Khamis, 29 November 2018

WAYTHA MOORTHY HERO CHOLA YANG BOLEH KETEPIKAN PERINTAH MAHKAMAH


Ekoran daripada insiden rusuhan kumpulan samseng upahan ke atas kuil Mariamman, USJ25, Subang Jaya, menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan di premis kuil berkenaan, ia tidak akan dirobohkan, meskipun mahkamah telah mengeluarkan notis perobohan kuil tersebut sejak 11 Mac 2014.
Nampaknya insiden rusuhan kumpulan samseng itu telah menguntungkan pihak kuil meskipun, pemilik tanah, One City Development telah membayar RM1.5 juta serta menyediakan tapak tanah menggantikan lokasi sedia ada.
Keputusan mahkamah berkenaan kes kuil tersebut yang diputuskan lebih empat tahun lalu, amat mudah untuk diketepikan, sebagaimana mudahnya kes Lim Guan Eng, Rafizi Ramli, dan lain-lain yang melibatkan orang-orang kuat PH diketepikan. Namun tidak sesekali bagi kes musuh-musuh politik Tun Mahathir.
Sekiranya sedemikianlah kedudukan martabat perundang-undangan negara, maka nampaklah bahawa dogma ‘survival of the fittest’ atau ‘rule of the might’ menjadi satu label yang signifikan kepada sistem perundang-undangan negara ini.
Lantas ia mengulang kembali zaman diktator Mahathir suatu ketika dahulu.
Ia amat mudah bagi Waytha Moorthy, kerana apa yang perlu dibuat hanyalah “mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan” sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana semalam (27 Nov 2018).
Apa yang perlu dicanangkan ialah “wujudnya ketegangan kaum” sebagaimana yang diulang dan diulang, sedangkan kumpulan samseng yang merusuh telah dikenal pasti sebagai kumpulan yang diupah oleh pihak pemaju, meskipun pihak pemaju menyangkalkannya.
Baca Selanjutnya
https://cungkil.wordpress.com/2018/11/28/waytha-moorthy-hero-hindu-yang-boleh-ketepikan-arahan-mahkamah-pindahkan-kuil/

Rabu, 28 November 2018

'FALSE FLAG' YANG GAGAL! BAGAIMANA SIJIL SILAT BOLEH DILEMPAR DI KAWASAN KUIL SETELAH MEMBUAT KECOH?

Banyak tanda tanya yang kalau dilihat akal dan minda kita pasti akan berteka-teki, siapalah yang bodoh merancang untuk memerangkap siapa agaknya?

Bahan bukti yang disengajakan dibiarkan bersepah di kawasan kuil, selepas serangan 50 orang bertopeng, dikhuatiri orang Melayu yang diupah untuk membuat kacau.

Malah bahan bukti yang kalau kita fikirkan secara logik, bodoh level kiasa tiga untuk operasi ini?

Kad-kad pengenalan, kad ahli pertubuhan seni bela diri, baju parti politik, sijil silat juga dijumpai.


Lawak level apa agaknya yang mungkin ingin membuatkan orang India hilang sabar? Selepas orang India membuat onar dengan rusuhan di Kuil Seafield, curahan minyak disengajakan untuk memerangkap orang Melayu supaya terlibat sama dalam operasi licik ini.


Siapa agaknya punya angkara. Kata pihak Polis, ada pihak yang mengupah orang Melayu supaya membuat kacau itu sebanyak RM150-RM300 diberikan seorang, nilai RM150,000 kata Menteri KDN.

Persoalannya untuk apa perkara ini disengajakan menjadi api perkauman?

Adakah kerana 8 Disember 2018 ini akan diadakan himpunan mega umat Islam di Kuala Lumpur untuk bersolidariti membantah ICERD?

Maka operasi menghalakan masalah kepada himpunan nanti dengan tipu helah memang nampak berjaya dirancang? False Flag yang gagal atau sebaliknya. Hanya jauhari mengenal manikam.

Kita fikirkan logik akal. Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Selasa, 27 November 2018

PERANCANGAN RAPI YANG AGAK MENGUSARKAN SITUASI! SIAPA PUNYA ANGKARA?

Nampaknya keadaan makin panas dan kritikal di lokasi tapak kuil Seafield Sri Maha Mariamman.


Rusuhan ganas terjadi dan dikatakan ada lagi kereta terbakar menjadikan jumlah 24 buah kereta dibakar perusuh.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/27/kereta-dibakar-pejabat-pemaju-dipecah-penunjuk-perasaan-kuil-di-seafield/

Malah perusuh menganggu laluan LDP (Lebuhraya Damansara Puchong) sehingga jalan terhalang dan lalu lintas terhenti.

Ramai yang tidak bersalah terbabit, katanya dua penunggang motorsikal yang kebetulan melalui kawasan himpunan itu dipukul tanpa belas.

Paling sedih bomba yang menjalankan tugas untuk memadamkan kebakaran juga dijadikan mangsa oleh perusuh.




https://www.kinitv.com/video/67903O74



Apa semua ini? Adakah keadaan kritikal ini sudah dirancang rapi? Tidak diketahui sepenuhnya.

