Khamis, 25 Oktober 2018

[GEMPAR] AKHIRNYA PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN!

Hatoyama Yukio Letak Jawatan Kerana Gagal Tunai Janji Manifesto


Yukio Hatoyama (鳩山 由紀夫 Hatoyama Yukio, born 11 February 1947) ialah seorang bekas ahli politik Jepun yang pernah berkihdmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 16 September 2009 hingga 2 Jun 2010.

Beliau meletakan jawatan apabila memungkiri janji manifesto yang dibuat semasa berkempen iaitu memindahkan sebuah pangkalan tentera udara Amerika Syarikat (AS) keluar dari pulau Okinawa.


Hatoyama, seorang jutawan yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stanford, ialah Perdana Menteri Jepun keempat yang meletakkan jawatan dalam tempoh empat tahun lalu.

Jika saudara bandingkan apa yang berlaku di Malaysia walau Perdana Menteri Dr Mahathir telah mungkir janji berkenaan manifesto 100 hari dan janji janji lain beliau dan kepimpinan Pakatan terus sombong angkuh dan takabur memerintah negara dengan penuh kekejaman dan kezaliman yang jelas.

Dr Mahathir asyik memaksa rakyat berkerja dan berprinsip seperti rakyat Jepun namun Pemimpin PH tidak berprinsip seperti Perdana Menteri Jepun dan lebih kepada prinsip kencing rakyat biar hancing.

Kami mencabar Dr Mahathir letak jawatan dan berpegang kepada prinsip Harakiri!! Berdisplin dan berani bertanggungjawab atas kemunafikan Pakatan.

Kredit : Esmee Bin Mat Isa

ps: Sengaja penulis letakkan gambar Tun untuk berimiginasi, mana tahu lepas ini dia pula yang letak jawatan.

Rabu, 24 Oktober 2018

KERANA ZAHID SEBUT BAHAYANYA LGBT, MENTERI-MENTERI PH MEROYAN KENAPA?

Betapa hebatnya jenama LBGT sehingga apa sahaja yang ingin mengkritik atau menghukum golongan ini, maka bertempiklah mereka yang nak tunjuk hero, sanggup dibelakang LGBT demi hak asasi katanya.

Satu pemahaman mudah, Zahid Hamidi hanya mengatakan gejala LGBT bakal mengundang bala Allah, contoh gempa bumi di Palu, Sulawesi.

Adakah hanya untuk memberi peringatan berkenaan bahaya LGBT itu satu kesalahan.

Syed Saddiq kata gejala rasuah juga mengundang murka Allah bukan LGBT.

Maksudnya tidak boleh kaitkan LGBT dengan kejadian musibah? Syed Saddiq belajar agama dekat mana agaknya.

Gejala songsang lebih memudaratkan kerana gejala itu menjadi salah satu punca rosaknya sistem kekeluargaan dan norma manusia yang dijadikan berpasang-pasangan.

Adakah Syed Saddiq ini pejuang LGBT?

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-bidas-kenyataan-zahid-tentang-isu-lgbt-189019%3famp=1

Kesimpulannya, kalau menteri pun jenis sensitif bila jenis yang dia perjuangkan dikritik, dihukum, rosak generasi hari ini bila maksud bala Allah pun tidak faham.

Memalukan.




Selasa, 23 Oktober 2018

SENI-SENI TERDESAK SEORANG PERDANA MENTERI YANG MENGUGUT UMNO SUPAYA MENYERTAI PARTINYA

Bila melihat perilaku Perdana Menteri ke-7 ini, Forum Bicara Minda bersama Perdana Menteri di Karangkraff pada Isnin 22 Oktober 2018, sangat menjelekkan bila PM ke-7 hanya bercakap dari sudut lohong tekaknya sahaja.

Tidak ada apa yang baru, hanya perkara ulang-ulang yang biasa dia gunakan sebelum ini.

Anda bayangkan seorang PM dipilih kerana dia adalah negarawan, tetapi olahan kata-katanya tidak melambangkan siapa dirinya.

Memalukan merana dia dengan nada selamba, bantuan nelayan, petani ditamatkan kerana ia adalah duit curi.

Bantuan orang miskin itu duit curi? Masalahnya dari dahulu dia berkata begitu, curi, rompak, menyamun.

Apa tiada pedomankah bila umurnya sudah menjangkanu 94 tahun, tetapi bercakap tiada tapis, perkataan hutang, curi, rompak dan penyangak sudah menjadi mantera mulutnya.

Rakyat terpaksa susah kerana nak melayan kamu mengenyangkan kroni, anak dan cucu-cucu dan penjilat-penjilat kamu wahai PM ke-7.

Partinya hanya 13 kerusi. Dia tahu Anwar sudah menjadi ahli Parlimen.

PM ke-7 ini ajak orang UMNO bersama PPBM, katanya UMNO sudah hilang wadah memperjuangkan orang Melayu.

UMNO sudah tiada katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/489175/umno-sudah-tiada-tun-m


Persoalan yang bermain difikiran penulis, adskah dia gusar kerana UMNO tidak dibubarkan dan memaksa pemimpin UMNO bersama dengannya.

