Rabu, 9 Januari 2019

TIDAK PERLU TAHAN INDIVIDU HINA AGONG KATA PEMBANTU LIM KIT SIANG #hancing

Malaysia Baru, Rukun Negara mungkin sudah dibuang jauh-jauh, kritik Sultan, atau menghina Sultan dan Raja-Raja Melayu kononnya tidak perlu mana-mana individu itu ditahan oleh Polis, sebab ia melanggar hak asasi.

Maaf, penulis ingin beritahu sedikit, negara ini masih punyai Raja, kalau tidak suka, sila berambus pergi ke negara lain, contoh Taiwan, Hong Kong.

Pembantu Lim Kit Siang ni saudara Syahredzan Johan, seorang Melayu liberal rasanya. Ingat kalau Malaysia Baru berkuasa, semua perkara kena ikut dan turutkan? Jangan buat pasal dan jangan cabar dan kurang ajar.

Kalau tidak diajar manusia-manusia yang tiada adab terhadap Raja, Agama Islam serta undang-undang, habis apa jadi negara ini?

Contohi Thailand, individu yang mengkritik Raja mereka, kurang lebih dipenjarakan selama 35 tahun, itu paling kurang, paling lama katanya ada yang kena sampai 150 tahun penjara.

Patut Malaysia buat begitu, banyak sangat manusia kurang ajar.



Setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan mengkritik penggunaan Akta Hasutan untuk menahan 3 individu yang didakwa membuat kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V, susulan keputusan Sultan Kelantan itu melepaskan jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Beliau dalam satu kenyataan bersama Ketua Pemuda DAP Subang, Farhan Haziq Mohamed hari ini menggesa polis segera melepaskan 3 individu itu kerana penggunaan Akta Hasutan bertentangan dasar kerajaan persekutuan.

Pada 2 Disember lalu, Putrajaya menarik balik moratorium ke atas beberapa undang-undang, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (Pota), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dan Akta Hasutan yang dalam kajian pemansuhan, supaya polis boleh menggunakan akta itu untuk menangani jenayah.

“Akta Hasutan adalah akta peninggalan penjajah yang zalim dan menekan, serta merupakan suatu sekatan tidak munasabah dan tidak berkadar ke atas kebebasan asasi yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2 ulasan:

  1. Dia ni - Syahredzan Johan - manusia ke binatang .. yg takda maruah diri ..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah tahan sbb kepala dah kena ketuk sampai h..c.. !

      baru ada akal...

      Padam

[PKR vs PKR] Azmin sebenarnya tangan ghaib rosakkan PKR, bidas Akmal

Mereka sedang bergaduh betul-betul agaknya ni, ingatkan berlakon je, almaklumlah PKR ni bijak dalam lakonan, lakonan puak-puak memang lain m...