Isnin, 31 Disember 2018

MINYAK PETROL TIDAK JADI TURUN, MASIH HARGA KEKAL RM2.20 UNTUK RON95 #hancing

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari.


Beliau berkata, penetapan itu turut melibatkan petrol RON97 pada harga RM2.50 seliter dan diesel RM2.18 seliter.

Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pengekalan harga itu mengambil kira pandangan semua pihak.  Menurutnya, kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit petroleum secara mingguan.

"Sehubungan itu, pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri yang akan bermesyaurat pada 2 Januari 2019 dan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diperolehi ke atas permintaan PDAM.

"Dan juga memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum. Perdana Menteri juga akan bertemu dengan PDAM dalam amasa terdekat." kata Guan Eng.

Justeru menurut beliau harga berkenaan akan kekal dalam tempoh beberapa hari.

Menurut Guan Eng kerajaan tetap berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras penurunan harga petroleum dunia.

Penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baru 2019

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/harga-ron95-kekal-rm2-20-seliter-1.813454

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANWAR SANGAT YAKIN DR MAHATHIR MAMPU PULIH EKONOMI DALAM 2 TAHUN #viralhancing

Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang d...