak berlengah melancarkan gerakan penyebaran agenda dan ideology mereka..maka muncullah gerakan SOSIALIS,KOMINIS,LIBERALIST DLL...

Kejayaan kejayaan itulah mendorong mereka utk menguasai PMO DAN WISMA PUTERA sehingga di masukkan dalam ucapan PM di bangsa bangsa bersatu(UNGA)tentang  konvensyen yg penuh kontroversi ini

KEBANGKITAN rakyat yg di luar dugaan mereka ini menyebabkan PM sedar bahawa beliau di perangkap secara halus oleh DAP dan para strategis mereka,lalu U TURN bermula,dan counter attack sedang di atur oleh team putar alam

Inilah pertarungan sebenar selama ini,terutama antara UMAT MELAYU,ISLAM DAN PERIBUMI DGN DAP DAN KUNCUNYA.Sejak gagasan MALAYAN UNION HINGGA KE MALAYSIAN MALAYSIA DAN DEKLARASI SETAPAK,kita berhadapan dgn isu yg asas dan sama..Ia muncul 1946..1956..1966..dan kini dlm bentuk berbeza.KALI INI ADALAH YG TERBESAR DAN PALING BERBAHAYA setelah mereka berjaya “MENGGUNAKAN KAYU MENUMBANGKAN KAYU”!!

Insyaallah Mereka akan gagal sekali lagi.Perbumi,Umat Melayu,umat islam dan rakyat yg menghargai MALAYSIA KITA tanpa mengira parti BANGKIT SEBAGAI BENTENG UTAMA!!

8hb DISEMBER kita berpakaian putih seluruh negara..Kita berhimpun secara aman DI IBU NEGARA!!kita hargai MALAYSIA KITA...Malaysia yg kita bina bersama sekian lama dan menerima pelbagai nikmat darinya!Bersama kita akan pertahankannya!

Insyaallah


Khamis, 15 November 2018

ICERD BAKAL MEMUSNAHKAN SEGALANYA TENTANG HAK KITA DI TANAH MELAYU

ICERD satu matlamat merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

DAP bertegas ICERD tetap akan diteruskan demi cita-cita Malaysia-Malaysian yang mereka perjuangkan sejak dahulu lagi.

Ekstrimis DAP, biadabnya HINDRAF dalam mempergunakan kuasa dan menekan pula pribumi sedangkan kuasa mereka hanya suku dari keseluruhan kuasa yang mereka pegang.

Persoalan, adakah Perdana Menteri sengaja membiarkan hal-hal yang tidak sepatutnya ini berlaku dan membiarkan kemarahan yang tidak boleh dibendung lagi oleh orang Melayu sehingga menjerumuskan Malaysia ke arah perpecahan?


Anda lihat sendiri apa terjadi sekarang. Matawang kita semakin buruk, pelabur semakin menjauhi Malaysia, sawit dan getah semakin teruk harga komunitinya.

Manakala kaum-kaum pendatang cuba mengenakan kaum asal tanah Melayu ini dengan cara tidak sepatutnya.

Hukuman mati bakal dimansuhkan. Katanya hak untuk mendapatkan pemilikan senjata api mungkin dinilai semula. SOSMA dah ditamatkan.

Keselamatan dalam negara kita ni bakal terancam. Untuk apa semua ini terjadi atau disengajakan untuk terjadi? Adakah untuk menanam api perbalahan?

Punca utama adalah ICERD. Sekiranya kerajaan mengiktiraf juga ICERD. Dikhuatiri akan berlaku ketidakstabilan yang maksimum di bumi bertuah ini.

Anda umat melayu Islam sedar atau tidak segala kemungkinan.

Codename: Duabatu baling tiga batu.

#TolakICERD
#AntiICERD
#TolakEkstrimis

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=301244890600218&id=291476308243743

Selasa, 13 November 2018

NENEK 'DINASOUR' SONGLAP RM95 BILLION?

The 95 Billion Ringgit Dinosaur Grandmother?

Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan tuduhan skandal besar besaran oleh seorang bekas menteri.

Sekarang ini Tan Sri Rafidah Aziz, seorang bekas menteri dalam kabinet Dr. Mahathir bin Mohamad I di tuduh menyonglap wang rakyat berjumlah lebih 95 billion ringgit oleh Raja Petra Raja Kamaruddin melalui portal Malaysia Today.

Raja juga menuduh Rafidah Aziz menyertai kumpulan serpihan UMNO, Bersatu, demi untuk mengelak dirinya dari di kenakan tindakkan undang undang.

"Pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar, dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2.5 bilion setahun selama kira-kira 30 tahun. Semenjak itu, ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion. Dan Rafidah Aziz berada di pertengahan skandal ini kerana pemegang AP juga adalah pemegang saham proksinya dan dia bahkan secara terbuka memiliki hubungan dengan salah seorang pemegang AP

Rafidah Aziz, bekas ‘tycoon’ Umno yang menyertai PPBM, menyebabkan pembeli kereta Malaysia menanggung RM95 billion

Azmin Ali dedah pada tahun 2008 yang skandal(Rafidah Aziz) AP berjumlah RM2.5 bilion setahun

Selamat datang ke PPBM, Rafidah, bekas “tycoon” Umno untuk menyertai parti itu. Apa yang dimaksudkan dengan PPBM sebagai parti “billionaires” yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim semalam?

Raja Petra Kamarudin"

Jikalau dikutkan perkembangan politik Malaysia semasa dan tuduhan yang di lemparkan terhadap pimpinan Malaysia yang ada, pimpinan kini menghadapi satu krisis kekurangan ketelusan yang amat serious.

