Rabu, 15 Ogos 2018

PERANGKAP YANG MEMUALKAN UNTUK MEREKA-MEREKA YANG KECUT

♦MAHATHIR SEDANG MEMERAS UGUT PEMIMPIN UMNO YANG ADA SKANDAL
(By: Ariff Ahmad)

❎ Sebenarnya, orang-orang seperti Nazi Aziz ini lebih pro-DAP daripada pro-UMNO.

❎ Adakah Nazri juga tidak tahu tentang penglibatan anaknya didalam kes pembunuhan?

❎ Sekarang ini semakin ramai pemimpin UMNO yang mula menyerang Najib Tun Razak secara terbuka. Terdapat ramai lagi yang hanya berdiam diri dan gagal bertindak untuk mempertahanan Najib.

❎ Tetapi perkara ini memang biasa di dalam kumpulan haiwan

❎ Apabila anda berkuasa, mereka menghisap batang anda dan apabila anda telah kehilangan kuasa, mereka akan menggigitnya.

❎ Ada yang mengatakan Najib harus digantung keahliannya kerana kes yang sedang berlangsung.
❎ Kenapa mereka tidak juga meminta Lim Guan Eng digantung kerana kes yang sedang dibicarakan?

❎ Bukan sahaja Guan Eng tidak digantung, malah beliau juga dilantik sebagai Menteri Kewangan, iaitu jawatan kedua paling berkuasa didalam kerajaan

❎ Pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin menyingkirkan Najib fikir bahawa rakyat Malaysia akan bergegas kembali untuk menyokong UMNO dan UMNO akan dapat memenangi 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

❎ Dalam sembilan tahun Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah banyak melakukan untuk Malaysia.

❎ Saya tidak pernah dengar mana-mana ahli UMNO atau Barisan Nasional bercakap tentang perkara yang baik yang Najib telah lakukan

❎ Mereka hanya sibuk bercakap mengenai 1MDB, SRC International dan barang kemas serta tas tangan Rosmah.

❎ Adakah anda tahu bahawa isteri Muhyiddin Yassin telah mula menggunakan beg tangan Birkin SEBELUM Rosmah Mansor berkahwin dengan Najib?

❎ Menurut cerita mereka yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Vincent Tan dan Robin Tan telah membeli semua beg tangan dan barang kemas yang di miliki Rosmah.

❎ Tetapi bukankah Vincent Tan dan Robin Tan itu kroni Mahathir? 🏿

UMNO leaders with scandals being blackmailed by Mahathir – Malaysia Today

Mereka seperti Nazri mengatakan mereka tidak tahu tentang isu SRC International. Adakah Nazri juga tidak tahu tentang penglibatan anaknya didalam pembunuhan? Atau adakah Mahathir telah mengancam untuk bongkar kes pembunuhan tersebut kecuali Nazri menentang dan menyerang Najib? Dan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain,  yang saya tidak akan menyebut nama mereka sekarang tetapi saya akan mendedahkan mereka jika mereka memaksa saya berbuat demikian, yang juga diancam dengan pendedahan melainkan mereka mengkhianati Najib?

THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Sekarang ini semakin ramai pemimpin UMNO yang mula menyerang Najib Tun Razak secara terbuka. Terdapat ramai lagi yang hanya berdiam diri dan gagal bertindak untuk mempertahanan Najib.

Tetapi perkara ini memang biasa di dalam kumpulan haiwan. Apabila seekor haiwan telah tercedera, haiwan-haiwan yang lain akan menyerang dan memakannya. Dan inilah DNA pemimpin UMNO. Apabila anda berkuasa, mereka menghisap batang anda dan apabila anda telah kehilangan kuasa, mereka akan menggigitnya.

Sekarang tahukah anda mengapa saya menyertai PAS pada tahun 1978 dan enggan menyertai UMNO pada tahun 1982 apabila Anwar Ibrahim berpaling tadah ke UMNO? Dan saya masih enggan menyertai UMNO sehingga hari ini dan tetap setia kepada PAS.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan Najib sepatutnya tidak lagi campur tangan didalam UMNO. Ada yang mengatakan Najib harus digantung keahliannya kerana kes yang sedang berlangsung. Kenapa mereka tidak juga meminta Lim Guan Eng digantung kerana kes yang sedang dibicarakan? Bukan sahaja Guan Eng tidak digantung, malah beliau juga dilantik sebagai Menteri Kewangan, iaitu jawatan kedua paling berkuasa didalam kerajaan.

