Jumaat, 20 Julai 2018

CAKAP PUN TIADA GUNANYA, JADI BIARKAN

Mereka berkuasa 80% dalam PH, Perdana Menteri Melayunya hanyalah boneka yang ada perancangan tidak diketahui samada sengaja, samada untuk memberikan isyarat bahawasanya bila Melayu hilang kuasa, apa mampu orang melayu buat?

Hanya menyemarakkan emosi dalam alam maya, memendam perasaan bila hak-hak yang sepatutnya untuk orang Melayu sudah dipaksa untuk samarata.

Apakah signal sebenar perkara ini berlaku? Emosi hanya mampu menyumpah dan memaki hamun. Namun hakikat hanya 20% orang Melayu secara keseluruhannya menunjukkan emosinya secara terang-terangan, yang lain hanya kata biarlah, kita sudah ke Malaysia baru.

Apa punca ini berlaku? Mengapa tiada titik nafsu orang Melayu itu beremosi? Paling koman pun hanya berentak di media sosial.

Paling ligan pun mampu membuat demonstrasi yang hadir tidak sampai 1000 orang, nak cukupkan 100 orang pun agak sukar.

Cuma kalian memperlihatkan ini dari sudut berbeza. Mengapa agaknya?

Terbaru mengetuai MARA adalah orang bukan Melayu menerajuinya sedangkan MARA itu diwujudkan untuk orang Melayu.

Kita lihat dengan mata sendiri, mengapa 'anger' yang sepatutnya kita tuntut hak itu tidak berlaku? 

Jawapannya mudah, dari sudut realitinya, sekiranya perut rakyat itu belum diganggu, cari makan untuk keluarga, mak ayah, adik beradik serta sosial life tidak dinganggu. Bermimpilah untuk kesedaran itu muncul.

Kesemua itu akan terpalit dan terdetik apabila, harga barang melambung, wujud diskriminasi terhadap anak muda melayu apabila mencari pekerjaan, pengangguran terlalu banyak, peluang pekerjaan terhad, kehendak untuk menjadi rakyat ke mana ke mari dinafikan kerana kos semakin mahal.

Ini kerana situasi zaman moden yang berTuhankan IT dan gajet. Anak mudanya khayal. Khayal dengan bermacam games atas talian, itu belum sosial dalam maya bila anak muda berhimpit untuk berkenalan tanpa batas.

Agama sudah dibelakangkan, duniawi difikirkan wajar. Hakikat ini kita perlu tahu dan faham. Akhir zaman tiada apa mampu untuk kita katakan kepada bangsa kita.

Cuma masa menentukan nasib dan hala tuju orang Melayu yang dihimpit perpecahan.

Terpulanglah untuk diri kita memikirkan




Khamis, 19 Julai 2018

TIADA GUNA MEMPERTAHANKAN SEKIRANYA TIADA KESEDARAN

Ketika kita sudah tiada apa-apa lagi nanti, apa yang sepatutnya tinggal ke anak cucu sudah lunyai ditelan sang perakus kerana perpecahan kita.

Entahlah, bila penulis fikirkan, membaca balik apa terjadi terhadap empayar Turki Uthmaniah pada ketika kejatuhannya, apabila sekular meracik-racik umat Islam di negara itu ketika itu hanya rakyat mereka sahaja tahu. Itu pada zaman kejatuhan kuasa Islam.

Namun sekarang kekuatan Islamnya semakin kuat, kerana kuasanya kuat dan berpengaruh, cubaan rampasan pada 15 Julai 2016 oleh pihak tentera yang gagal sama sekali untuk menjatuhkan Endorgan.

Apa yang kita lihat dalam situasi kejadian tidak diduga itu? Rakyat Turki bangkit menggagalkan peranan Tentera yang berpaling tadah.

Apa itu kuasa rakyat? Ia mudah untuk difaham apabila dijentik masalah negara. Mereka bangkit mempertahankannya.

Sehingga kini Endorgan dianggap pejuang kebangkitan Islam di bumi Eropah.

Di Malaysia, hakikat sebenar yang orang kita tidak sedar, di pihak kerajaan hanya terpalit 25% kuasa dari orang Islam dan total out dominan adalah bukan Islam.

Ramai Melayu sembang deras, akalnya tidak kuat dalam mempertahankan sebenar apa yang dimaksudkan kuasa Islam.

Terpengaruh dengan propaganda Mahathir, Mahathir pasti mengakui, dalam PH, yang memberi arahan untuk itu ini sudah pasti kepada kerusi dominan dalam parti gabungan PH.

Sedar memang sedar, kerana ego kita, kerana minda kita tidak kuat, memudahkan musuh-musuh mengawal sepenuhnya jati diri orang Melayu.

Bangkit atau tidak itu terpulang kepada rasionalnya minda orang Melayu itu sendiri.

