Khamis, 26 Julai 2018

MELAYU BILA SUDAH HILANG KENIKMATAN UNTUK BERSATU PADU

Gua berpendapat, untuk orang melayu bersatu, adalah dengan merosakkan dahulu apa yang ada, biar masing-masing tanya sama sendiri, sampai ke kampung2 pening kepala memikirkan nasib, anak muda punya banyak takde kerja, ramai terjebak ah long, sampai satu tahap terpaksa membuat pekerjaan haram untuk sara keluarga, bibit emosi yang mendalam, ada yang sok dok tepi kfc tengok keluarga kaya makan sedap-sedap, ekonomi makin sakit.

Maka bersedialah untuk Melayu itu bangkit, tetapi itu semua mustahil, sebab Melayu sekarang dah punya segala-galanya cuma kalau lupa diri, tak bersyukur, hah.. kita tanggung lah akibatnya.

Jangan kata perkara-perkara itu, mustahil untuk berlaku di sini.

Syria, pada zaman kesenangan mereka, roti yang jatuh ke tanah dibiarkan dipijak-pijak makanan dan banyak makanan membazir, sebab ketika itu rakyatnya segalanya senang.

Di Iraq zaman kegemilangan iaitu zaman bermewah-mewah dahulu, majoriti keluarga mereka apabila menghidangkan makanan mesti lebih dari 1 jenis makanan, maka 2 ke 3 jenis disediakan, tetapi bila makan selalunya tidak habis, maka pembaziran itu berlaku dengan dashyat.

Namun takdir Allah menentukan segalanya, banyak contoh-contoh yang Allah dah tunjuk, tetapi kita disini selalunya tidak suka akan perpaduan, masing-masing yang difikirkan kuasa, dendam, tanam siapa yang tidak suka, sekarang yang untung bukan kita, orang lain.

Ini hanya pandangan, kalaulah masing-masing tidak sedar akan perlunya bersatu padu, mungkin jawapan lain akan ada dekat diri bangsa kita.

KR


Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...