Sebenarnya, orang-orang seperti Nazi Aziz ini lebih pro-DAP daripada pro-UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin menyingkirkan Najib fikir bahawa rakyat Malaysia akan bergegas kembali untuk menyokong UMNO dan UMNO akan dapat memenangi 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

UMNO dalam keadaannya sekarang (sombong, leka, tidak realistik, dan lain-lain) senenangnya tidak lagi relevan dan mereka akan bernasib baik jika mereka memenangi hanya 50 kerusi. PAS boleh memenangi 25-30 kerusi di GE15 manakala yang lain akan di menangi oleh PKR, PPBM dan PAN.

Keadaan sekarang adalah sukar untuk UMNO untuk memenangi 40 kerusi walaupun selepas mereka menyingkirkan Najib.

Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU14 bukanlah kerana Najib. Ia adalah kerana SEMUA pemimpin UMNO secara keselurugan, dan Najib menjadi salah satu daripada puncanya. Bagaimana buruk sekalinya Najib, jika anda masih bertegaskan dia tidak baik, ia tidak mencukupi untuk menghapuskan UMNO dan Barisan Nasional.

Rakyat membenci UMNO dan Barisan Nasional adalah kerana apa yang dilakukan oleh parti dan pemimpinnya. Jika anda mahu rakyat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional, maka SEMUA pemimpin UMNO perlu dipecat.

Dalam sembilan tahun Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah banyak melakukan untuk Malaysia. Saya tidak pernah dengar mana-mana ahli UMNO atau Barisan Nasional bercakap tentang perkara yang baik yang Najib telah lakukan. Mereka hanya sibuk bercakap mengenai 1MDB, SRC International dan barang kemas serta tas tangan Rosmah.

Adakah anda tahu bahawa isteri Muhyiddin Yassin telah mula menggunakan beg tangan Birkin SEBELUM Rosmah Mansor berkahwin dengan Najib? Mengapa hanya bercakap tentang tas tangan Birkin Rosmah? Kenapa tidak bercakap mengenai isteri-isteri Menteri lain yang telah menggunakan beg tangan Birkin SEBELUM Rosmah dan Najib berkahwin?

Menurut cerita mereka yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Vincent Tan dan Robin Tan telah membeli semua beg tangan dan barang kemas yang di miliki Rosmah. Tetapi bukankah Vincent Tan dan Robin Tan itu kroni Mahathir? Mengapa kroni Mahathir sanggup membeli Rosmah semua beg tangan dan barang kemas? Dan tidakkah ini juga menunjukkan bahawa Rosmah tidak menggunakan satu sen pun wang 1MDB untuk membeli tas tangan dan barang kemasnya, seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan?

Mereka seperti Nazri mengatakan mereka tidak tahu tentang isu SRC International. Adakah Nazri juga tidak tahu tentang penglibatan anaknya didalam kes pembunuhan? Atau adakah Mahathir telah mengancam untuk bongkar kes pembunuhan tersebut kecuali Nazri menentang dan menyerang Najib? Dan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain,  yang saya tidak akan menyebut nama mereka sekarang tetapi saya akan mendedahkan mereka jika mereka memaksa saya berbuat demikian, yang juga diancam dengan pendedahan melainkan mereka mengkhianati Najib?

Memang benar, terdapat banyak skandal yang melibatkan pemimpin UMNO. Dan itulah sebabnya pengundi menolak UMNO dan Barisan Nasional semasa PRU14. Dan itu juga mengapa Mahathir dapat memeras ugut orang-orang ini dan memaksa mereka untuk menyerang Najib.

Apabila Mahathir dan Pakatan Harapan menyerang Najib dengan pembohongan, pemimpin UMNO gagal bertindak untuk mempertahankan Najib. Dan kerana itu seluruh UMNO menerima padahnya. Ingat, jadikan ini menjadi satu pengajaran untuk kamu. Apabila kapal tenggelam, semua orang patut mati lemas bersama, dan bukannya hanya kapten kapal yang lemas seorang.

http://www.malaysia-today.net/2018/08/14/umno-leaders-with-scandals-being-blackmailed-by-mahathir/


Selasa, 14 Ogos 2018

PKR PRO REFORMASI SUDAH 'FIGHT BACK' TIDAK TAHAN DILEMBUKAN LAGI SEKALI OLEH....

