Sabtu, 29 Disember 2018

MEWAHNYA PARTI PPBM, PERWAKILAN DAPAT BEG JENAMA LUAR NEGARA #hancing

Mewahnya parti PPBM. Kata UMNO macam-macam tetapi mereka dalam bab membazir duit untuk menunjuk-nunjuk memang hebat.


Bayangkan beg pewakilan parti melayu elit berharga RM283.95 seunit.

Mahalnya. Nilai wang tu boleh tahan 2 minggu untuk keluarga miskin untuk membeli makanan.

Dalam sawit turun harga, getah harganya mendadak jatuh, orang miskin bertarung hidup untuk hidup.


Parti elit melayu ini memberitahu dekat semua ralyat. Parti mereka kaya.

Rakyat miskin ahli parti kaya raya dengan bangga.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=321207065270667&id=291476308243743

Khamis, 27 Disember 2018

HARAP POLIS SIASAT SEGERA VIDEO PASANGAN G** DIPUKUL KATA AKTIVIS #hancing

Aktivis masyarakat, Numan Afifi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian dua lelaki dipukul kerana didakwa melakukan hubungan sejenis di dalam kereta.

Menurut Numan Afifi, kejadian berkenaan yang dirakam dalam bentuk video dan ditularkan di media sosial merupakan satu bentuk keganasan kebencian dan perlu disiasat.

"Kami menerima laporan yang tidak disahkan mengenai video tular dua pemuda telah dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa melakukan seks sejenis.


"Kami mengutuk keganasan anti-gay ini dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat jenayah kebencian ini. Cukup-cukuplah," kata Numan Afifi dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu dua lelaki kelihatan dipaksa memakai baju dan diminta keluar daripada kenderaan.

Kedua-dua mereka kemudiaan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang meminta mereka keluar dari kenderaan tersebut.

"Jika sesiapa yang mengenali mangsa, tolong beritahu mereka bahawa kami di sini mahu memberi sokongan. Kita perlu berdiri menentang sebarang bentuk ketidakadilan," kata Numan Afifi.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian.-UTUSAN ONLINE

SEBULAN TEMPOH UNTUK MENGATAHUI LAPORAN BEDAH SIASAT ADIB KATA MENTERI #hancing

Laporan akhir bedah siasat Adib siap sebulan lagi

IPOH: Laporan akhir bedah siasat bagi mengetahui punca kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dijangka siap dalam tempoh satu bulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.


“Selalunya, mereka (ahli patologi) memerlukan ujian darah dan keputusan itu dijangka akan siap dalam sebulan. Kamu tahu berapa lama keputusan ujian toksik ke atas Michael Jackson? Whitney Houstan? Laporan begini mengambil masa berbulan-bulan, walaupun di Amerika.

“Sesetengah kecederaan yang dialami oleh Adib, apakah jenis kecederaan... saya rasa ahli patologi akan tahu apakah kecederaan dalaman yang dia (Adib) alami (punca kematian).

“Ahli patologi akan tahu sama ada perlu atau tidak untuk menjalani ujian darah untuk kesinambungan kecederaan yang dialami oleh Adib,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/512908/laporan-akhir-bedah-siasat-adib-siap-sebulan-lagi

Rabu, 26 Disember 2018

AZWANDDIN DITAHAN POLIS KERANA HINA WAYTHA MOORTHY DAN UGUT SERANG BALAI #hancing

Azwanddin ditahan kerana ugut serang balai polis, hina Waytha

Polis hari ini menahan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Penahanan tersebut dibuat sehari selepas beliau mengancam menyerang balai polis sekiranya pelaku rusuhan di Kuil Sri Mariamman bulan lalu tidak ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Azwanddin disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Fadzil berkata aktivis hak Melayu itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina menteri perpaduan, P Waythamoorthy.


Semalam, ketika berucap di himpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang, Azwanddin menggelarkan menteri berkenaan sebagai 'pariah'.

Sehubungan itu pihak polis akan memohon reman terhadap aktivis itu di Mahkamah Klang pagi esok.

Jika disabitkan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Azwanddin boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya.

MKINI

DENTUMAN MISTERI GEMPARKAN PENDUDUK SUMATERA SELATAN #headbomb

Beberapa dentuman kuat menggegarkan penduduk Ogan Ilir, wilayah Sumatera Selatan sejak beberapa hari ini lalu, dan kali terakhir didengar malam tadi, lapor DetikNews.


“Malam tadi kira-kira jam 9.40 malam (waktu tempatan) ada bunyi dentuman kuat. Bunyinya membuat penduduk Tanjung Raja Ogan Ilir terkejut.

