Rabu, 6 Februari 2019

EMMA MAEMBONG SAH BUKA.....

Pelakon wanita iaitu Emma Maembong yang telah dikejutkan dengan gambar yang tersebar tempoh hari, telah membuat pengakuan bahawa dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari yang lalu walaupun sudah hampir lima tahun tampil dengan penampilan bertudung.


Ini dapat dilihat apabila sudah ada peminat yang mula berjumpa dan bergambar bersama Emma dengan imej baharunya itu.

Mengakui imannya belum kukuh, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

Emma yang ditemubual dan membuat pengakuan secara eksklusif kepada BH Online itu berkata ia bukanlah contoh yang baik kepada orang ramai dan peminat.

"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.

“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.

Emma sebentar tadi turut telah memasukkan perkongsian gambar terbaru di instagram miliknya yang kini sedang berkumpul bersama keluarga dengan tulisan "he one that always be there for me 🤭".


Oh Media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TARIF AIR NAIK TIDAK AKAN BEBANKAN RAKYAT BAWAHAN KATA KERAJAAN PH #viralhancing

KUALA LUMPUR: Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli beri jaminan bahawa kenaikan tarif air secara berperingkat tahun ini tidak akan membeba...