TUN DR MAHATHIR DAN TUN DAIM JAHAT, PERGUNA PEMIMPIN PKR: PENGERUSI PKR WILAYAH PERSEKUTUAN

"Saya nak berterus-terang, PRU 14, dalam kumpulan parti Pakatan Harapan, PKR menang lebih daripada parti-parti lain, saya berterus-terang, because saya rasa sedih, walaupun kita menang besar, tengok agihan-agihan kerusi telah dihijack oleh parti-parti 'Johnny come lately', parti-parti kecil. Dan jugak, tuan-tuan dan puan-puan, bagaimana ahli-ahli politik kita yang menang telah diketepikan. Jadi kita kena kaji betul-betul, jangan take from face value."

"(PKR) Wilayah Persekutuan, kita secara terbuka, saya masuk tv, saya memang tolak Tun Dr Mahathir, openly, because sorrylah--saya mula dari Kuala Lumpur, sejak UMNO berjuang, orang UMNO panggil saya masuk UMNO, saya kata 'tak', tak pernah masuk parti lain except masuk PKR--saya tahu bagaimana watak buruk jahatnya Tun Dr Mahathir dibantu oleh Daim. Can viral this, that I said so."


"Jangan percaya, tengok bagaimana Tun Mahathir, Daim, menggunakan pemimpin-pemimpin kita di PKR jadi puppet mereka, nak menjatuhkan nak melemahkan PKR."

(Ucapan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad, dalam "Debat Reformasi 20 Tahun" di Melaka pada 12 Ogos 2018)

https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/2046401035394393/

Isnin, 13 Ogos 2018

PERANG SAUDARA DALAM PH MUNGKIN SEDANG BERLAKU DALAM DIAM?

Dakwaan Syed Sadiq bahawa hubungan Anwar-Mahathir adalah erat namun kita tak percaya sama sekali.

Sebaliknya kenyataan MP Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid lebih dipercayai kerana ada asas.

Adakah kenyataan Abdullah Sani adalah suara daripada Anwar?

Sepatutnya Rafizi yang sering mengeluar kenyataan provokasi tetapi pada kali ini kenapa MP Kapar?

Abdullah Sani berkata Rafizi lebih baik dari Azmin.

Rupa-rupanya baru kita tahu bahawa Abdullah Sani itu adalah penyokong tegar Rafizi Dan Anwar.

Ke Mana hala tuju Azmin jika tewas?

Hubungan PKR dan PPBM dipercayai semakin kritikal.

Kita menilai Anwar dan Mahathir mempunyai krisis keyakinan tetapi tersembunyi ibarat ombak dalam cawan, bukan di lautan.

Semasa berjabat tangan kelihatan senyum manis tetapi sebenarnya sumbing.

Adakah ini satu ciri-ciri konfrantasi dalam politik PH?

Kita ingin tanya, "adakah perang dingin Mahathir-Anwar telah berlaku?"

Soalan di atas ada asas.

Kita merujuk kepada kenyataan MP Kapar dan dakwaan beliau bahawa ada rancangan untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri menggantikan   Mahathir adalah tepat.

Abdullah  bertanding untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR yakin  bahawa  Azmin  berpakat dengan Daim untuk membunuh karakter Anwar.

Azmin-Daim didakwa sedang berusaha untuk menghalang Anwar daripada menjadi pm ke-8.

Pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen PH adakah bakal dimungkiri?

Benarkah benar Daim pernah berkata bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan Mahathir sebelum PRU akan datang.

The Malaysian Insight pada 11 Ogos 2018 memetik Anwar sebagai berkata, "dakwaan Abdullah itu hanyalah pandangan peribadinya dan semua calon perlu menumpukan soal dasar, bukannya serangan peribadi ketika berkempen".

Namun Abdullah  enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Mahathir dalang utama rancangan yang dilaksanakan Daim, seperti yang didakwanya.

Kita memang sedia maklom bahawa hasrat Anwar untuk jadi pm ke-8 ibarat telor di hujung tanduk.

Anwar perlu percaya dengan kenyataan di atas kerana Mahathir "lidah biawak".

Sumber Portal


Syiah tidak sesat? Fatwa pengharaman fahaman itu akan disemak balik kata Mufti Pulau Pinang

Tidak dipastikan mengapa kalut benar Mufti Pulau Pinang ini, sudah diketahui Syiah itu bukanlah satu Mazhab, tetapi itu adalah salah satu ca...