Zaman moden ini, jati dirinya bukan kerana agamanya, bangsanya, namun kerana perut yang perlu diisi.

Duniawi yang menjiwai mereka. Ternganggu itu semua, kacau bilaulah sesebuah negara.

Itulah fakta, usahlah menafikan. Sayu melihat bila kita sudah tiada jati diri.

Sayonara buat mereka yang pendek akalnya.

ORANG BODOH BUKAN DILAHIRKAN BODOH, TETAPI SENGAJA INGIN MENJADI BODOH

Oh Melayuku, semakin dinasihat semakin layu, semakin diberitahu tidak sedar-sedar, sudahlah ditipu, bukan sedikit bau yang hancing itu menusuk didada, apakan daya bauan itu dibiarkan supaya generasi akan datang juga dapat merasai bauan hancing itu.

Malaysia baru untuk kiasu-kiasu, bukan perkauman, tetapi itu realiti dan hakikat yang perlu kita sebagai orang Melayu yang memandang masa hadapan.

Kalaulah anda suka menjadi bangsa penjilat licin seperti pengundi 25% Melayu yang mengundi untuk perubahan kononnya, akhir perjalanannya merugikan kita semua.

UEC pak Menteri beriya untuk menghalalkannya sedangkan ia jurang yang akan merugikan anak kita.

Menteri Kewangan yang tugasnya bercakap ikut mulut dan bukan akalnya.

Menteri harga barang yang masih tergetar untuk menerim kenyataan mana mungkin harga barang itu akan turun.

Menteri kerja raya pula hanya mencadang supaya kereta yang lebih 10 tahun bolehlah dilupuskam.

Paling hebat jawatan-jawatan penting untuk negara nampaknya muka-muka kiasu yang terang-terang mengawal selia.

Apa agaknya tersurat dan tersirat perkara ini kalau kita sebagai orang Melayu Islam, mengatakan ohh tidak mengapa inikan Malaysia Baru.


Isnin, 16 Julai 2018

TIDAK PERLU MELUTUT, HANYA LAWAN

Belum cukup 100 hari kerajaan baru memerintah, nampaknya nitizen sudah meluahkan kemarahan berganda terhadap kerajaan baru ini.

Sebelum berkuasa, katanya mereka mampu menurunkan harga barang, alangkah malangnya bila tersalah pilih, bukan harga barang yang mereka usahakan, turunkan maruah dan kuasa orang Melayu, menurunkan ringgit, membatalkan elaun-elaun rakyat, membelakangkan majoriti orang Melayu, UEC juga yang diperjuangkan, hal Zakir Naik yang mereka panaskan, hal Raja-Raja Melayu mereka usikkan, membuli musuh politik mereka dengan dendam kesumat.


Harga projek rakyat naik mendadak, contohnya ECRL, alasannya kerana Najib, sama juga dengan alasan menteri harga barang, katanya harga barang naik juga disebabkan Najib.

Itu belum lagi menteri asas tani kata mengapa harga ikan kembung boleh begitu mahal sedangkan di lautan populasi ikan kembung mencapai lebih 3 billion jumlahnya. Apa silapnya, sudahlah elaun nelayan dihapuskan, alasan tiada peruntukan, buat projek kroni boleh pula.

Apakah ketahitan yang berlaku? Anda sendiri menilaikannya, sebagai rakyat yang inginkan negara ini ke hadapan, kita tidak perlu terlebih 'lick ass' dengan kerajaan hipokrit seperti ini.

Lawan dengan kritik, kritik sampai mereka tertekan. Inikan Malaysia Baru.

Ahad, 15 Julai 2018

YOU ARE FULL OF SHIT

Apa semua tidak betul bagi kamu, kamu sahaja yang betul dan benar, kamu kerap mengatakan idea dan cara kamu sentiasa betul dan hebat.

Kamu kata dengan cara kamu sahaja nampak maju dan menuju ke hadapan.

Sepatutnya kamu dalam batallion yang sama kamu arahkan senjata kamu ke musuh bukan kepada general kamu. Adakah dengan cara kamu itu ibarat pejuang hebat yang mampu mengerunkan musuh.

Apa pula idea kamu untuk membawa lebih ramai kembali ke landasan yang betul dalam perjuangan?

Tidak nampak sedikit pun menampakkan cara kamu itu bakal membawa batallion tentera ke arah yang benar untuk menyerang.

Musuh berkata-lebih bagus kita bergembira dahulu, kita sudah tidak sibuk sebab mereka sudah ada orang macam kita dalam menyerang mereka dari dalam.

Well Done Sir, You are Full Of Shit



Saya tidak bimbang beri keterangan kepada Polis, saya berhak bersuara kata Ramasamy

KUALA LUMPUR – Profesor Dr. P. Ramasamy hari ini hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dua artikel yang masing-masing disia...