Ahad, 20 Januari 2019

KENA BUAT TEMPAT LEPAK-LEPAK UNTUK REMAJA KATA MENTERI AGAMA #hancing #viral

Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usa­ha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, isu remaja melepak di luar waktu adalah masalah yang diwarisi negara selama ini dan jika ia tidak ditangani boleh mendatangkan masalah lebih buruk.


“Pada saya deliberation perlu dibuat... bagi pihak kementerian kami di bahagian agama sedia bekerjasama dalam erti kata membuat pengisian-pengisian kepada remaja untuk kita bina peribadi mereka.

“Misalnya, bagi menjayakan perintah berkurung itu, suasana yang selesa dan ceria perlu wujud di rumah, bukan rumah yang sempit, seperti flat dua bilik yang menampung ramai anggota keluarga,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Guar Petai di sini hari ini, Mujahid berkata, “tumpuan dan kajian terperinci perlu dilihat bagi kawasan seperti flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya ada dua bilik, lepas itu famili ramai dan menyebabkan remaja lebih selesa pergi melepak.”

Dengan hal sedemilkian (bilik sempit, keluarga ramai), Mujahid berkata, beberapa perkara perlu difikirkan tentang bagaimana mengatasi masalah terbabit dengan membuat pengisian-pengisian antaranya membina satu pusat untuk melepak.

“Mungkin ada satu pusat lepak yang kita boleh bantu dengan kementerian dengan pelbagai pengisian.

“Dunia remaja amat complicated, sama ada mereka boleh melepak dengan kawan untuk enjoy, (sertai) sosial media, jika ada (tonton) liga Inggeris di kedai mamak yang ada buat tayangan (skrin) besar pukul 12 malam.

“Dia (remaja) nak pi tengok dengan kawan-kawan, maka kita kena perincikan,” kata beliau.

“Tetapi whole idea mestilah tentukan remaja kita tidak terlibat dengan isu sosial dan dadah serta tempat-tempat maksiat,” katanya. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERANA FITNAH JAHAT, BEKAS PEGUAM NEGARA SAMAN LIM KIT SIANG RM10JUTA #viralhancing

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali. KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 jut...