Isnin, 21 Januari 2019

LHDN KUTIP CUKAI LANGSUNG SEBANYAK RM137 BILLION TAHUN LALU, INI MEMBUKTIKAN KERAJAAN PH BAGUS #hancing #viral

Prestasi kutipan kasar cukai langsung negara yang dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2018 berjumlah RM137.03 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kutipan itu meningkat sebanyak 11.13 peratus atau RM13.72 bilion berbanding 2017.



Prestasi itu, katanya, adalah sejarah baharu kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik kutipan cukai langsung yang direkodkan pada 2014 iaitu RM133.7 bilion.

“Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan kutipan daripada komponen pembayar cukai seperti syarikat, individu, petroleum, koperasi, duti setem dan lain-lain.

“Selain daripada mencerminkan keberkesanan kepimpinan bersih dan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), peningkatan hasil ini juga menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi masih menggalakkan dalam 2018,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng berkata, kutipan hasil daripada cukai pendapatan (selain petroleum) menyumbang kira-kira RM116.953 bilion atau 85.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan pada 2018.

Katanya, komponen syarikat adalah penyumbang terbesar iaitu RM70.036 bilion atau 51.11 peratus diikuti komponen individu berjumlah RM36.065 bilion atau 26.32 peratus.

“Diikuti kutipan hasil cukai petroleum berjumlah RM20.08 bilion atau 14.66 peratus, kutipan duti setem berjumlah RM5.93 bilion atau 4.33 peratus, cukai pegangan (RM3.11 bilion atau 2.27 peratus), kutipan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) (RM1.46 bilion atau 1.07 peratus), cukai koperasi ( RM0.171 bilion atau 0.12 peratus) dan Labuan International Offshore Centre (IOFC) serta lain-lain cukai berjumlah RM0.163 bilion atau 0.12 peratus),” katanya.

Tambah beliau, prestasi kutipan yang sangat memberangsangkan adalah kesan daripada strategi efektif dan berkesan berkaitan percukaian yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara selepas kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei tahun lalu.

“Penjajaran semula strategi kutipan cukai yang ditetapkan oleh kerajaan kepada LHDN terbukti membuahkan hasil. Antara strategi itu adalah aktiviti penguatkuasaan cukai, khususnya membabitkan tindakan audit dan siasatan yang dibuat dengan lebih profesional.

baca seterusnya BHonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PH SUDAH JAGA MELAYU DENGAN BAIK, TETAPI ADA PIHAK MENAKUT-NAKUTKAN SUPAYA MELAYU BENCI PH #viralhancing

ARAU 19 April - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan sokongan orang Melay...