Rabu, 26 Disember 2018

DENTUMAN MISTERI GEMPARKAN PENDUDUK SUMATERA SELATAN #headbomb

Beberapa dentuman kuat menggegarkan penduduk Ogan Ilir, wilayah Sumatera Selatan sejak beberapa hari ini lalu, dan kali terakhir didengar malam tadi, lapor DetikNews.


“Malam tadi kira-kira jam 9.40 malam (waktu tempatan) ada bunyi dentuman kuat. Bunyinya membuat penduduk Tanjung Raja Ogan Ilir terkejut.

“Ramai yang dengar, ada 2 kali. Semua kawan-kawan yang dengar dalam tempoh yang sama membuat kiriman di media sosial,” kata Melly, salah seorang penduduk, memetik laporan itu.

Katanya, bunyi itu tidak banyak berbeza dengan bunyi misteri yang didengar penduduk wilayah Oku Timur dan Oku Selatan, 3 hari lalu.

Wilayah Ogan Ilir terletak kira-kira 168km atau 4 jam lebih perjalanan dari kota Martapura, Oku Timur.

“Mudah-mudahan bukan petanda apa-apa dan cepat mendapat jawapan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Selain Sumatera Selatan, bunyi letupan misteri itu turut didengar di daerah Jawa Barat dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

“Bunyi dentuman beberapa kali, jam 1.00 pagi (waktu tempatan) kemudian jam 2.00 pagi. Bunyinya seperti letupan bom tapi tidak membuatkan dinding rumah bergegar,” kata penduduk, Deni Nuryadi.

1 ulasan:

  1. Bunyi letupan misteri juga pernah didengari oleh penduduk Ipoh tidak lama dahulu... Misteri!!!!

    BalasPadam

PEKERJA KILANG NAIK ANGIN, 200 ORANG BERHIMPUN SECARA AMAN SETELAH DIGELAR SAMPAH #viralhancing

BUKIT MERTAJAM - Berang digelar ‘sampah’, lebih 200 pekerja sebuah kilang pembuatan solar di Lorong Perusahaan 4B, Perai di sini hari ini me...