Ahad, 10 Februari 2019

KEJAMNYA WAHAI MANUSIA, KANAK-KANAK 11 TAHUN DIBUNUH TERLALU KEJAM #viralhancing

PEKAN - Luluh hati seorang ibu apabila melihat mayat anak perempuannya yang dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu dijumpai dalam keadaan ngeri berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang di sini semalam.


Zaleha Abdullah, 35, tidak menyangka kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik, Siti Masitah Ibrahim, 11, berakhir dengan tragedi menyayat hati dipercayai dibunuh.

Mayat Siti Maisitah dijumpai oleh seorang pencari hasil hutan kira-kira pukul 4 petang di dalam semak tidak jauh dari rumahnya dengan keadaan tangannya terikat dan beberapa organ terpisah dari badan.

Zaleha berkata, dia terkejut apabila penduduk kampung memberitahu anaknya telah dijumpai namun telah meninggal dunia.

"Saya bersama ahli keluarga yang lain bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila melihat jasad dia sebegitu rupa.

"Arwah keluar rumah pada 30 Januari untuk ke kedai berdekatan menunggang basikal warna merah jambu namun tidak pulang sehingga pukul 6.30 petang," katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Difahamkan beberapa organ dalaman mangsa dilaporkan hilang dan kepala mangsa terpisah dari badan.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis pada hari yang sama mangsa hilang dan penduduk kampung turut mengadakan gerakan mencarinya namun tidak jumpa.

"Ada orang kampung nampak dia menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum dia dilaporkan hilang," ujarnya.

Zaleha memberitahu, mayat anaknya telah diserahkan kepada pihak polis dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan pesalah dihukum dengan setimpal sekiranya kematian Siti Maisitah ada kaitan dengan unsur jenayah," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Katanya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

"Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya. - K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

VERSI PENUH VIDEO INTIM IRAS MENTERI KINI DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB LUCAH #viralhancing

Klip itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. Sebuah ...