Rabu, 16 Januari 2019

KERANA IKHLAS, YB DUN JERAM TETAP LETAK NAMANYA DIBAJU SEKOLAH UNTUK SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH #hancing #viral

Sebelum ini tular Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli memberi beg sekolah kepada kanak-kanak dengan gambar wajahnya dicetak pada beg berkenaan.

Kali ini beliau memberi sumbangan 10,000 helai baju sekolah dengan label 'Sumbangan YB Shaid Rosli' kepada pelajar di DUN Jeram.

"Ini adalah sumbangan ikhlas bagi membantu pelajar dalam golongan kurang berkemampuan. Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri ‘YB Shaid Rosli’.


"Jenama itu boleh dilihat dikolar. Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar," kata Mohd. Shaid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 1,600 helai telah disumnangkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3. Sebanyak 10 buah sekolah rendah akan menerima manfaat pemberian baju berkenaan.

"Saya menyedari penduduk di kawasan DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan yang mencukupi.

"Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan," kata Mohd. Shaid.

Baca Selanjutnya UTUSANONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[PKR vs PKR] Azmin sebenarnya tangan ghaib rosakkan PKR, bidas Akmal

Mereka sedang bergaduh betul-betul agaknya ni, ingatkan berlakon je, almaklumlah PKR ni bijak dalam lakonan, lakonan puak-puak memang lain m...