Selasa, 29 Januari 2019

ADUN DAP YANG ISLAMIK MENJADI LEMBAGA PENGARAH YADIM KATA MENTERI AGAMA #hancing #viral

Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan seorang wakil rakyat DAP, Adun Paloh, Sheikh Omar Ali dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).



Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pelantikan Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan keusahawanan, koperasi dan ekonomi kreatif Johor itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditubuhkan pada 1974, Yadim memangkin penyebaran dakwkah dan menyelaras kegiatan badan-badan dakwah agar seiring dengan dasar negara.

Ia kini dipimpin oleh Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia dilantik atas kelayakannya sebagai orang yang mempunyai latar belakang agama untuk memberi sumbangan kepada Yadim,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menjelaskan Sheikh Omar antara beberapa orang yang dilantik bagi mengisi kekosongan selepas pelantikan awal.

Sheikh Omar Ali - Adun Paloh

Difahamkan, Sheikh Omar akan dilantik untuk tempoh 2 tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.

Mujahid tidak melihat sebarang masalah melantik Sheikh Omar ke lembaga pemegang amanah Yadim memandangkan dia mempunyai pemahaman Islam yang jelas.

“Baguslah, ini kali pertama. Dia seorang Islam, ada merit dan sumbangan idea yang baik. Saya kenal dia sewaktu terlibat sebagai aktivis lagi.

“Hanya kerana dia ahli DAP dan kita nafikan haknya, maka tidak betullah,” katanya.

FMT

2 ulasan:

  1. Bersatulah Melayu Islam
    PRU 15 kita ubah Kerajaan mengikut citarasa Melayu Islam

    Buat baik berpada pada
    Buat jahat jangan sekali
    Kalau Najib salah kita hukum dia
    Kenapa kita nak menghukum bangsa dan agama kita

    BalasPadam
  2. Heran kan.....kenapa org faham agama sanggup jadi batu loncatan utk naikkan dap
    Entah apa dlm pemikiran mereka
    Kalau ikutkan, dlm AlQuran ada larangan mengangkat kafir jadi pemimpin, lebih2 lagi pemimpin yg berkuasa dan pegang jawatan strategik.

    BalasPadam

MAHATHIR TETAP AHLI SYURGA WALAU DIA TIDAK SOLAT KATA USTAZ PAN (AMANAH) #viralhancing

Menjelekkan bila seorang ustaz Pakatan Harapan (PH) hari ini telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan apabila mengesahkan Perdana Mente...