Siapa perancangnya?

TANGAN-TANGAN GHAIB MENJERAT RAKYAT DALAM KETEGANGAN KAUM MELALUI ISU KUIL DI SEAFIELD

Kaum India adalah kaum yang sangat pantang agamanya dicuit, apatah lagi rumah ibadatnya cuba dirobohkan walau atas alasan apa sekalipun. Untuk membakar kemarahan masyarakat India tidak sukar bagi si tangan ghaib - gunakan sahaja kuil.

Orang Melayu juga pantang dicabar dan tegar berpantang maut sebelum ajal andai mereka dituduh keterlaluan.

Orang Cina akan bingkas jika ekonomi jadi taruhan.

Tangan-tangan ghaib mula menjalankan tugas demi menjayakan agenda yang lebih besar. Ratifikasi ICERD hanya sub agenda yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan agenda yang lebih besar.

Gangster melayu telah diperangkap untuk melibatkan diri dalam pengambilan tanah tapak kuil. Inilah yang berlaku sekiranya yang bergelar melayu itu tidak benar-benar mengikut lunas Islam. Jika mereka ikut lunas Islam yang sebenar, mereka tidak akan sesekali menerima sebarang upah atau tugasan yang berkaitan dengan rumah ibadat orang lain.

Menjadi satu tanda tanya,  apa perlunya penyerang-penyerang ini memakai topeng segala untuk menyorokkan identiti diri tetapi sebelum serangan telah melaungkan takbir? Tidakkah itu akan mendedahkan terus identiti mereka dan akan dikaitkan dengan MUSLIM serang kuil? Dan apa pula perlunya mereka "mencicirkan" kad pengenalan dan juga SIJIL SILAT GAYONG dalam serangan subuh hari tersebut seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa mereka ialah melayu?

Penyerang pula dikatakan berbaju hijau - warna yang sinonim dengan parti berlandaskan Islam, PAS. Dan dijumpai pula baju korporat berwarna merah, berlogo bunga raya bersama-sama sampul berlabel pendaftaran keahlian Bersatu dan parti ini adalah parti yang sinonim dengan pribumi (melayu dan bumiputera).

Heboh diperkatakan oleh netizen pula, dalam kalangan ahli lembaga pengarah syarikat pemaju itu ada seorang saudara rapat kepada Ahli Parlimen DAP.

Dan sekarang ini di segenap ceruk media sosial, cuba digambarkan kekecohan yang berlaku adalah disebabkan serangan melayu ke atas kuil hindu sedangkan perkara induk di sebaliknya adalah sangat berbeza.

Satu perkara yang rakan-rakan berbangsa India di negara ini harus sedar ialah wujudnya orang-orang politik yang sedang mempergunakan kaum India untuk mereka naik ke atas. Dahulu rakan-rakan berbangsa India dipergunakan untuk bantu kemenangan BN dan pejuang mereka si waytha telah mendapat imbalan kerusi Timbalan Menteri walaupun sebelum itu sampai ke Hague dia membawa isu bangsanya ditindas oleh BN.

PRU14 rakan-rakan India kita ini dipergunakan sekali lagi, kali ini untuk membantu menaikkan PH pula tetapi nasib mereka tetap juga sama. Kalau penulis jadi orang india, penulis sedikit pun tidak akan percaya kepada waytha lagi.

Selama ini kaum India patuh dan ikut cakap waytha dan menganggap dia seorang wira hingga memberi undi kepada BN dulu dan sekarang PH pula.

Dahulu dia dapat jadi Timbalan Menteri dan sekarang dia dah jadi menteri penuh, isu kuil tak jugak dapat dia selesaikan. Yang makin tebal poketnya hanya dia. Terbayang kereta jaguarnya yang menjalar itu. Bangsanya yang konon dia perjuangkan tu tetap juga semakin terhimpit.

Kepada kaum India di Malaysia ini, ayuh kita bersatu di bawah urus tadbir Islam. Lihat di Kelantan bagaimana harmoninya masyarakat India di sana hidup di bawah pentadbiran Islam di bawah teraju kerajaan PAS. Tiada isu roboh meroboh kuil di sana bahkan kaum India di Kelantan bebas mengamalkan adat dan amalan keagamaan mereka walaupun mereka hanya kelompok minoriti di sana. Islam adalah satu agama yang melarang sebarang bentuk penindasan terhadap agama dan bangsa lain.

"Untukmu agamamu dan untukku agamaku".

Tahniah kepada PAS Kota Raja dan juga Ikatan atas ziarah yang dibuat ke Kuil Sri Mahamariamman di Seafield bagi membawa mesej Islam cintakan keamanan dan menyerang rumah ibadat agama lain bukanlah satu praktis dalam Islam.

Semoga kita semua tidak mudah terpengaruh dengan kerja-kerja jahat dari "tangan-tangan ghaib" itu.

Tinta Marhaen
27 Nov 2018
#MAMPUCentre
#IslamMemimpinPerubahan
#tolakRasisme
#tolakICERD

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...