SHAH ALAM 12 Feb. - Isu kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terus menerus membuatkan Pakatan Harapan (PH) bertelagah sesama sendiri dengan terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tampil menyangkal sistem itu bertepatan dengan maqasid syariah.
Ia sekaligus menolak pandangan rakan sejawatanya dalam Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus, yang mendakwa pemasangan AES dan saman dikeluarkan menepati maqasid syariah dalam Islam.
"Bagi saya jangan gunakan isu maqasid syariah ini untuk kita menyatakan segala-segalanya, sebab maqasid itu luas dia punya perbincangan dan AES hendaklah menggunakan lain-lain kaedah untuk memastikan nyawa terpelihara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hasanuddin yang juga Naib Presiden dan Ahli Parlimen Hulu Langat dikecam hebat pelbagai pihak terutamanya warganet ekoran kenyataan itu dan rata-rata mereka menyifatkannya mempergunakan agama untuk tujuan politik. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN M BUKAN KHAYALAN? INI JAWAPANNYA #viralhancing
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini. Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang ...


- TULAR NAMA-NAMA AHLI PARLIMEN PH YANG INGINKAN MAHATHIR LETAK JAWATAN MAC INI!! #viralhancing
- SEBUT 'MALU APA BOSSKU' HARAM, MANIFESTO PH MENIPU RAKYAT TIDAK HARAM KATA USTAZ PRO KERAJAAN #viralhancing
- CERAMAH BOSSKU DISERBU 1000 ORANG MANAKALA CERAMAH PH HANYA 100 ORANG HADIR DI SEMENYIH #viralhancing

Tiada ulasan:
Catat Ulasan