Rabu, 19 Disember 2018

TUGAS PRESIDEN UMNO KINI MILIK TOK MAT HASSAN

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa keputusan begitu dibuat oleh Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang memberi signal berehat dan tugas-tugas Presiden UMNO kini diambil alih oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta.

Zahid berjiwa besar kerana tidak mahu situasi parti berpecah belah, malah sebelum ini serangan dari dalam nampaknya makin menjadi-jadi.

Pengorbadan Zahid, bukan kepalang, diharap Tok Mat dapat membawa sesuatu perkara yang baik kepada UMNO.


Dari sudut pemikiran luar kotak penulis. Dibawah ini hanyalah teori-teori politik.

Wave pertama yang dibuat oleh mastermind politik dalaman.

Nazri wujudkan situasi genting kononnya UMNO akan bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga mungkin terlibat sama untuk pakatan Kerajaan segera.

Ramai ahli UMNO termakan propaganda ini, Peluru ditujukan kepada Presiden parti, Zahid Hamidi.

Berbondong gerakan dimedia sosial mendesak Presiden berundur.

Tetapi yang mengena umpan adalah dipihak Pakatan Harapan, ini kerana dikalangan pemimpin PH tidak setuju dengan penghijrahan beramai-ramai MP UMNO ke PPBM.

DAP menghidu yang Mahathir ingin menguatkan kerusi PPBM dalam PH.

Pemuda DAP keras menolak situasi ini. Anwar Ibrahim secara tenang mengatakan ini tidak baik untuk Malaysia Baru.

Katanya DAP juga mengalami mesyuarat yang tegang kerana situasi ini.

Disebalik MP keluar parti ini. Nama dikaitkan sebagai kerja halus si broker juga terpalit. H20 namanya diasak dalam media kononnya punca MP keluar UMNO.

Pengkhianat-pengkhianat dalam UMNO sedang kepanasan. Ada beberapa nama yang nampaknya macam benar dikaitkan dengan menjadi broker Mahathir.

Kita tunggu Wave ke dua dalam inspirasi gerakan politik bayang-bayang ini.

Selasa, 18 Disember 2018

BUAT MENTERI PEROSAK PERPADUAN, WAYTHA MOORTHY SILA LETAK JAWATAN!!

Al Fatihah untuk Allahyarham Adib, hero yang tugasnya menyelamat, dah memang tugasnya sebagai bomba adalah untuk menyelamatkan manusia yang lain.

Namun diatas binatangnya bangsa perusuh India yang memukulnya sehingga semalam tepat jam 9.41pm, dia mengadap Illahi.

Haramjadah Menteri perpaduan adalah puncanya terjadi tragedi ini.


Waytha Moorthy cuba berlakon baik, namun dia lupa, sebelum hari kejadian Adib dibelasah, kerana mulutnya mengatakan Pihak Polis tidak buat apa-apa dengan keadaan meruncing himpunan ganas di kuil Seafield itu.

Setelah tahu tindakannya salah, dia cuba bermain sentimen simpati. Nitizen sudah hilang sabar, diFacebook miliknya habis dijarah tanpa belas dengan makian dan cacian terhadap Menteri kayu itu. 

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/18/netizen-desak-waytha-moorthy-berundur/

Harap Perdana Menteri pecat segera Menteri perosak perpaduan ini.

#Justice4Adib
#MaruahKitaMana

Ahad, 16 Disember 2018

PEMIMPIN PAKATAN SEMAKIN SERIAU DENGAN KEMASUKAN BERAMAI-RAMAI MP UMNO MENYERTAI BERSATU!

Politik ini jalan cerita dia perlu kejam, penting diri, jangan sesekali buat baik dengan salah orang, berhati-hati, jangan gelojoh, tunjuk baik walau diri bukannya baik.

Banyak lagi perangai orang politik. Gaya perlu ada, strategi pun perlu ada.

Dahulu penulis pernah beritahu, politik dalam sistem demokrasi ini, pemimpin berbuat baik terlalu kerap dengan rakyat, pasti tidak mampu mengekalkan kuasa. Malah pemimpin yang kuat menipu, gila kuasa dan ada sedikit jahat mampu melakukan kejutan yang tidak disangka dengan memegang kuasa.

Sebab utama keadaan ini berlaku, media sosial punca segalanya. Racun media sosial kalau tepat dan kena pada targetnya. Hasil dan keuntungan dapat berganda.


Namun hakikat politik era Malaysia baru ini. Kalau kita berfikir sejenak. Untuk menundukkan musuh yang kebal, tidak perlu akal yang panjang cuma lahirkan manusia talam dua muka, merosakkan dari dalam bila signal sudah diberikan.

Akal Mahathir. Nampaknya minda memperdajalkan musuh-musuhnya sudah nampak sama sekali.


DAP terang-terang sudah terancam, PKR pula dikatakan akan berpecah juga kerana dalam PKR yang pro Azmin juga akan melompat ke BERSATU. Tidak pasti kesahihannya.

Dari dulu musuh ingin menjahamkan UMNO. Ya mungkin pada ketika ini UMNO nampak lemah disebabkan pengkhianat-pengkhianat yang melompat menyokong Mahathir.

Tidak pasti permainan Mahathir ini menguntungkan Partinya atau bakal memberi bahaya secara total kepada politik orang Melayu.

Siapa tahu kalau terjadi kekukuhan 2/3 Pakatan Harapan dalam kerajaan, mereka boleh merombak macam-macam.

Tetapi persoalan lain, adakah MP Melayu yang ramai tu setuju bila hak bangsanya dirobek dan dilacurkan?

Sudah pasti mereka tidak.

Kita tunggu Januari 2019 ini. Adakah politik Malaysia makin meruncing dengan penukaran Menteri-Menteri cap ayam yang menyusahkan PM tua mereka. Kabinet tukar beli.

Kepada pihak pembangkang, jangan gundah gelana, kita hanya perlu makan cekedie. Sambil hirup air kopi panas. Amacam?

MENTERI PERPADUAN MELAWAT NEW DELHI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Lu...