“Ramai yang dengar, ada 2 kali. Semua kawan-kawan yang dengar dalam tempoh yang sama membuat kiriman di media sosial,” kata Melly, salah seorang penduduk, memetik laporan itu.

Katanya, bunyi itu tidak banyak berbeza dengan bunyi misteri yang didengar penduduk wilayah Oku Timur dan Oku Selatan, 3 hari lalu.

Wilayah Ogan Ilir terletak kira-kira 168km atau 4 jam lebih perjalanan dari kota Martapura, Oku Timur.

“Mudah-mudahan bukan petanda apa-apa dan cepat mendapat jawapan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Selain Sumatera Selatan, bunyi letupan misteri itu turut didengar di daerah Jawa Barat dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

“Bunyi dentuman beberapa kali, jam 1.00 pagi (waktu tempatan) kemudian jam 2.00 pagi. Bunyinya seperti letupan bom tapi tidak membuatkan dinding rumah bergegar,” kata penduduk, Deni Nuryadi.

Selasa, 25 Disember 2018

KERAJAAN PH KUTIP CUKAI PETROL? PATUTLAH HARGA PETROL TIDAK TURUN-TURUN #hancing

Kerajaan PH kutip cukai Petrol? Ambil duit haram

Bila harga mintak mentah sudah turun diparas yang sepatutnya Kerajaan PH mampu turunkan, namun Menteri Kewangan masih bermain tarik tali perihal ini.

Cuma katanya Januari ini apungan harga minyak mengikut mingguan, sama sahaja macam BN buat sebelum ini.


Mungkin sudah tidak tahan dibalun kiri dan kanan, harga minyak mungkin akan turun sedikit Januari ini.

Sedikit? Kalau harga ketika ini berlegar dalam RM2.20, sepatutnya kerajaan mampu turunkan harga lebih murah, mungkin dalam RM1.90.

Pelik perangai, dulu kata Tony Pua, adakah Kerajaan BN mengutip cukai petrol dari rakyat? Kenyataan pada tahun 2014 dahulu.

Sekarang apa cerita?

Jom kita gostan ke zaman 2014.

Kenyataan Tony Pua diportal Roket Kini

Apakah langkah kerajaan melaksana kaedah apungan terkawal bagi penetapan harga petrol RON95 dan diesel bertujuan memungut cukai secara tersembunyi dari rakyat untuk menampung defisit bajet kerajaan?

Ahli Parlimen Jaya Utara Tony Pua berkata, ini kerana kaedah sebaliknya iaitu apungan bebas yang menentukan harga petrol secara harian telah diamalkan di seluruh dunia, termasuk United Kingdom dan Australia tanpa menimbulkan masalah kepada pemilik stesen minyak dan pengguna.

“Contoh terdekat adalah Singapura dan Indonesia. dimana harga minyak berubah-ubah setiap hari dengan tujuan persaingan baik tanpa apa-apa masalah.

“Apakah kerana dia (Chua) percaya bahawa rakyat Malaysia ‘bodoh’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri? soal Pua.

8 Dis 2014 - Roket Kini

Sekarang dikatakan, Kerajaan sudah mengutip cukai terhadap rakyat sebanyak RM0.30 sen seliter selama tiga bulan semasa harga minyak mentah jatuh?

Maksudnya puluhan juta sebulan kerajaan PH kutip cukai petrol?

Jadi siapa menipu siapa ni?

Boleh baca dipage Najib Razak https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155789133540952/

Isnin, 24 Disember 2018

WAYTHA MOORTHY DIKAMBING HITAMKAN KATA NGO #hancing

20 NGO sokong dengan sepenuh hati terhadap Waytha Moorthy

Di sebalik desakan dan tekanan supaya Senator P. Waytha Moorthy melepakan jawatan sebagai Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, terdapat 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyatakan sokongan terhadapnya.


Tidak menghiraukan tuntutan termasuk petisyen mendesaknya meletak jawatan yang kini melepasi angka 300,000, kira-kira 100 wakil daripada NGO berkenaan berkumpul di Tropical Inn Hotel di sini sebentar tadi untuk menyatakan sokongan.

Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) Johor, Y. Mohan berkata, Waytha Moorthy tidak patut dipersalahkan dalam konflik kuil di Seafield, Selangor sehingga mengakibatkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini didapati dikritik secara tidak adil mengenai isu ini. Beliau juga dipersalahkan dalam isu yang tidak membabitkan beliau.