Hampir kesemua orang keliling pimpinan negara di katakan pernah menyonglap wang rakyat dan Rafizah Aziz juga kini menjadi sasaran.

Banyak persoalan sudah pun muncul bagaimana anak anak Tun Mahathir sendiri boleh jadi kaya raya.

Banyak juga khabar angin bertiup bahawa The Wall Street Journal, The New York Times, The United States Department of Justice dan lain lain telah di beli oleh Tycoon Tycoon kaya dari Malaysia dengan harga bebillion dollar Amerika untuk menjatuhkan Najib Razak.

Walaupun pertuduhan pertuduhan ini mungkin pada peringkat khabar angin kini, namun kita perlu ingat bahawa pada 2010 skandal 1MDB juga cuma khabar angin.

Kini 1MDB menjadi skandal antarabangsa yang sudah pun berada di peringkat perbicaraan mahkamah.

Mungkinkah ini pertanda bahawa Malaysia akan menghadapi PRU ke 15 lebih awak tahun depan?

Kami juga bertanya, berapakah harga kerajaan Malaysian sebenarnya?

Kerana kalau di lihat tycoon tycoon kaya raya sangat berminat membeli kuasa rakyat di Malaysia pada masa ini.

Kami sebagai Rakyat Malaysia sangat bimbang dengan perkembangan Plutocracy di Malaysia dan kehakisan kuasa rakyat marhaen. Setiap hari yang kaya makin banyak membeli kuasa rakyat dengan melantik Tycoon Tycoon kaya kedalam kerajaan.

Walauapapun pun status berita ini, menjadi tanggujawab rakyat dan kerajaan untuk menyiasat setakat mana tuduhan ini benar.

Source: https://www.malaysia-today.net/2018/11/12/skandal-ap-rafidah-berjumlah-rm95-bilion-lebih-besar-dari-1mdb/

Isnin, 12 November 2018

SIAPA YANG SOKONG ICERD SAH DIA ORANG GILA

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya.

ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi mera­tifikasi konvensyen antarabangsa itu me­rupakan alasan paling tidak munasabah kerana perkara sama turut disentuh dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.


“Mereka yang sokong ratifikasi ICERD ini orang gila! Ini konvensyen antarabangsa dan tidak semua perkara yang berlaku di negara lain boleh diamalkan di sini (Malaysia).

“Kita tak perlu terima konvensyen ini, malah tiada sebab untuk berbuat demikian sebab dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan turut menyentuh isu kesamarataan. Janganlah ba­ca Perlembagaan negara itu Sekerat-sekerat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Majlis Peguam dalam satu kenyataan mempertahankan ICERD dan mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen itu segera tanpa melakukan sebarang pengecualian.

Presidennya, George Va­rughese berkata, ratifikasi ICERD sama sekali tidak me­langgar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang ditegaskan di dalam Perkara 1(4) yang menurutnya, memperuntukkan bahawa langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.

Jelas Abdul Aziz, sesuatu yang sia-sia jika kerajaan PH meratifikasi ICERD semata-mata tunduk dengan gesaan pihak-pihak berkaitan.

“Isu kesamara­taan turut dirangka dalam Perlembagaan Persekutuan malah ia lebih sesuai dengan sejarah kepelbagaian kaum di negara ini, jadi buat apa bersungguh sangat hendak terima ICERD ini?” soalnya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menempelak pihak yang cuba melaungkan istilah kesamarataan bagi menekan kerajaan untuk meratifikasi ICERD.

“Berkaitan dengan kesamarataan ini, adakah semua orang sama? Adakah orang kaya dan miskin semua sama? Semua boleh menerima pendapatan RM10?” soalnya lagi.

Sabtu, 10 November 2018

#MalaysiaBaru PELAJAR CINA DIGALAK BELAJAR DI MRSM KATA SIVARASA

Pelajar Cina digalakkan melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana mutu kursus ditawarkan setaraf dengan peringkat antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah ketika ditemu bual oleh Sin Chew Daily, semalam.


“Selepas saya dilantik sebagai timbalan menteri dan mengadakan beberapa mesyuarat dengan kementerian berkaitan, saya amat terkejut apabila mendapati ramai bukan Bumiputera tidak mengetahui langsung adanya kuota 10 peratus terbuka kepada pelajar bukan Bumiputera di MRSM.
“Berlakunya keadaan ini adalah disebabkan tiada maklumat sehingga tidak mampu menarik pelajar bukan Bumiputera melanjutkan pelajaran di sana,” katanya.

Menurut Sivarasa, bahasa pengantar yang digunakan dalam pembelajaran adalah bahasa Inggeris, manakala pensyarah yang diambil adalah berkualiti, selain hampir keseluruhan kos pengendaliannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kata Sivarasa, buat masa ini, terdapat 37,000 pelajar sedang mengikuti pelajaran mereka di 54 MRSM di seluruh negara dengan 3,700 pelajar ataupun 10 peratus sebagai kuota kepada pelajar bukan Bumiputera.

“Ketika ini hanya 285 pelajar didapati memasuki MRSM, daripada jumlah itu, 67 pelajar terdiri daripada Cina, iaitu 23 lelaki dan 44 perempuan,” katanya.

Beliau memberitahu, kementerian pada ketika ini akan berusaha meningkatkan jumlah pelajar bukan Bumiputera di MRSM sehingga memenuhi syarat kuota 10 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Langkah-langkah yang akan diambil kementerian seterusnya ialah apakah perlu meminta peruntukan lebih banyak kepada MRSM dan menambah jumlah MRSM sedia ada, serta menambah jumlah kuota untuk pelajar bukan Bumiputera,” katanya.

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...