Sabtu, 20 Oktober 2018

KERANA ZAHID TIDAK MAHU BUBARKAN UMNO, REGIM UGUT DAN DAKWA PRESIDEN UMNO DENGAN TUDUHAN TIDAK LOGIK

Mahathir dikatakan makin pening dengan kedegilan Presiden UMNO untuk membubarkan parti keramat itu dan mengajak kesemua ahli-ahlinya untuk menjadi ahli bersatu.

Sedia maklum, kemenangan Anwar Ibrahim di PRK PD pada minggu lepas memberi signal panik kepada Mahathir dan koncu-koncunya.

Anda faham bukan bilamana Mahathir menjadi Perdana Menteri atas janji Pakatan Harapan bila dapat tawan Putrajaya.

Adakah benar Wan Azizah ikhlas untuk membenarkan Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Anda perlu melihat dari sudut perspektif pemegang kuasa muktamad dahulu.

Anda perasan bagaimana Mahathir membaling batu kena pula 4-5 kepala yang dia perlu kawal.

Anda kena faham, siapa Lim Kit Siang, Mat Sabu, Azmin dan Anwar Ibrahim.

Mereka ini berbelas dan berpuluh tahun memusuhi Mahathir.

Anda fikir Mahathir guna konsep Sun Tzu? Sekiranya tidak mampu lawan mereka, bersama mereka (musuh)

Berbalik kepada UMNO, penulis pernah beritahu, Najib dan Rosmah sengaja dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Mahathir dan anak-anaknya, tidak lupa kroninya.

Zahid Hamidi pula Mahathir perlu bunuh karekternya, sebab? Siapa Zahid dengan Anwar pada 1998 dahulu.

Anda fikir Anwar tidak rasa apa-apa bila Zahid diperlakukan begitu?

Ini perperangan kuasa yang orang biasa takkan nampak. Jadi senjata ulang-ulang dan manupulasi oleh Mahathir guna untuk menjatuhkan semua musuh politiknya.

Tetapi harus diingat, adakah Zahid, Anwar dan Najib itu zero ilmunya perihal politik?

Jangan gembira dulu wahai Pendewa Mahathirisme. Sabar.

Semalam Zahid didakwa atas 45 pertuduhan AMLA.

Puncanya kerana Presiden UMNO tidak mahu bubarkan UMNO. Codename : Anwar next PM.






Khamis, 18 Oktober 2018

MUSUH DIIKAT KAKI DAN TANGAN SERTA MATA DITUTUP, LEPASTU ITU KATA MUSUH ITU PENGECUT!!

Kalau dahulu mereka gunakan cara memenjarakan musuh politik dengan ISA, sekarang diera baru, Malaysiaku haru. Mereka menggunakan SPRM dan AMLA untuk mengenakan musuh.

Najib Razak sudah beberapa pertuduhan dikenakan, malah isterinya juga sudah kena dengan pertuduhan yang kononnya mereka mengubah wang haram.

Sekarang presiden UMNO, Zahid Hamidi pula jadi mangsa, mereka guna cara sama untuk menekan musuh.

Tertanya, adakah adil untuk merencanakan demokrasi pada hari ini dengan menganiaya musuh politik yang dahulu menjadi anak buah kepada PM sekarang?

Mungkin PM sekarang terlalu selesa kerana kuasa dalam tangan ibarat tidak mampu dihalang oleh sesiapa sahaja.

Bak kata pepatah, bila berkuasa, kejam itu mampu meneruskan dan menguatkan kuasa. Siapa melawan layanlah mereka seperti kambing masuk dikandang harimau.

Itu mereka gunakan, banyak negara seperti Arab, atau negara yang menggunakan sistem republik, menekan musuh politik sehingga tidak mampu melawan sampai bila-bila.

Sekiranya terlalu baik memerintah kena pijak, tetapi menjadi kejam dan kuku besi bila memerintah ramai akan menunduk.

