Jumaat, 14 Disember 2018

UMPAN MENGENA, PEMIMPIN PH MULA PANAS DENGAN SITUASI MP UMNO MASUK PPBM

Isunya kerana Nazri memberi idea supaya kerjasama diantara PKR dan DAP akan mewujudkan kerajaan segera mengantikan kerajaan baru pimpinan Mahathir.


Namun sejak akhir-akhir ini agak janggal dengan cerita lompat parti dan menyokong kepimpinan Mahathir.

Adakah kerana kerusi Melayu dalam PH agak merunsingkan dan Mahathir melakukan gerakannya?


Cakap-cakap belakang yang sahih, mengatakan Hishamudin @ H20 telah berjaya membawa sejumlah besar MP UMNO untuk menyokong Mahathir.

Gerakan senyap H20 itu menampakkan bahaya bagi UMNO.

Namun, setelah beberapa MP UMNO Sabah keluar parti dan menyokong Mahathir. Agak serius gerakan yang dikatakan khayalan itu tidak menjadi.

Tidak sampai berapa hari cerita MP UMNO Sabah keluar parti. Heboh pula katanya Nazri juga membuat gerakan side B menyokong Anwar.

Semua tertumpu kepada Nazri, semua menjadi emosi terhadap Zahid. Tetapi semua lupa apa yang H20 dah buat kepada parti.

Adakah alih tumpuan Nazri itu sengaja dibuat supaya media-media akan tertumpu isu MP UMNO keluar parti dan parti dalam PH seperti PH dan DAP terasa bahangnya.

Ini terbukti kenyataan dari Ronnie Liu mengatkan kemasukan parti UMNO dalam PH ibarat mengutip sampah.

Anwar ibrahim juga tidak setuju, katanya tidak setuju MP UMNO masuk PH beramai-ramai.

Klik link

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/terima-bekas-pemimpin-umno-ph-dalam-bahaya-1.915196

Kalau kita perasan, tindakan Nazri itu ibarat memberi keadaan tidak tenteram terhadap PH.

Agak-agak kita cerdik tak memikirkannya? Dalam cara mengalih tumpuan, kita perlu letak umpan, bila umpan mengena, musuh pula rasa bahangnya.

Sekian.

Khamis, 13 Disember 2018

ALIH TUMPUAN ATAU INGIN MEROSAKKAN PARTI?

Masalah yang meleret-leret dihadapi UMNO sepatutnya diselesaikan dengan baik.

Sepatutnya kita perlu kuatkan parti dan tidak termakan propaganda pihak lawan.

Namun ada cerita dan perjalanan yang luar kotak kalau kita terfikir sejenak berkenaan sebaran Nazri Aziz mengajak ahli UMNO supaya terima kerjasama PKR dan DAP.

Kadang-kadang kerja gila ni, ada sebab dan ada punca utama.

Cuma kerosakan itu kena diperbetulkan akibat perancangan itu. Wallahualam.



Perspektif lain dari sudut lain yang aku nampak.

Kalau PH pandai main strategi alih tumpuan.

Apa kurangnya UMNO.

Berbeda cerita perihal Nazri membuat idea yang katanya dipersetujui Presiden parti.

Gabungan parti pkr n dap dan UMNO membuat susana agak brutal dibidik dalam media sosial.

Heh.. kau orang ingat PH tak terasa dan anggap ia bukan luar biasa cerita2 begitu?

Mau mesyuarat tergempar beb. Yelah dah atuk bagi jawatan besar dekat Dap sbgai menteri kewangan.

Dah-dah dap nak game atuk plak? Heh..

Kalau PH pandai lempar umpan. UMNO apa kurangnya.

Sudahnya ini bait2 politik untuk alih tumpuan dan membuatkan suasana politik di Malaysia makin meruncing.

Hah nampak?

Ini hanya pandangan. Otak yang luar benak kena berfikir dengan waras. Heh.. 😂

Abang Tulis

Rabu, 12 Disember 2018

CODENAME: PEROMPAK DAN PENYAMUN

Game codename: Perompak, Penyamun.

Kalau kita perasan, umat Islam selalu terperangkap dengan game begini.

Sebabnya taktik ini sangat lancar sehingga si kena tuduh walau belum tentu dia salah, dianggap peluru berkesan yang mampu membuatkan tuduhan itu nampak betul belaka.

Tu pasal pemimpin2 PH gunakan ayat sama, sebelum menang guna ayat sama, dah menang jadi menteri guna juga ayat sama.

Tetapi kalau kita tengok keadaan setelah PH memerintah. Kita tahu siapa perompak yang sebenar.

Malah teknik merompak pada ketika ini liciknya sampai suatu hari nanti kita tinggal nama dekat IC sahaja.

Habis mereka jual aset org Melayu, alasan mereka sebab nak berjimat.

Sekarang Tabung Haji. Awal-awal mereka lontarkan codename sama iaitu ayat Perompak terhadap pentadbir kerajaan dahulu.

Last-last katanya aset-aset TH akan dijual. Cerdik kan?

Kerana berpecah kita yang rugi, kerana ego, kita selalu nampak bodoh.

Sejarah kekalahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berlaku lagi.

Tetapi Melayu tetap tak sedar-sedar.

😢😢😢


Isnin, 10 Disember 2018

KESEDARAN ORANG MELAYU MAMPU RUNTUHKAN EGO PH DI PRU15 NANTI?

Himpunan Aman Bantah ICERD atau kesyukuran diatas Kerajaan menangguhkan ICERD. Namun secara umumnya untuk kita ketahui. Belum muktamad sebenarnya pembatalan ICERD ini kerana menurut apa yang Perdana Menteri ke-7 kata, dari tutur katanya sentiasa membuat drama flip flop, ialah kejap batal, kejap tangguh, kejap kaji, kejap tidak terima.


Jadi bagaimana kita orang Melayu dan Bumiputera nak percaya.

Himpunan aman #Daulat812 ini adalah permulaan bagi memberi tahu kepada kerajaan yang dikawal majoriti oleh bukan Islam.

Jangan memandai-mandai nak tukar, aniaya, membelakangkan Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

Jangan suka-suka nak pijak kepala majoriti rakyat Tanah Bertuah ini.

Kalau kerajaan masih berdolak dalih dengan ICERD ini. Malah sengaja membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Dijangkakan himpunan aman 2.0 pula akan diadakan. Mungkin selepas ini akan lebih ramai menyertainya.


Himpunan Aman Bantah ICERD pada 8 Disember 2018 yang lepas menunjukkan orang Melayu bila bersatu, akan mengerunkan musuh-musuhnya terutama UltraKiasu.

Sebagai contoh, Lim Guan Eng membuat kenyataan, Himpunan ICERD ini amat berbahaya.

baca disini
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/himpunan-812-ibarat-perkembangan-politik-yang-bahaya-lim-guan-eng-193152

Mungkin dia sendiri nampak penyatuan orang Melayu akan mengugat kuasa DAP pada PRU 15 nanti.

Pesan kepada rakan-rakan kita yang bernama Melayu.

Kalau yang boleh mengundi pada PRU 15 nanti. Ayuh daftarlah mengundi.

Pesan-pesankan.


KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...