Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 19, 2018

MEREKA KATA MANIFESTO PH TIDAK PENTING? APA YANG MEREKA JANJI PADA BULAN MAC 2018 YANG LALU

Mereka bercakap berpusing-pusing, malah ramai terpengaruh kononnya Najib menjual negara, hidup dengan menipu dan menjatuhkan orang.

MOGA ALLAH MEMBALAS SEHINA-HINANYA MANUSIA MUNAFIQ

Pakatan Harapan (PH) malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

Ia terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan yang dilancarkan calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah dan lebih 1,000 yang hadir.

“Matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, demokrasi dan meritokrasi,” kata buku itu.

Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan su…