Khamis, 15 November 2018

ICERD BAKAL MEMUSNAHKAN SEGALANYA TENTANG HAK KITA DI TANAH MELAYU

ICERD satu matlamat merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

DAP bertegas ICERD tetap akan diteruskan demi cita-cita Malaysia-Malaysian yang mereka perjuangkan sejak dahulu lagi.

Ekstrimis DAP, biadabnya HINDRAF dalam mempergunakan kuasa dan menekan pula pribumi sedangkan kuasa mereka hanya suku dari keseluruhan kuasa yang mereka pegang.

Persoalan, adakah Perdana Menteri sengaja membiarkan hal-hal yang tidak sepatutnya ini berlaku dan membiarkan kemarahan yang tidak boleh dibendung lagi oleh orang Melayu sehingga menjerumuskan Malaysia ke arah perpecahan?


Anda lihat sendiri apa terjadi sekarang. Matawang kita semakin buruk, pelabur semakin menjauhi Malaysia, sawit dan getah semakin teruk harga komunitinya.

Manakala kaum-kaum pendatang cuba mengenakan kaum asal tanah Melayu ini dengan cara tidak sepatutnya.

Hukuman mati bakal dimansuhkan. Katanya hak untuk mendapatkan pemilikan senjata api mungkin dinilai semula. SOSMA dah ditamatkan.

Keselamatan dalam negara kita ni bakal terancam. Untuk apa semua ini terjadi atau disengajakan untuk terjadi? Adakah untuk menanam api perbalahan?

Punca utama adalah ICERD. Sekiranya kerajaan mengiktiraf juga ICERD. Dikhuatiri akan berlaku ketidakstabilan yang maksimum di bumi bertuah ini.

Anda umat melayu Islam sedar atau tidak segala kemungkinan.

Codename: Duabatu baling tiga batu.

#TolakICERD
#AntiICERD
#TolakEkstrimis

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=301244890600218&id=291476308243743

Selasa, 13 November 2018

NENEK 'DINASOUR' SONGLAP RM95 BILLION?

The 95 Billion Ringgit Dinosaur Grandmother?

Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan tuduhan skandal besar besaran oleh seorang bekas menteri.

Sekarang ini Tan Sri Rafidah Aziz, seorang bekas menteri dalam kabinet Dr. Mahathir bin Mohamad I di tuduh menyonglap wang rakyat berjumlah lebih 95 billion ringgit oleh Raja Petra Raja Kamaruddin melalui portal Malaysia Today.

Raja juga menuduh Rafidah Aziz menyertai kumpulan serpihan UMNO, Bersatu, demi untuk mengelak dirinya dari di kenakan tindakkan undang undang.

"Pada tahun 2005 jumlah itu sememangnya besar, dianggarkan melebihi RM60 bilion atau lebih daripada RM2.5 bilion setahun selama kira-kira 30 tahun. Semenjak itu, ianya dianggarkan mencapai RM95 bilion. Dan Rafidah Aziz berada di pertengahan skandal ini kerana pemegang AP juga adalah pemegang saham proksinya dan dia bahkan secara terbuka memiliki hubungan dengan salah seorang pemegang AP

Rafidah Aziz, bekas ‘tycoon’ Umno yang menyertai PPBM, menyebabkan pembeli kereta Malaysia menanggung RM95 billion

Azmin Ali dedah pada tahun 2008 yang skandal(Rafidah Aziz) AP berjumlah RM2.5 bilion setahun

Selamat datang ke PPBM, Rafidah, bekas “tycoon” Umno untuk menyertai parti itu. Apa yang dimaksudkan dengan PPBM sebagai parti “billionaires” yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim semalam?

Raja Petra Kamarudin"

Jikalau dikutkan perkembangan politik Malaysia semasa dan tuduhan yang di lemparkan terhadap pimpinan Malaysia yang ada, pimpinan kini menghadapi satu krisis kekurangan ketelusan yang amat serious.

