Jumaat, 20 Julai 2018

CAKAP PUN TIADA GUNANYA, JADI BIARKAN

Mereka berkuasa 80% dalam PH, Perdana Menteri Melayunya hanyalah boneka yang ada perancangan tidak diketahui samada sengaja, samada untuk memberikan isyarat bahawasanya bila Melayu hilang kuasa, apa mampu orang melayu buat?

Hanya menyemarakkan emosi dalam alam maya, memendam perasaan bila hak-hak yang sepatutnya untuk orang Melayu sudah dipaksa untuk samarata.

Apakah signal sebenar perkara ini berlaku? Emosi hanya mampu menyumpah dan memaki hamun. Namun hakikat hanya 20% orang Melayu secara keseluruhannya menunjukkan emosinya secara terang-terangan, yang lain hanya kata biarlah, kita sudah ke Malaysia baru.

Apa punca ini berlaku? Mengapa tiada titik nafsu orang Melayu itu beremosi? Paling koman pun hanya berentak di media sosial.

Paling ligan pun mampu membuat demonstrasi yang hadir tidak sampai 1000 orang, nak cukupkan 100 orang pun agak sukar.

Cuma kalian memperlihatkan ini dari sudut berbeza. Mengapa agaknya?

Terbaru mengetuai MARA adalah orang bukan Melayu menerajuinya sedangkan MARA itu diwujudkan untuk orang Melayu.

Kita lihat dengan mata sendiri, mengapa 'anger' yang sepatutnya kita tuntut hak itu tidak berlaku? 

Jawapannya mudah, dari sudut realitinya, sekiranya perut rakyat itu belum diganggu, cari makan untuk keluarga, mak ayah, adik beradik serta sosial life tidak dinganggu. Bermimpilah untuk kesedaran itu muncul.

Kesemua itu akan terpalit dan terdetik apabila, harga barang melambung, wujud diskriminasi terhadap anak muda melayu apabila mencari pekerjaan, pengangguran terlalu banyak, peluang pekerjaan terhad, kehendak untuk menjadi rakyat ke mana ke mari dinafikan kerana kos semakin mahal.

Ini kerana situasi zaman moden yang berTuhankan IT dan gajet. Anak mudanya khayal. Khayal dengan bermacam games atas talian, itu belum sosial dalam maya bila anak muda berhimpit untuk berkenalan tanpa batas.

Agama sudah dibelakangkan, duniawi difikirkan wajar. Hakikat ini kita perlu tahu dan faham. Akhir zaman tiada apa mampu untuk kita katakan kepada bangsa kita.

Cuma masa menentukan nasib dan hala tuju orang Melayu yang dihimpit perpecahan.

Terpulanglah untuk diri kita memikirkan




Pecah-belahkan perpaduan Melayu, Islam kerja syaitan

 KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar pihak yang cuba memecah-belahkan perpadua...