Entahlah, bila penulis fikirkan, membaca balik apa terjadi terhadap empayar Turki Uthmaniah pada ketika kejatuhannya, apabila sekular meracik-racik umat Islam di negara itu ketika itu hanya rakyat mereka sahaja tahu. Itu pada zaman kejatuhan kuasa Islam.
Namun sekarang kekuatan Islamnya semakin kuat, kerana kuasanya kuat dan berpengaruh, cubaan rampasan pada 15 Julai 2016 oleh pihak tentera yang gagal sama sekali untuk menjatuhkan Endorgan.
Apa yang kita lihat dalam situasi kejadian tidak diduga itu? Rakyat Turki bangkit menggagalkan peranan Tentera yang berpaling tadah.
Apa itu kuasa rakyat? Ia mudah untuk difaham apabila dijentik masalah negara. Mereka bangkit mempertahankannya.
Sehingga kini Endorgan dianggap pejuang kebangkitan Islam di bumi Eropah.
Di Malaysia, hakikat sebenar yang orang kita tidak sedar, di pihak kerajaan hanya terpalit 25% kuasa dari orang Islam dan total out dominan adalah bukan Islam.
Ramai Melayu sembang deras, akalnya tidak kuat dalam mempertahankan sebenar apa yang dimaksudkan kuasa Islam.
Terpengaruh dengan propaganda Mahathir, Mahathir pasti mengakui, dalam PH, yang memberi arahan untuk itu ini sudah pasti kepada kerusi dominan dalam parti gabungan PH.
Sedar memang sedar, kerana ego kita, kerana minda kita tidak kuat, memudahkan musuh-musuh mengawal sepenuhnya jati diri orang Melayu.
Bangkit atau tidak itu terpulang kepada rasionalnya minda orang Melayu itu sendiri.
Zaman moden ini, jati dirinya bukan kerana agamanya, bangsanya, namun kerana perut yang perlu diisi.
Duniawi yang menjiwai mereka. Ternganggu itu semua, kacau bilaulah sesebuah negara.
Itulah fakta, usahlah menafikan. Sayu melihat bila kita sudah tiada jati diri.
Sayonara buat mereka yang pendek akalnya.