Selagi orang UMNO tidak bersatu padu. Ramai lagi pemimpin kita akan dilanyak sampai tidak mampu bangkit lagi.

Nanti penulis huraikan strategi PM baru ini dalam mengawal kuasa musuh politiknya. Sekarang dia gunakan balingan sebiji batu kena tepat 5 orang sekaligus.

Antara mesej dari Whatsap

JATUHKAN IMEJ PRESIDEN, JATUHKAN IMEJ UMNO

Apa yang pelik Presiden kena tahan SPRM dan kena dakwa. Memang dah di jangka kezaliman demi kezaliman akan terus di lakukan kepada pemimpin UMNO untuk calarkan imej UMNO supaya semua keluar UMNO dan sokong Parti Bersatu. Parti terdesak dengan 13 kerusi dan takut kebangkitan Anwar.

Sebelum ini pun ramai pemimpin UMNO sudah di panggil beri keretangan dan di siasat SPRM/AMLA. Tak mustahil selepas Zahid, ada  pemimpin-pemimpin Tertinggi Umno yang lain di dakwa pula.

Itulah perancangan mahazalim dan niat busuk kerajaan PH sekarang. Akibatnya lupa tanggungjawab memajukan dan membangunkan negara, lebih kepada berpolitik dan mencari salah pemimpin UMNO.

Kalau kita diam, Kita akan lagi di tindas dan di pijak

Kalau kita biarkan, kita akan di malukan lagi

Kalau kita berpecah, Umno akan terus berpecah dan terkubur

Malukan UMNO, Malukan Melayu, Malukan Pemimpin Islam

Inilah Masa dan Ketika, Kita BANGKIT dan Kembalikan kekuatan roh perjuangan orang UMNO yang sebenar.

AYUH BANGKIT




Isnin, 15 Oktober 2018

ANWAR MENANG PRK PD, HARAPAN RAKYAT ATAU MERUNSINGKAN MAHATHIR?

Adakah kemenangan Anwar satu anugerah atau satu bala baru buat rakyat Malaysia?

Sejak 20 tahun dahulu, antara Mahathir dan Anwar, ceritera mereka hanya untuk mereka berdua.

Anda mungkin tahu Mahathir yang menzalimi Anwar sejak zaman Reformasi itu tercetus pada 1998.

Ramai pemerhati wujudnya kerajaan baru adalah kerana Mahathir tidak mempercayai BN mampu melawan Tentera Anwar.

Siapa leader pada PRU13 iaitu Pakatan Rakyat? Anwar jaguh yang beriya-iya yakin bakal menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Mahathir tahu, PRU14, kalaulah tidak melakukan sesuatu, dia dan anak-anak dia dalam bahaya.

Jadi mangsa kambing hitam sudah pasti Najib dan Rosmah. Mereka berdua ini sengaja dijadikan mangsa untuk perancangan seterusnya.

Mahathir gunakan konsep, tidak mampu lawan musuh, bersamalah dengan mereka. Mudah.

Berjaya 40% strategi orang tua itu dalam menerajui dan mengawal kepala-kepala dalam barisan pemimpin yang bersama Anwar dahulu.

PPBM wujud hanya untuk alih perhatian supaya dapat masuk ke kem musuh dan kawal mereka.

berbalik kepada kambing hitam, Najib itu sebagai hot target sahaja untuk modal berterusan dalam propaganda Mahathir.

Musuh sebenar Mahathir adalah Anwar. Dia tahu, anak-anak dia dalam bahaya, jadi sekarang Anwar sudah jadi Ahli Parlimen.

Maka taktik Mahathir itu akan makan diri sendiri.

Tak percaya? Anda sediakan pop corn sahaja.

Abang Rebel


SIAPA PUNYA KERJA BUAT PERKARA TERLALU BIADAB BEGINI? PATUNG BERHALA DILETAKKAN DI SURAU #viralhancing

PELABUHAN KLANG: Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan...