Isnin, 28 Januari 2019

ALAT PENGESAN ASAP DALAM TANDAS UNTUK MENGATASI TABIAT PEROKOK TEGAR KATA TIMBALAN MENTERI #hancing #viral

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok yang gemar merokok di dalam tandas awam.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, antara kaedah yang mungkin sesuai adalah de­ngan melaksanakan pemasangan alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Bagaimanapun katanya, ke­menteriannya akan melakukan kajian lebih terperinci bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.

“Mungkin boleh pasang alat pengesan asap sebab di dalam tandas tidak boleh pasang CCTV (te­levisyen litar tertutup), tetapi kita perlu lakukan kajian daripada sudut ekonomi mengenai keberkesanannya.

“Untuk melaksanakan­nya (pengesan asap) mung­kin memerlukan kos yang­ tinggi dan mengambil masa kerana perlu menaik taraf banyak tandas dengan pengesan asap,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 dan melancarkan aplikasi berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tandas yang menjadi tumpuan perokok selepas larangan merokok diperkenalkan di premis makanan mulai tahun ini.

Selain itu, katanya mungkin kempen keseda­ran boleh dilakukan bagi mengurangkan perokok yang menjadikan tandas sebagai lokasi untuk mereka merokok. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Isla...