Isnin, 7 Januari 2019

KERANA PULUN PROJEK, BERSATU PERLIS BERGOLAK TERUK #hancing


Beberapa jam selepas digugurkan sebagai setiausaha Bersatu Perlis, Wan Saiful Wan Jan mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam Bersatu negeri itu.

Beliau mendedahkan telah membuat laporan polis mengenai dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu negeri.

Bagaimanapun, dakwanya, beliau digesa menarik balik laporan berkenaan.

Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.

Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya selepas laporan itu mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah wang yang besar sekiranya membantu dalam pengaturan kontrak tersebut.

Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu. Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis,” katanya.

Read More..https://m.malaysiakini.com/news/459221

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[PKR vs PKR] Azmin sebenarnya tangan ghaib rosakkan PKR, bidas Akmal

Mereka sedang bergaduh betul-betul agaknya ni, ingatkan berlakon je, almaklumlah PKR ni bijak dalam lakonan, lakonan puak-puak memang lain m...