Isnin, 24 Disember 2018

WAYTHA MOORTHY TU BAIK DAN BAGUS, SYED SADDIQ SAHAJA BERMASALAH - SITI KASIM

Waytha Moorthy baik, Syed Saddiq sahaja bermasalah kata Siti Kasim

Tindakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Ssyed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan tidak disenangi peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Dalam status dalam laman Twitter miliknya, Siti menyelar tindakan Syed Saddiq yang sepatutnya bercakap bagi pihak seluruh rakyat.



Sambil menyifatkan Syed Saddiq tidak akan bertahan lama dalam arena politik, Siti turut mengatakan Menteri Belia dan Sukan itu sebenarnya yang bermasalah, bukannya Waytha Moorthy.

“Anda tidak akan kekal lama dalam politik sekiranya masih ‘pilih kasih’ dalam menyatakan sokongan.

“Anda sepatutnya mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Waytha (Moorthy) tidak ada masalah. Orang seperti kamu yang bermasalah,” katanya.

Jumaat lalu, Syed Saddiq bertegas tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan pendapat dan bersedia dikenakan tindakan sekiranya apa yang dilakukannya adalah salah selepas beberapa kepemimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dilaporkan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menyerahkan memorandum menuntut Waytha Moorthy meletakkan jawatan.

Dalam balasan terhadap status Twitter Siti, Syed Saddiq menempelak sikap peguam tersebut yang disifatkan cuba menyemai politik perkauman.

Syed Saddiq menegaskan, tindakan beliau itu tiada kena mengena dengan soal perkauman sama ada untuk kepentingan Melayu atau India, sebaliknya melibatkan isu nasional.

“Dengan rasa hormat, saya mengatakan ini bukannya isu Melayu atau pun India. Ini adalah isu Malaysia! Saya akan terus menyatakan pendapat saya dan membenarkan semua pihak untuk melakukan perkara sama.

“Cepat sahaja puan menyalahkan orang lain bersifat perkauman tetapi realitinya puan yang menyemai politik perkauman. Henti semai perkauman terhadap semua perkara,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAHATHIR BOLEH LETAK JAWATAN SEGERA KATA PEMIMPIN DAP JOHOR #viralhancing

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memper...