“Waytha Moorthy bukan merupakan individu yang berada di tempat kejadian serta individu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Kami yakin beliau hanya dijadikan kambing hitam bagi sesetengah individu yang mempunyai niat politik atau cuba mengapi-apikan sentimen perkauman,” katanya kepada pemberita.

Setakat pukul 8 malam tadi, petisyen tersebut yang digerakkan melalui platform change.org telah mengumpul 302,076 tandatangan warganet.

Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) sebagai manifestasi kekecewaan terhadap Waytha Moorthy yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri yang memegang portfolio Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial.

WAYTHA MOORTHY TU BAIK DAN BAGUS, SYED SADDIQ SAHAJA BERMASALAH - SITI KASIM

Waytha Moorthy baik, Syed Saddiq sahaja bermasalah kata Siti Kasim

Tindakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Ssyed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan tidak disenangi peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Dalam status dalam laman Twitter miliknya, Siti menyelar tindakan Syed Saddiq yang sepatutnya bercakap bagi pihak seluruh rakyat.



Sambil menyifatkan Syed Saddiq tidak akan bertahan lama dalam arena politik, Siti turut mengatakan Menteri Belia dan Sukan itu sebenarnya yang bermasalah, bukannya Waytha Moorthy.

“Anda tidak akan kekal lama dalam politik sekiranya masih ‘pilih kasih’ dalam menyatakan sokongan.

“Anda sepatutnya mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Waytha (Moorthy) tidak ada masalah. Orang seperti kamu yang bermasalah,” katanya.

Jumaat lalu, Syed Saddiq bertegas tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan pendapat dan bersedia dikenakan tindakan sekiranya apa yang dilakukannya adalah salah selepas beberapa kepemimpinan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dilaporkan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menyerahkan memorandum menuntut Waytha Moorthy meletakkan jawatan.

Dalam balasan terhadap status Twitter Siti, Syed Saddiq menempelak sikap peguam tersebut yang disifatkan cuba menyemai politik perkauman.

Syed Saddiq menegaskan, tindakan beliau itu tiada kena mengena dengan soal perkauman sama ada untuk kepentingan Melayu atau India, sebaliknya melibatkan isu nasional.

“Dengan rasa hormat, saya mengatakan ini bukannya isu Melayu atau pun India. Ini adalah isu Malaysia! Saya akan terus menyatakan pendapat saya dan membenarkan semua pihak untuk melakukan perkara sama.

“Cepat sahaja puan menyalahkan orang lain bersifat perkauman tetapi realitinya puan yang menyemai politik perkauman. Henti semai perkauman terhadap semua perkara,” ujar beliau. - UTUSAN ONLINE

Ahad, 23 Disember 2018

KENAPA KERAJAAN PH TIDAK TURUNKAN HARGA PETROL KATA RAFIZI #hancing


Kerajaan PH perlu turunkan harga petrol, sepatutnya harga boleh turun RM0.20 sen seliter  kata Rafizi

Harga minyak mentah jatuh mendadak minggu ini. Saya telah menyuarakan minggu lepas bahawa keadaan harga minyak mentah yang jatuh mendadak memerlukan formula harga siling yang ditetapkan disemak.

Saya dimaklumkan perbezaan (kiraan Kerajaan Persekutuan berbanding kiraan saya) berlaku akibat semakan yang berbeza: Kerajaan Persekutuan menyemak mengikut bulan, sementara saya mengikuti semakan mingguan.

Saya telah menulis kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar semakan harga mengikut formula wajar dibuat mengikut minggu, agar harga yang dibayar rakyat cepat diselaraskan dengan harga semasa minyak mentah dunia.

Surat saya kepada saudara Lim Guan Eng adalah seperti di bawah ini:

Saya mengikut kenyataan-kenyataan saudara mengenai perkembangan harga minyak mentah dunia yang jatuh menjunam serta kesannya kepada rakyat dan kewangan negara. Saya juga ada berbincang secara berterusan dengan Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution Ismail, mengenai penetapan harga petrol dan diesel.

Daripada kenyataan saudara seperti yang dilaporkan pada hari ini, saya difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan memantau harga minyak mengikut formula APM (Automatic Pricing Mechanism) secara bulanan; iaitu harga minyak dunia dalam bulan Disember hanya akan mempengaruhi formula harga minyak RON95 dan diesel bagi bulan Januari.

Syiah tidak sesat? Fatwa pengharaman fahaman itu akan disemak balik kata Mufti Pulau Pinang

Tidak dipastikan mengapa kalut benar Mufti Pulau Pinang ini, sudah diketahui Syiah itu bukanlah satu Mazhab, tetapi itu adalah salah satu ca...