Parti 13 Kerusi ugut parti UMNO yang ada lebih 52 kerusi lebih dari partinya.

Anwar Ibrahim memerhatikan sahaja dari jauh, katanya dalam hati mungkin, (bila-bila masa sahaja aku boleh jadi Perdana Menteri ke-8 kalau cukup nombornya dalam kertas).

Kita tunggu drama sebenar selepas Pemilihan PKR. Pro Anwar vs Pro Mahathir.



Isnin, 22 Oktober 2018

PENASIHAT KHAS MENTERI PENDIDIKAN KE LONDON KETIKA NEGARA MENGALAMI HUTANG YANG BANYAK?

Ibarat lebih sudu dari kuah, Jawatannya hanyalah sebagai Penasihat Khas Menteri Pendidikan, namun kuasanya mampu melebihi dari seorang Menteri dan Timbalan Menteri?

Siapa Wan Saiful untuk membuat lawatan dan kononnya membawa deligasi Kementerian Pendidikan memahami sistem persekolahan di sana.

Hebat, berapa juta pula habis untuk dibelanjakan di London? Sedangkan Kerajaan hari-hari menjaja Negara memgalami masalah kewangan dan perlu berjimat, hutang negara terlalu banyak.

Ramai anak bangsa hilang pekerjaan, ramai mengeluh harga barang melambung.

Deligasi ke sana untuk apa sebenarnya? Membazir? Belajar untuk tukar uniform sekolah? Kasut hitam? Sistem pembelajaran yang bagaimana?

Dr Mazlee sebagai Menteri pendidikan perlu menerangkan perkara sebenar tentang delegasi diketuai oleh Wan Saiful ini.

Adakah jawatan Wan Saiful itu layak untuk semua ini dikala Menterinya tiada sekali dalam lawatan itu.

Lawatan membazir atau lawatan nak tunjuk hebat?


PENASIHAT KHAS MENTERI PENDIDIKAN MENGETUAI DELEGASI KEMENTERIAN KE LUAR NEGARA

20 Oktober 2018

Melalui catatan di laman Twitternya semalam, Wan Saiful Wan Jan (Penasihat Khas kpd Menteri Pendidikan) memuatkan gambar-gambarnya mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem sekolah di England.

Bagaimanapun, tidak disebut tarikh lawatan, berapa lama lawatan itu dilakukan serta siapakah nama peserta delegasi Kementerian Pendidikan yang ikut serta dalam lawatan tersebut.

Untuk makluman, selain dilantik menjadi Pengerusi PTPTN, Wan Saiful juga adalah Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik.

Dalam Kerajaan PH sekarang, hanya Dr. Mazlee satu-satunya Menteri yang mempunyai Penasihat Khas di Kementeriannya dan hanya Wan Saiful satu-satunya manusia bertuah di era Malaysia Baru yang dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Menteri.

Apabila Wan Saiful memaklumkan beliau membawa satu delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem pendidikan di sana, persoalannya apakah seorang Penasihat Khas Menteri layak mengetuai lawatan ke luar negara seperti ini ?

Kenapa tidak Menteri sendiri, Timbalan Menteri, Ketua Pengarah Pendidikan M'sia atau pelbagai Pengarah lain di Kementerian Pendidikan yang mengetuai lawatan tersebut ?

Siapakah yang MELULUSKAN LAWATAN KERJA KE LONDON ini oleh seorang PENASIHAT KHAS KEPADA MENTERI ?

ADAKAH PENASIHAT KHAS MENTERI INI TELAH DINAIK TARAF KEPADA : PENASIHAT BERTARAF MENTERI ?

MOHON MENTERI PENDIDIKAN MASZLEE TOLONG JAWAB SOALAN INI.

(SHAHBUDIN HUSIN)

Ahad, 21 Oktober 2018

GENG TEKSI UMUM UNTUK LUMPUHKAN KL KERANA KERAJAAN PH KUAT MENIPU!

Nampaknya sudah bergema ketidak puasan hati yang sangat maksimum persatuan Teksi terhadap Kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Moga mereka buat himpunan raksasa dan ajar kerajaan penipu ini.

Kami yang marhein ni pun dah cukup berbulu dengan kerajaan asyik cakap berbelit-belit.

Sudahlah bantuan rakyat dibekukan. Sekolah Cina boleh pula beri berpuluh juta.

Ramai hilang pekerjaan, duit tabung harapan tidak pasti pergi ke mana?

Hari-hari menjaja hutang negara, pelabur lari, mana dia nak buat 1 juta peluang pekerjaan.

Inikali perlu ajar kerajaan penipu ini.

Ayuh bangkit!!


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tuan-tuan, saudara dan saudari,

Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap.

Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi.

Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi.

Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber.

Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan?

Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi.

Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi.

Sedarlah ini bukan saja tabur pasir dalam periuk nasi tapi seolah-olah mahu merampas periuk nasi kita.

Kita ada persatuan, kita juga ada koperasi, bukan saja di KL tetapi di seluruh negara.

Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan Kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita?

Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!

Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tarikh dan masa akan diberitahu. Mohon tuan-tuan dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu-pemandu teksi di KL.

Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak Kerajaan berunding dengan kita.

Terima kasih.

Jamil Mat Desa
Pengerusi
Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...