Sabtu, 5 Januari 2019

ANAK MENTERI PERTAHANAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek berusia 33 tahun.

“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Menurut sumber, suspek bersama rakannya merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ANAK MENTERI PERTAHANAN DITAHAN POSITIF GANJA?


Menurut laporan portal SinarOnline dengan tajuk, anak Menteri ditahan positif ganja.

Spikulasi hangat mengatakan anak Mat Sabu terbabit. Malah kesahihan sebenar masih belum diumumkan oleh mana-mana media arus perdana.

Namun panas di media sosial mengatakan itu adalah anak Mat Sabu.

Kalau benar, memalukan sungguh.

Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh polis Narkotik Daerah Dang Wangi.

Seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MELAYU JANGAN TAKUT JADI KURANG AJAR #hancing

Sudah sampai masanya untuk Melayu bangun dan jangan lagi takut untuk bersikap kurang ajar. Lebih dari 500 tahun Melayu telah dijajah, dihina dan menjadi hamba di negara mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri.


Melayu jangan takut untuk menjadi kurang ajar. Itulah yang telah diperkatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, di dalam ucapan beliau di Kuala Nerus, Terengganu, lebih kurang 35 tahun dahulu.

Melayu jangan takut kurang ajar, kata Tun Musa Hitam

Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah melancarkan kempen yang dipanggil Semarak untuk mecabar dan memalukan Raja-Raja Melayu. DYMM Sultan Selangor, Sultan Pahang, Sultan Kedah, Sultan Kelantan dan Sultan Johor telah dituduh dengan berbagai salahlaku, kebanyakannya rekaan dan fitnah semata-mata.

Hari ini, 30 tahun kemudiannya, kempen anti-Raja sudah kembali. Kempen menghina Islam dan memperkecilkan orang Melayu juga turut dilancarkan. Sesetengah rakyat sudah tidak takut untuk bersikap kurang ajar terhadap Raja-Raja, Islam dan orang Melayu.

https://www.malaysia-today.net/2019/01/04/melayu-jangan-takut-untuk-menjadi-kurang-ajar/

Jumaat, 4 Januari 2019

AKHIRNYA HARGA PETROL TURUN JUGA BERMULA JAM12.01AM MALAM INI #hancing

Setelah berdrama banyak kali. Akhirnya petrol turun juga. Apa kata kita ucapkan terima kasih kepada Nobita.

Harga Runcit Petrol Turun Malam Ini

Harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.


Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

https://www.malaysiakini.com/news/458906?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

MAJLIS RAJA-RAJA BERMESYUARAT MALAM TADI, TIDAK SEPERTI MESYUARAT BIASA KATA SUMBER

Majlis Raja-raja Melayu dilapor bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi.

Ia berlangsung ketika timbul spekulasi berkaitan status Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik sumber, The New Straits Times (NST) hari ini mengesahkan mesyuarat tidak rasmi berlangsung berlangsung susulan tamatnya tugas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai pemangku Agong.



Tidak seperti mesyuarat biasa, menurut laporan itu, tiada keperluan untuk perdana menteri dan pegawai kerajaan lain hadir.

Mesyuarat seperti ini dilaporkan jarang berlaku.

“Mesyuarat seperti ini biasanya berlangsung sekali atau dua kali sepenggal, dan biasanya untuk membincangkan sesuatu yang penting.

“Tiada mesyuarat seperti ini tahun lepas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Satu lagu sumber juga menegaskan kepada NST bahawa mesyuarat itu benar-benar berlangsung.

Katanya, terdapat “perbincangan serius” berkaitan hal ehwal monarki.

Sumber bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Agong hadir dalam mesyuarat itu.

“Kamu kena tanya Istana Negara. Saya tidak dapat beritahu,” katanya.

Setakat laporan ini ditulis, Istana belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu.

Malaysiakini sudah menghubungi istana dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sultan Muhammad V had bercuti dua bulan sehingga 31 Disember untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ketika ketiadaan baginda, Sultan Nazrin memangku tugas sebagai Agong.

Media luar negara sebelum ini melaporkan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Rusia Oksana Voevodina di Moscow.


