Isnin, 24 Disember 2018

WAYTHA MOORTHY DIKAMBING HITAMKAN KATA NGO #hancing

20 NGO sokong dengan sepenuh hati terhadap Waytha Moorthy

Di sebalik desakan dan tekanan supaya Senator P. Waytha Moorthy melepakan jawatan sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, terdapat 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyatakan sokongan terhadapnya.


Tidak menghiraukan tuntutan termasuk petisyen mendesaknya meletak jawatan yang kini melepasi angka 300,000, kira-kira 100 wakil daripada NGO berkenaan berkumpul di Tropical Inn Hotel di sini sebentar tadi untuk menyatakan sokongan.

Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) Johor, Y. Mohan berkata, Waytha Moorthy tidak patut dipersalahkan dalam konflik kuil di Seafield, Selangor sehingga mengakibatkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini didapati dikritik secara tidak adil mengenai isu ini. Beliau juga dipersalahkan dalam isu yang tidak membabitkan beliau.

“Waytha Moorthy bukan merupakan individu yang berada di tempat kejadian serta individu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Kami yakin beliau hanya dijadikan kambing hitam bagi sesetengah individu yang mempunyai niat politik atau cuba mengapi-apikan sentimen perkauman,” katanya kepada pemberita.

Setakat pukul 8 malam tadi, petisyen tersebut yang digerakkan melalui platform change.org telah mengumpul 302,076 tandatangan warganet.

Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) sebagai manifestasi kekecewaan terhadap Waytha Moorthy yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri yang memegang portfolio Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah akan jadi negeri terkaya di Malaysia kata PM

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri ...