Selasa, 15 Januari 2019

KATA SETIAUSAHA POLITIK LIM KIT SIANG, BN MEMANG RASUAH, PH PULA ADA BEZA SIKIT, IA BUKAN RASUAH #hancing #viral

Kalaulah Pemimpin PH ini mengatakan taik itu boleh dibuat donut, nescaya melompat riang pentaksub mereka mengiyakannya, sedangkan mereka tahu, taik itu kan busuk dan kotor.

Inilah masalahnya bila ingin memperbodohkan orang, tetapi konar baring tidak nampak bersungguh, terang-terang gambar pemberian duit kepada orang asli.

Bila sudah kantoi, pening kepala nak menjawab, malah semua agensi perlu menjawab untuk berikan penjelasan, namun tidak mampu untuk menjelaskan hal sebenar berkaitan upah minyak.

Nak nafikan itu rasuah, terpulang, sedangkan kalianlah yang berkokok melunyaikan BN perihal pemberian duit kopi ketika kamu menjadi pembangkang.

Ehh, bila sudah jadi kerajaan, segalanya sudah tukar, malah bila kantoi, macam-macam mantera alih tumpuan nak buat supaya rakyat percaya. Namun ia gagal.

Padan Muka.

SIAPA LAGI NAK PERCAYA DENGAN PAKATAN HANCING NI?


Beza sogokan BN di Cameron dan bayaran perjalanan untuk Orang Asli

Pada 14 Januari lalu, akaun Twitter rasmi Barisan Nasional (BN) telah membuat ciapan bahawa kemenangan pilihan raya oleh wakil rakyat BN yang terdahulu telah diisytiharkan batal apabila calon tersebut memberi wang kepada sukarelawannya.

Ciapan ini dipercayai merujuk kepada keputusan Hakim Azizah Nawawi yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya di Kuala Lumpur, di dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands, Manogaran Marimuthu terhadap kemenangan calon BN ketika itu, C Sivarraajh (foto, bawah).


Ini adalah suatu percubaan terang-terangan oleh akaun Twitter BN untuk menyamakan bayaran untuk perjalanan yang diberikan kepada sukarelawan Orang Asli yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini, dengan perbuatan rasuah yang telah menyebabkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands (P78) pada Mei tahun lalu diisytiharkan sebagai terbatal.

Kedua-dua scenario ini adalah berbeza bagai siang dan malam, dan tidak patut digolongkan dalam suatu kategori.

Seperti yang telah dijelaskan oleh Arvind Bharet, pembantu kepada ketua operasi Pakatan Harapan Jelai, gambar-gambar yang tersiar dalam media sosial menunjukkan sukarelawan parti di Cameron Highlands dibayar balik untuk perbelanjaan mereka menghadiri majlis penamaan calon bagi pilihan raya kecil, yang akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen.



Seperti yang dinyatakan oleh Thomas Fann, Pengerusi Bersih 2.0 di dalam ulasannya kepada media mengenai insiden tersebut, membayar balik sukarelawan adalah sah di sisi undang-undang sekiranya bayaran itu adalah termasuk dalam RM200,000.00 yang dibenarkan sebagai perbelanjaan kempen, dan diisytiharkan selepas pilihan raya tamat.

Baca selanjutnya MalaysiaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...