Bagaimanapun sehingga hari ini, pihak istana belum membuat sebarang penjelasan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan Sultan Muhammad V mahu meletakkan jawatan.

Mohd Amar meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin.

MalaysiaKini

Rabu, 2 Januari 2019

PM KE-7 SUDAH PENING DENGAN BERITA INI, SIAPA SANGKA

Berita dari Istana Negara: Mahathir terdesak dan gelabah, cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong


Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Giliran seterusnya untuk menaiki takhta ialah Sultan Pahang namun Baginda telah menyatakan hasrat untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.

Justeru itu, giliran berikutnya ialah kepada DYMM Tuanku Sultan Johor di mana Raja2 Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Bagaimanapun, berita ini tidak menggembirakan seseorang, siapa lagi jika bukan Mahathir. Beliau berdendam kesumat pada Keluarga DiRaja Johor dan akan buat apa sahaja perkara untuk memastikan Sultan Johor tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau perlu mengadap DYMM Sultan Ibrahim selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada setiap hari Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Mahathir kini gelabah, terdesak dan mengarahkan jenteranya supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang Sultan Johor dari bersemayam di Istana Negara.

Ini kerana Mahathir sedar, bahawa Sultan Johor akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala-galanya dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Baginda akan bersikap tegas, menitahkan perkara yang hak dan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang batil lebih2 lagi jika ia melibatkan kebajikan rakyat.

Mahathir sudah tentu tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ia akan mengganggu segala perancangannya kerana sehingga kini tidak ada siapa yang berani menegur pentadbirannya yang semakin menyimpang jauh dari kehendak rakyat.

Keputusan Majlis Raja2 supaya Sultan Johor ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu adalah satu keputusan yang amat tepat dalam mana negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat terlalu banyak politiking, kos sara hidup yang tinggi, keadaan ekonomi yang menguncup serta hubungan luar negara yang merosot teruk.

Kita mengharapkan rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya mendoakan supaya Mahathir gagal menyekat sekaligus menyaksikan DYMM Tuanku Sultan Johor ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Amin ya rabbal alamin.

Sumber FB

Selasa, 1 Januari 2019

#hancing #tolakPH PENYOKONG DAP KECAM KERAJAAN TERENGGANU KERANA BUKA HOTEL PATUH SYARIAH

Penyokong DAP kecam kerajaan Terengganu kerana buka Hotel Patuh Syariah.

Apa yang kita faham Malaysia baru ini dipenuhi manusia kiasu iaitu penyokong tegar DAP.

Mereka cukup panas sekiranya perkara melibatkan Islam dimartabatkan.


Kerajaan PAS lakukan kerana itu adalah harus untuk umat Islam dari perkara yang haram. Contoh penyediaan arak.

Malah pemaikaian menutup aurat diwajibkan, ini mampu memberi imej baik Islam dimata orang yang ingin mengenali Islam.

Pelik juga kenapa pula begitu panas hati dan begitu amarah penyokong kiasu DAP ni.

Penyokong DAP kecam kerajaan Terengganu buka hotel patuh syariah

Baru-baru ini, kerajaan Terengganu membuka hotel baharu iaitu Hotel Paya Bunga di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu yang memperkenalkan prinsip patuh syariah pertama di negeri ini.

Patuh syariah yang dimaksudkan adalah dari semua aspek termasuklah perkhidmatan, layanan, pemakaian, penampilan dan sebagainya.

Sebagai contoh, ketika berada di kolam renang hotel ini, tetamu lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian menutup aurat.

Pihak Hotel Paya Bunga dilaporkan akan mengawal selia status makanan halal restorannya, memastikan pasangan yang menetap dalam satu bilik merupakan pasangan yang berkahwin, dan mempunyai sistem pembesar suara yang akan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

Namun ternyata usaha ini diperli, dicaci dan dimaki oleh penyokong DAP yang bukan beragama Islam yang mana ia boleh dilihat secara jelas menerusi komen mereka di media sosial.

http://cempedakcheese.com/penyokong-dap-kecam-kerajaan-terengganu-buka-hotel-patuh-syariah/

Isnin, 31 Disember 2018

MINYAK PETROL TIDAK JADI TURUN, MASIH HARGA KEKAL RM2.20 UNTUK RON95 #hancing

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2.20 seliter untuk tempoh beberapa hari.


Beliau berkata, penetapan itu turut melibatkan petrol RON97 pada harga RM2.50 seliter dan diesel RM2.18 seliter.

Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pengekalan harga itu mengambil kira pandangan semua pihak.  Menurutnya, kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit petroleum secara mingguan.

"Sehubungan itu, pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri yang akan bermesyaurat pada 2 Januari 2019 dan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diperolehi ke atas permintaan PDAM.

"Dan juga memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum. Perdana Menteri juga akan bertemu dengan PDAM dalam amasa terdekat." kata Guan Eng.

Justeru menurut beliau harga berkenaan akan kekal dalam tempoh beberapa hari.

Menurut Guan Eng kerajaan tetap berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras penurunan harga petroleum dunia.

Penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baru 2019

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/harga-ron95-kekal-rm2-20-seliter-1.813454

AZMIN SUDAH BERANI LAWAN ANWAR SECARA BERDEPAN! #hamcing

Game of Shadow Azmin bakal jenazahkan karier politik Anwar.

Agak-agak siapa bakal dijenazahkan?

Mengikut situasi Azmin yang sudah menjilat Mahathir. Nampak gayanya Anwar sudah pasti dinyahkan jauh-jauh untuk menjadi PM ke-8.


Anwar sedar keadaan ini. Bilakah agaknya Anwar akan bertindak supaya dia tidak di'game' oleh Azmin sitalibarut Mahathir?

Rafizi pun mungkin sukar untuk melakukan sesuatu.

Permainan fasa ke-2 sudah berjalan.

https://www.malaysiakini.com/news/458246?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Ahad, 30 Disember 2018

CUBAAN CULIK KANAK-KANAK DI MASJID, INI PENJELASAN PIHAK BERKAITAN

PENJELASAN BERKENAAN VIDEO CUBAAN MENCULIK DI MASJID SERI MELATI YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL


Dimaklumkan bahawa, sedang tular di media sosial satu rakaman cctv berdurasi 39 saat berkenaan cubaan menculik seorang kanak kanak di dalam bangunan Seri Melati.

2. Untuk makluman tuan/puan kejadian tersebut berlaku pada 28 Disember 2018 (Jumaat), jam 11 pagi di koridor aras bawah bangunan Masjid Seri Melati sewaktu kursus guru-guru tadika islam di Dewan Utama.

3. Untuk makluman tuan/puan juga, lelaki yang melakukan perbuatan tersebut adalah merupakan seorang lelaki gelandangan berbangsa india OKU mualaf yang berjalan kaki dan sering berkeliaran di sekitar Selayang Jaya dengan meminta duit untuk makan kepada sesiapa yang ditemuinya.

4. Video rakaman CCTV ini diambil setelah pihak masjid menerima laporan daripada ahli jemaah, dan rakaman tersebut telah diserahkan HANYA kepada pihak penganjur untuk dijadikan bukti laporan kepada pihak polis.

5.  Selain dari itu, pihak Masjid Seri Melati juga kerap memperingatkan jemaah yang berkeluarga untuk mengawasi anak masing-masing serta menyediakan kemudahan menyediakan kelas pengajian iqra' untuk kanak-kanak pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) selepas waktu maghrib untuk keselesaan jemaah yang berkeluarga.

6.  Kenyataan tular yang mengatakan 'cubaan menculik' perlu diteliti semula kerana boleh menyebabkan jemaah takut untuk hadir ke masjid. Namun begitu, perbuatan 'body contact' yang dibuat boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah.

7. Sehubungan dengan itu, pihak Masjid Seri Melati memohon agar dihentikan sebarang spekulasi berkenaan penularan video ini.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syahdan bin Shamsudin
Timbalan Nazir
Masjid Seri Melati
30 Disember 2018 | 22 Rabiulakhir 1440H

CUBAAN CULIK KANAK-KANAK DI DALAM MASJID SRI MELATI, SELAYANG

Cubaan menculik kanak-kanak di Masjid Sri Melati, Selayang.

Nasib ibu kepada kanak-kanak tu nampak.

Kalau tidak.


VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...