Ahad, 27 Januari 2019

ECRL: LIM GUAN ENG TERKEJUT TINDAKAN AZMIN, MAHATHIR PULA TIDAK TAHU #viral #hancing

Menteri Kewangan Lim Guan Eng “terkejut” dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung penamatan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Lim dilapor media sebagai berkata bahawa beliau tidak menolak kemungkinan Mohamed Azmin “tidak dimaklumkan” tentang beberapa perkara tertentu yang diputuskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu sebelum ini.

“Itu saya pun terkejut melihat dia punya pengumuman (penamatan kontrak CCCC), tapi mungkin itu kedudukannya.

“Saya hanya mahu sebut mungkin beliau tidak dimaklumkan hasrat perdana menteri tapi walaubagaimanapun, saya akan bertindak atas arahan Tun (Mahathir),” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette.

Lim bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Mohamed Azmin hadir ketika mesyuarat kabinet minggu lalu yang dilaporkan memutuskan pembatalan ECRL.

“Saya tidak mahu sebut macam itu lah, nanti akan dikeluarkan beberapa andaian yang tidak sihat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lim turut berkata pihaknya akan mengeluarkan pengumuman rasmi berhubung perkara itu minggu depan.

Terdahulu, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa melalui mesyuarat Kabinet yang diadakan Khamis lalu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan kontrak CCCCsebagai pemaju projek ECRL.

Jelas Mohamed Azmin, pembatalan itu dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah projek tersebut yang hampir mencecah RM500 juta setahun.

4 ulasan:

  1. Dua dua ni memang mangkuk
    Bodoh...

    ECRL projek besar..
    Potensi untuk majukan pantai timur untuk jangka panjang

    Kos 55 billion
    Kerajaan hanya perlu start bayar balik hutang selepas 7 tahun apabila selesai projek....dah bagus sgt tu.(Tapi info ni tak pernah nak diberitahu kepada rakyat....sbbb hari2 mereka ni menipu rakyat)
    Selepas 7 tahun, masa tu dah tentu KDNK negara dah bertambah banyak..
    Hutang 55 billion tu tak byk mana pun
    Tapi hari2 rakyat ditipu oleh 2 ekor ni..


    Malaysia baru yg rompak petronas sehingga 50 billion boleh pulak.


    ECRL sebenarnya boleh diteruskan...tapi kroni2 mereka tak dapat projek dan usaha untuk memberi projek tu kepada kroni mereka tak berjaya....


    Satu kerugian besar untuk Malysia akibat kebodohan kerajaan baru sekarang..

    Sekarang kerajaan terpaksa byr pampasan yg besar...jika batal ECRL...so stupid ...new government!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAKATAN HAPRAK....FULL STOP.

      Padam
  2. Apa hal dgn Menteri pakatan ni,sorang tidak tahu,sorang nak kaji,sorang lagi batal.mampuih Malaysia lagu ni.satu kapal 3 nahkoda.

    BalasPadam
  3. syarat utk jd menteri PH mesti kena bodoh bertalun talun...

    BalasPadam

[Muafakat Nasional] Mana mungkin Nik Aziz terima penyatuan Ummah Islam ini kata Mujahid

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa menyanggah dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bekas mursyidul am parti Isla...