Isnin, 4 Februari 2019

CIAPAN ELFIRA LOY CETUS AMARAH NITIZEN #viral #hancing

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Ciapan Elfira Loy melalui Twitter miliknya berhubung persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu malam tadi bikin netizen berang.


Ciapan berbunyi: Sufian Suhaimi , saya doakan awak menang harini . Semoga dengan kemenangan awak , “ derita “ & penceritaan awak akan habis. – at Al-Masjid Al-Haram.

Lebih 42,000 tweet yang melahirkan rasa kecewa dengan ucapan berbaur sindiran yang dibuat oleh Elfira.


Ada yang berpendapat cukup hanya mengucapkan semoga berjaya dan tidak perlu diselit sindiran.

Elfira sebelum ini telah memutuskan pertunangan dengan Sufian dan telah berumah tangga dengan lelaki lain, menimbulkan simpati kepada Sufian.


Pada Anugerah Juara Lagu malam tadi Persembahan Terbaik diraih Sufian Suhaimi dengan lagu Di Matamu. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Persembahan Sufian seolah-olah menceritakan pelamin angannya bersama Elfira musnah menyebabkan para penonton berdiri dan bertepuk serta ramai yang menitiskan air mata. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. mak saya kata budak perempuan ni kawin dengan orang sebatu sg rambai melaka, betul ke nenek lelaki tu orang sebatu famous la orang sg rambai,,,,,

    BalasPadam

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...