Rabu, 19 Disember 2018

TUGAS PRESIDEN UMNO KINI MILIK TOK MAT HASSAN

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa keputusan begitu dibuat oleh Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang memberi signal berehat dan tugas-tugas Presiden UMNO kini diambil alih oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta.

Zahid berjiwa besar kerana tidak mahu situasi parti berpecah belah, malah sebelum ini serangan dari dalam nampaknya makin menjadi-jadi.

Pengorbadan Zahid, bukan kepalang, diharap Tok Mat dapat membawa sesuatu perkara yang baik kepada UMNO.


Dari sudut pemikiran luar kotak penulis. Dibawah ini hanyalah teori-teori politik.

Wave pertama yang dibuat oleh mastermind politik dalaman.

Nazri wujudkan situasi genting kononnya UMNO akan bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga mungkin terlibat sama untuk pakatan Kerajaan segera.

Ramai ahli UMNO termakan propaganda ini, Peluru ditujukan kepada Presiden parti, Zahid Hamidi.

Berbondong gerakan dimedia sosial mendesak Presiden berundur.

Tetapi yang mengena umpan adalah dipihak Pakatan Harapan, ini kerana dikalangan pemimpin PH tidak setuju dengan penghijrahan beramai-ramai MP UMNO ke PPBM.

DAP menghidu yang Mahathir ingin menguatkan kerusi PPBM dalam PH.

Pemuda DAP keras menolak situasi ini. Anwar Ibrahim secara tenang mengatakan ini tidak baik untuk Malaysia Baru.

Katanya DAP juga mengalami mesyuarat yang tegang kerana situasi ini.

Disebalik MP keluar parti ini. Nama dikaitkan sebagai kerja halus si broker juga terpalit. H20 namanya diasak dalam media kononnya punca MP keluar UMNO.

Pengkhianat-pengkhianat dalam UMNO sedang kepanasan. Ada beberapa nama yang nampaknya macam benar dikaitkan dengan menjadi broker Mahathir.

Kita tunggu Wave ke dua dalam inspirasi gerakan politik bayang-bayang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKATAN HARAPAN AKAN TUNAIKAN MANIFESTO DALAM TEMPOH 5 TAHUN, HARAP RAKYAT BERSABAR KATA KM MELAKA #viralhancing

Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) memerlukan tempoh lima tahun bagi melengkapkan segala tawaran manifesto yang dijanjikan kepada rakyat n...