Khamis, 7 Februari 2019

BO55KU SAYA PUNYA KATA PELUMBA MOTOGP #viral #hancing

*FRASA *bossku dilihat menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat di
negara ini.


Wujud pandangan mengatakan perkataan itu pada awalnya terkenal di Sabah
dan digunakan dalam pertuturan harian masyarakat di sana.

Tidak dinafikan, penggunaan frasa itu turut dipopularkan bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti malu apa bossku, malah ada
pihak mula mencetaknya di baju dan pelekat.

Namun begitu, frasa bossku itu sebenarnya sedang dalam proses kelulusan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai cap dagang telah
dibuat pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Hafizh Syahrin berkata, permohonan itu telah dibuat pada 30 Ogos tahun
lalu dan sedang menunggu kelulusan bagi mendapatkan sijil cap dagang BO55KU.

Katanya, tindakan itu diambil kerana wujud pihak tidak bertanggungjawab
meniru dan mencetak rompak cenderamatanya.

"Saya memang ambil serius tentang cap dagang BO55KU pada cenderamata
kerana sebelum ini ramai yang ambil mudah dan remeh tentang produk saya.

"Saya tidak mahu orang ambil untung atas nama dengan menjual cenderamata
tidak berkualiti," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, cenderamata beliau tidak semahal pelumba-pelumba MotoGP lain
dan lebih mementingkan soal kualitinya.

"Harga yang dijual berpatutan dan saya pentingkan kualiti. Saya mahu
peminat beli sekali dan tidak perlu banyak kali," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap pihak berkuasa mengambil berat isu
cetak rompak cenderamata miliknya.

Hafizh dalam satu sidang media di litar Antarabangsa Sepang pada 31
Januari lalu berkata, ejaan BO55KU mempunyai maksud tersendiri buat dirinya.

Menurutnya, angka 55 cukup sinonim dengan beliau kerana tarikh lahir
beliau ialah 5 Mei1994.

Jelasnya, perkataan #BO55KU pula bermula pada permulaan MotoGP musim
2018 apabila berlatih dengan pasukan perlumbaan basikal kebangsaan.

"Dalam sesi latihan tersebut mereka kerap menggunakan perkataan bossku,
bossku, ibarat memanggil bro atau boss.

"Jadi saya menggantikan dua huruf S dalam bossku kepada 55 seterusnya
#BO55KU dalam hantaran di media sosial," katanya.

Sementara itu jurucakap MyIPO ketika dihubungi berkata, permohonan
Hafizh bagi cap dagang BO55KU masih dalam proses kelulusan.

"Ia masih dalam proses dan belum diluluskan. Berdasarkan rekod, Hafizh
telah membuat permohonan pada 30 Ogos 2018.

"Selain itu permohonan dibuat di bawah Kelas 25 seperti pakaian, kasut,
topi dan semua perkara di bawahnya," katanya.

Ditanya sekiranya permohonan yang dibuat oleh Hafizh bagi cap dagang
tersebut diluluskan, adakah menjadi kesalahan jika perkataan bossku
terus digunakan dalam pertuturan harian atau di media sosial.

Beliau berkata, ia tidak menjadi satu kesalahan selagi tidak menggunakan
cap dagang itu bagi tujuan komersial seperti yang termaktub di bawah
Kelas 25.

"Jika ada pihak gunakan cap dagang orang lain, pihak berkuasa boleh
ambil tindakan di bawah Akta Cap Dagang," katanya.

*INFO: *Pakaian, kasut dan topi bagi kegunaan manusia dikalsifikasikan
dalam Kelas 25 berdasarkan fungsinya (sebagai barang untuk menutup
badan) tanpa mengira jenis material.

- SINAR HARIAN -

1 ulasan:

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...