Isnin, 11 Februari 2019

ISU IJAZAH PALSU MARZUKI - BERSATU BELUM DAPAT GAMBARAN YANG JELAS MENURUT SUMBER #viralhancing

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihaknya belum mendapat gambaran jelas mengenai isu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa memiliki sijil akademik palsu.


Tun Mahathir dalam kenyataan ringkasnya kepada media berkata, "Kita (Bersatu) belum tahu lagi apa sebenarnya yang berlaku," katanya selepas majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan 2019 sempena sambutan Hari Perpaduan dan ulang tahun Majlis Perundingan Muhibbah  Pulau Pinang yang ke-15 di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu Pulau Pinang, Azahari Aris berkata, kesemua 13 bahagian parti di negeri itu menyatakan sokongan kepada Marzuki berhubung isu tersebut.


Katanya, biarpun ketika ini Marzuki yang juga Pengerusi Bersatu negeri berdepan isu mengenai kelayakan akademik yang didakwa palsu mereka tetap menyokong Marzuki kerana sikap kepemimpinannya sejak awal penubuhan parti itu di Pulau Pinang sehingga ke hari ini .

Malah mereka juga turut berbangga apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mengulas mengenai soal integriti pula, Azahari berkata parti politik tidak boleh disamakan dengan organisasi syarikat yang mana individu yang mahu menyertai politik tidak perlu melalui proses temuduga dan ditanya berkenaan kelayakan pendidikan.

Katanya, dalam politik apabila pemimpin itu  diterima baik masyarakat maka pemimpin itu akan diangkat ke kedudukan lebih tinggi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dua laporan polis yang dibuat terhadap Marzuki berhubung isu tersebut, Azahari  berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Isu mengenai sijil palsu timbul apabila Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar itu didakwa memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.

Berikutan laporan polis dibuat seorang Aktivis Politik di Pulau Pinang mengenai perkara itu, Marzuki kemudiannya membuat penjelasan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, kredibiliti Universiti Antarabangsa Cambridge, itu dipertikai kerana didakwa merupakan 'kilang' mengeluarkan sijil pendidikan yang tidak sah termasuk boleh dibeli.

AstroAwani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh. Aiman Zainali, cal...