Ahad, 16 Disember 2018

PEMIMPIN PAKATAN SEMAKIN SERIAU DENGAN KEMASUKAN BERAMAI-RAMAI MP UMNO MENYERTAI BERSATU!

Politik ini jalan cerita dia perlu kejam, penting diri, jangan sesekali buat baik dengan salah orang, berhati-hati, jangan gelojoh, tunjuk baik walau diri bukannya baik.

Banyak lagi perangai orang politik. Gaya perlu ada, strategi pun perlu ada.

Dahulu penulis pernah beritahu, politik dalam sistem demokrasi ini, pemimpin berbuat baik terlalu kerap dengan rakyat, pasti tidak mampu mengekalkan kuasa. Malah pemimpin yang kuat menipu, gila kuasa dan ada sedikit jahat mampu melakukan kejutan yang tidak disangka dengan memegang kuasa.

Sebab utama keadaan ini berlaku, media sosial punca segalanya. Racun media sosial kalau tepat dan kena pada targetnya. Hasil dan keuntungan dapat berganda.


Namun hakikat politik era Malaysia baru ini. Kalau kita berfikir sejenak. Untuk menundukkan musuh yang kebal, tidak perlu akal yang panjang cuma lahirkan manusia talam dua muka, merosakkan dari dalam bila signal sudah diberikan.

Akal Mahathir. Nampaknya minda memperdajalkan musuh-musuhnya sudah nampak sama sekali.


DAP terang-terang sudah terancam, PKR pula dikatakan akan berpecah juga kerana dalam PKR yang pro Azmin juga akan melompat ke BERSATU. Tidak pasti kesahihannya.

Dari dulu musuh ingin menjahamkan UMNO. Ya mungkin pada ketika ini UMNO nampak lemah disebabkan pengkhianat-pengkhianat yang melompat menyokong Mahathir.

Tidak pasti permainan Mahathir ini menguntungkan Partinya atau bakal memberi bahaya secara total kepada politik orang Melayu.

Siapa tahu kalau terjadi kekukuhan 2/3 Pakatan Harapan dalam kerajaan, mereka boleh merombak macam-macam.

Tetapi persoalan lain, adakah MP Melayu yang ramai tu setuju bila hak bangsanya dirobek dan dilacurkan?

Sudah pasti mereka tidak.

Kita tunggu Januari 2019 ini. Adakah politik Malaysia makin meruncing dengan penukaran Menteri-Menteri cap ayam yang menyusahkan PM tua mereka. Kabinet tukar beli.

Kepada pihak pembangkang, jangan gundah gelana, kita hanya perlu makan cekedie. Sambil hirup air kopi panas. Amacam?

2 ulasan:

  1. Masuk Bersatu ramai2 tak maslah.. tapi yang penyangak jangan terima ... yang tak betul mcm Rahim Tamby pun jangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa dah jeles, hehe

      PAS tak boleh biar Bersatu kuat macam Umno dulu

      Seorang pemimpin PAS Terengganu menyeru anggota parti itu mengetepikan sentimen lama terhadap Umno dalam usaha menarik ahli parti terbabit menyertai mereka.

      Setiausaha PAS Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid, berkata ketika ini ramai pemimpin Umno berpaling tadah dengan meninggalkan parti berkenaan.

      Padam

ROGOL AMAH : PAUL YONG TIDAK MENGAKU BERSALAH

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong, didakwa di Mahkamah Se...