Sabtu, 16 Jun 2018

KERAJAAN BARU PALING SUCI BERBANGGA 55 RIBU RAKYAT HADIR DI RUMAH TERBUKA PERDANA SEMALAM

Kerajaan baru, yang menangnya kerana propaganda paling tidak etika pada PRU14 yang lepas, mengumumkan untuk berjimat cermat, Menteri kewangannya yang ada pertuduhan mahkamah berkenaan skandal beli banglo murah, sentiasa bermain persepsi kononnya hutang negara sudah melebihi 1 Trillion.

Hari-hari buat sidang media, hampir puluhan ribu kakitangan yang berstatus kontrak diberhentikan, katanya pemberhentian itu disebabkan melibatkan perihal pemimpin terdahulu, guru agama juga diberhentikan, bukan itu juga jkkk, haji 1MDB juga sudah diberi hint untuk tidak diteruskan.

Bukan sedikit diberhentikan, ramai orang Islam, seagama dengan Perdana Menteri yang disayangi umat katanya.

Kerajaan baru tidak berdendam katanya lagi, berjela-jela hujah mengatakan nak selamatkan kewangan negara.

Siaran Piala dunia 2018 Russia, boleh pula sponser, katanya akan beri keuntungan buat RTM.

Rakyat memerhati (Kecuali pencacai taksub) mereka juga tertanya, apa cerita mansuh tol, minyak murah, PTPN tidak perlu bayar sekiranya belum bergaji RM4,000.

Hancing, busuk dipermainkan jiwa pengundi, pekat diludah kononnya tidak mampu meneruskan manifesto kerana Hutang negara sudah 1 Trillion.

Apa cerita penjimatan? Apa cerita cakap berbelit-belit?

Agong batalkan Rumah Terbuka Aidilfitri.

Sultan Muhammad V bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.
“Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.
“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini.
Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat menyalurkan sumbangan selepas mengetahui hutang negara mencecah RM1 trilion dan jumlah kutipan itu mencecah RM56.662 juta setakat 3 petang tadi.
https://www.malaysianreview.com/187941/agong-potong-gaji-sendiri-arah-batal-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-di-istana-negara-tahun-ini/
Bila kerajaan yang kerap mengatakan hutang negara membebankan, Mereka mampu pula buat rumah terbuka besar-besaran yang kehadiran hamoir 50 ribu rakyat yang hadir. 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155529586481828&id=323440711827
Katanya ramai yang hadir di rumah terbuka Pakatan Harapan, melayunya tidak seramai mana, yang penuhi adalah bukan menyambut Aidilfitri. Adakah benar?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156376340850600&id=214066990599

Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...