Sabtu, 6 Oktober 2018

BOLEH BUAT MAKSIAT DI WAKTU MALAM TANPA GANGGUAN DAN DISERBU?

Apa nak jadi dengan Malaysia Baru, pemahaman Menteri Agama ni sah lebih kepada leberalisasi yang sangat bahaya.

Sudahlah ekonomi Malaysia makin kebelakang, ramai orang Melayu hilang pekerjaan, Perdana Menterinya hanya bermodalkan Najib dan Rosmah, ayat curi, rompak.dan hutang negara hari-hari menjajanya ibarat mereka lupa mereka sekarang adalah pemegang kuasa di Pusat.

Kita baca apa Menteri sesat ni kata

KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.
Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.
"Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.
"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.
Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.
Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.
Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai "konservatif agama" dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/10/06/khalwat-bukan-urusan-kerajaan/#qBoriGDttpOloV3w.01



Jumaat, 5 Oktober 2018

KERAJAAN BARU YANG MERUGIKAN EKONOMI NEGARA

Dalam peralihan kuasa kepada Pakatan Harapan, dikepalai oleh manusia yang sebelum ini mereka bersama-sama menaji secukupnya sebagai manusia diktator, hipokrit, zalim, gila kuasa.

Namun segalanya terjadi untuk bersama-sama menawan Putrajaya demi satu matlamat.

Serigala dan singa serta dubuk yang kelaparan terpaksa bekerjasama. Perjanjian dilakukan secara singkat, dikepalai oleh manusia yang berdendam tahap maksimas terhadap PM terdahulu iaitu Najib.


Maka skripnya berlangsung dengan teratur, walaupun pada awalnya nampak suram.

Semua melutut, terpaksa menjadi baik, pura-pura level tertinggi memang ketara.

Si polan yang hatinya begitu kelam dan fasa seterusnya berlangsung.

Modal sama, curi, rompak, Najib Rosmah, bangkrap, muflis.

Sampailah PRU14, sehingga muncul video propaganda sedih level kuasa 3. Ramai tersentap, ramai terpegun, anak muda mula kata #RinduZamanTun.

Maka segala bibit-bibit khayalan pun bermula, ramai terperangakap dengan cetusan emosi dan serangan peribadi.

Akhirnya Pakatan Harapan Menang tidaklah besar, tetapi menang kerana manupulasi.

Hebat. Hebat.

Namun persoalannya, setelah hampir 5 bulan mereka beraksi sebagai Kerajaan.

Apakah suasana yang positif mereka berikan kepada rakyat selain memberhentikan hampir 50,000 pekerja yang berstatus kontrak, semuanya Melayu pula tu.

Elaun nelayan dihapuskan, BR1M mungkin tidak disambung lagi, harga komuniti getah jatuh, sawit harga merudum, ringgit semakin turun, pelabur banyak lari.

Malah paling merisaukan golongan LGBT semakin berani menuntut hak.

Banyak lagi kegusaran rakyat terutama orang melayu diperkatakan.

Bahasa Melayu ibarat diayamkan (chicken dinner), almaklumlah 75% ahli parlimen dalam Pakatan Harapan sudah pasti bukan beragama Islam.

Inilah nasib. Inilah Nasib.

Rakyat mungkin rindu dengan UMNO. Mungkin.

bersambung...

Isnin, 1 Oktober 2018

ANTARA ANWAR DAN MAHATHIR, ANDA PERCAYA MEREKA TIDAK BERBALAH SECARA DIAM?

PRK Port Dickson adalah salah satu paradiqma pengenalan dalam diam perbalahan antara bayang-bayang dan hantu, orang biasa seperti kita mungkin hanya melihat ia adalah salah satu episod politik yang nampaknya perlu Anwar di Parlimen supaya mengimbangkan kuasa dalaman PH.


Mahathir cukup sedar, setelah bersama dan bersatu atas nama kesatuan untuk tawan Putrajaya, tidak diketahui bibit-bibit perbalahan secara senyap sedang berlaku.


Anwar juga sedar, sekiranya dia asyik menunggu dan membiarkan onak duri permainan kuasa olahan Mahathir bakal merugikan dirinya, nak mengharapkan Wan Azizah, Nurul Izzah apalah yang mampu dibuat untuk mengimbangi monopoli kuasa sang penguasa bernama Mahathir.

DAP mungkin sedang memikirkan, adakah mereka sedang mencari untung bila membiarkan parti 13 kerusi merantai jawatan-jawatan atas di GLC dan syarikat milik kerajaan yang lain.

Usaha untuk menunjukkan DAP juga perlu menunjukkan kuasa dominan nampaknya agak sukar bila Anwar dan Mahthir itu bakal berpaksi untuk bersama-sama dalam pasukan kerajaan.

Mahathir dibelakangnya ada DAIM, sang pemikir rentak politik Mahathir. Anwar pula memikirkan, untuk mengekalkan sendiwara pura-pura sehingga percaturannya ingin menjadi PM ke-8 perlulah bermula dengan langkah PD.

Siapa kata tiada apa berlaku, Azmin, anak didik Mahathir tahu, dia sudah mempunyai jawatan penting dalam kerajaan, dalam khazanah.


Anwar? Sekiranya tidak kesampaian dirinya menang di PD ini, satu titik tolak pemberontakan dari dalam pasti berlaku.

Itu pasti Mahathir fikirkan bagaimana, jadi calon bebas seperti Isa Samad dan Saiful Bukhari yang akan memecahkan undi untuk mengurangkan kemenangan Anwar atau mengalahkan Anwar?


Rumit bukan untuk memikirkannya.

Adakah logik calon-calon perosak undi seperti Isa Samad dan Saiful Bukhari akan merosakkan undi supaya Anwar kalah?

Jawapannya ada pada Mahathir.

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya. Selam...