Hampir kesemua orang keliling pimpinan negara di katakan pernah menyonglap wang rakyat dan Rafizah Aziz juga kini menjadi sasaran.

Banyak persoalan sudah pun muncul bagaimana anak anak Tun Mahathir sendiri boleh jadi kaya raya.

Banyak juga khabar angin bertiup bahawa The Wall Street Journal, The New York Times, The United States Department of Justice dan lain lain telah di beli oleh Tycoon Tycoon kaya dari Malaysia dengan harga bebillion dollar Amerika untuk menjatuhkan Najib Razak.

Walaupun pertuduhan pertuduhan ini mungkin pada peringkat khabar angin kini, namun kita perlu ingat bahawa pada 2010 skandal 1MDB juga cuma khabar angin.

Kini 1MDB menjadi skandal antarabangsa yang sudah pun berada di peringkat perbicaraan mahkamah.

Mungkinkah ini pertanda bahawa Malaysia akan menghadapi PRU ke 15 lebih awak tahun depan?

Kami juga bertanya, berapakah harga kerajaan Malaysian sebenarnya?

Kerana kalau di lihat tycoon tycoon kaya raya sangat berminat membeli kuasa rakyat di Malaysia pada masa ini.

Kami sebagai Rakyat Malaysia sangat bimbang dengan perkembangan Plutocracy di Malaysia dan kehakisan kuasa rakyat marhaen. Setiap hari yang kaya makin banyak membeli kuasa rakyat dengan melantik Tycoon Tycoon kaya kedalam kerajaan.

Walauapapun pun status berita ini, menjadi tanggujawab rakyat dan kerajaan untuk menyiasat setakat mana tuduhan ini benar.

Source: https://www.malaysia-today.net/2018/11/12/skandal-ap-rafidah-berjumlah-rm95-bilion-lebih-besar-dari-1mdb/

Isnin, 12 November 2018

SIAPA YANG SOKONG ICERD SAH DIA ORANG GILA

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara tertentu sahaja, bukan sepenuhnya.

ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN

Pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan hujah kesamarataan bagi mera­tifikasi konvensyen antarabangsa itu me­rupakan alasan paling tidak munasabah kerana perkara sama turut disentuh dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.


“Mereka yang sokong ratifikasi ICERD ini orang gila! Ini konvensyen antarabangsa dan tidak semua perkara yang berlaku di negara lain boleh diamalkan di sini (Malaysia).

“Kita tak perlu terima konvensyen ini, malah tiada sebab untuk berbuat demikian sebab dalam Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan turut menyentuh isu kesamarataan. Janganlah ba­ca Perlembagaan negara itu Sekerat-sekerat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Majlis Peguam dalam satu kenyataan mempertahankan ICERD dan mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen itu segera tanpa melakukan sebarang pengecualian.

Presidennya, George Va­rughese berkata, ratifikasi ICERD sama sekali tidak me­langgar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang ditegaskan di dalam Perkara 1(4) yang menurutnya, memperuntukkan bahawa langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.

Jelas Abdul Aziz, sesuatu yang sia-sia jika kerajaan PH meratifikasi ICERD semata-mata tunduk dengan gesaan pihak-pihak berkaitan.

“Isu kesamara­taan turut dirangka dalam Perlembagaan Persekutuan malah ia lebih sesuai dengan sejarah kepelbagaian kaum di negara ini, jadi buat apa bersungguh sangat hendak terima ICERD ini?” soalnya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menempelak pihak yang cuba melaungkan istilah kesamarataan bagi menekan kerajaan untuk meratifikasi ICERD.

“Berkaitan dengan kesamarataan ini, adakah semua orang sama? Adakah orang kaya dan miskin semua sama? Semua boleh menerima pendapatan RM10?” soalnya lagi.

DAP BUKAN ABANG BESAR DALAM PH KATA GUAN ENG

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan parti itu adalah “kingmaker” seperti yang didakwa bekas perdana menteri Najib Raz...