Rabu, 9 Januari 2019

TARIF AIR NAIK HINGGA 20% DI PULAU PINANG, TIDAK MEMBEBANKAN #hancing

Kenaikan tidak membebankan, tarif air di Pulau Pinang juga akan naik 20%

Selaras penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air seluruh negara, Pulau Pinang dijangka akan menaikkan sehingga lebih 20 peratus kadar tarif air.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata rundingan bersama Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli sudah pun bermula dan kenaikan tarif air dijangka akan membabitkan beberapa kategori pengguna.

“Ada beberapa kategori pengguna, ada yang mungkin naik sedikit, ada yang tidak naik. Tapi kita tiada tarikh lagi untuk umum.

“Keseluruhannya mungkin akan naik dalam belasan peratus atau juga mungkin lebih daripada 20 peratus kenaikan,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, kerajaan negeri juga akan memansuhkan surcaj penjimatan air (WCS), sejurus kenaikan kadar tarif air baru diumumkan.

Beliau turut memberi jaminan kadar tarif air baharu di Pulau Pinang adalah yang paling rendah berbanding kadar tarif air di negeri lain.

“Kadar tarif air di Pulau Pinang adalah yang paling rendah di negara ini, dan kita beri jaminan walaupun akan ada kenaikan, ia akan tetap masih yang paling murah berbanding negeri lain,” katanya.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

BHonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...