Jumaat, 15 Februari 2019

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh.


Aiman Zainali, calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seorang anak muda yang lahir pada tahun 1989.

Calon berusia 30 tahun ini merupakan anak jati Semenyih dan bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta. Aiman adalah menantu kepada penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pencalonannya mendapat tentangan dari pimpinan setempat apabila jawatan hanya diberi kepada ahli keluarga yang tidak berjasa di kawasan, menurut mereka.


Namun tentera bawang tidak mudah tertipu dengan biodata yang diberikan oleh pihak PH yang sudah pasti selama ini hanya menipu untuk mengaburi masyarakat.

Setelah diperiksa, Aiman dilihat pertama kali menipu kelayakan akademiknya di halaman Linkedin.com apabila mendakwa memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang 'Mobile Communication' pada tahun 2016.

Namun serangan ke atas kelayakan akademik pemimpin-pemimpin PH akhir-akhir ini membuatkan Aiman terpaksa mengubah strategi dengan membuat sedikit kemaskini di dalam poster kempennya, iaitu kelayakan akademiknya diubah dari memiliki PhD kepada 'sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, di Universiti Teknoogi Mara, Shah Alam'.

Bidang yang berlainan dari yang didakwa di halaman Linkedin.com.

Tindakan Aiman ini bijak tetapi ia tidak membawa maksud apa-apa selain mengesahkan beliau pernah menipu tentang kelayakan akademiknya dan ia sekadar memberi maksud calon itu tidak memiliki PhD, itu sahaja.

Tetapi tindakan Aiman ini membawa kepada persoalan kedua iaitu adakah calon PH ini telah mengambil Ijazah Sarjana atau Master? Atau adakah dari kelulusan Ijazahnya mampu melayakkan dirinya terus mengambil PhD?

Kesimpulannya, jika tidak memiliki PhD, perlukah meletakkannya di dalam biodata 'sedang mengikuti pengajian PhD?'

*Adakah itu format yang betul*❓

Itulah di antara persoalan yang diutarakan oleh tentera bawang tentang calon muda di Semenyih ini. Apa komen anda? -

© Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD - Abu Leman

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/02/calon-ph-semenyih-kantoi-dakwa-ada-phd.html?m=1

11 ulasan:

  1. Pulak dah, tapi takpe boleh check dengan linkedin? Sebab kat situ tulis PhD, itu agak mengelirukan...

    BalasPadam
  2. Haiya, belum menang sudah mau tipu ka? Sila jawab, jangan lari.. malu apa bossku?

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. kalau tak menipu rakyat bukan ph namanya..pemimpin hancing

    BalasPadam
  5. UITM pun buat2 senyap je? Takut kena tindakan?

    BalasPadam
  6. La ni silap komen boleh kena saman pula, lagi teruk dari zaman Najib. Tu yang UITM senyap kot?

    BalasPadam
  7. La ni kalau bercakap tak selari dengan Pakatan Hancing memang la kena banned, tengok la apa sudah jadi dengan Ustaz Kazim, juga yang lain... tiada kebebasan bersuara, Malaysia Baru dah jadi Malaysia Barua Tosai Basi!!!

    BalasPadam
  8. BERNAMA sudah jadi BERNANA sebab sudah TIADA INTEGRITI...

    BalasPadam
  9. Kaki kencing...
    Sedia utk memangkah "malu apa bossku'

    Biar padan muka kaki kencing!

    BalasPadam
  10. Kaki kencing...
    Sedia utk memangkah "malu apa bossku'

    Biar padan muka kaki kencing!

    BalasPadam

SAH VIDEO SEMBURIT HAZIQ DAN AZMIN TULEN #viralhancing

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen. ...