Jumaat, 15 Februari 2019

CALON PH SEMENYIH BARU TAHU NAMANYA TERPILIH SEBAGAI CALON PADA PAGI KHAMIS #viralhancing

Pemilihan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah di luar jangkaan Muhammad Aiman Zainali.

Foto-Bernama

Menurut Bendahari Bahagian Hulu Langat itu, walaupun dirinya sememangnya dikenali sebagai menantu bekas penyandung kerusi itu, arwah Ahmad Bakthiar Mohd Nor, pengalaman turun padang yang ditimba selama 7 bulan dapat membantunya mendekati pengundi Semenyih.

Kata Muhammad Aiman, beliau akan menggunakan pengalaman yang diperoleh itu untuk berdepan cabaran lawan dalam PRK itu.

“Berasa agak terharu selepas dipilih pimpinan PH oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya akan buat yang terbaik untuk rakyat Semenyih.

“Pemilihan itu kita tengoklah kepada pimpinan atasan, mereka yang bijak buat keputusan. Kalau kata saya sebagai menantu tapi tidak layak maka tidak layak juga untuk saya menjadi calon.

“Bagaimanapun, saya memang sedia maklum nama saya antara enam calon lain. Tetapi sehingga malam tadi saya tidak tahu sayalah calon itu.

“Pagi ini sekitar 9 menerima panggilan dari pejabat Presiden PPBM memaklumkan saya dipilih sebagai calon PH untuk PRK kali ini, saya terharu, entah nak reaksi apa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PRK Semenyih yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhammad Aiman juga mengharapkan lawannya, iaitu UMNO, bersaing secara sihat.

“Saya akan bawa isu tempatan kerana isu nasional kurang memberi impak di Semenyih,” ujarnya.

Ditanya apakah beliau sudah bersedia untuk menangkis kempen berbaur perkauman dan agama, Muhammad Aiman berkata: “Kalau dikatakan Melayu dan Islam, saya juga Melayu dan Islam, jadi saya rasa itu tidak menjadi masalah untuk kita.

“Bersatu adalah parti pertama dan saya menyatakan kepada presiden bahawa bersedia membantu membawa perjuangan parti serta masalah akar umbi rakyat untuk diselesaikan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ROGOL AMAH : PAUL YONG TIDAK MENGAKU BERSALAH

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong, didakwa di Mahkamah Se...